Menyediakan santapan keluarga adalah sesuatu yang menjadi kewajipan seorang isteri dan ibu. Air tangan ibu adalah keajaiban, diadun bersama kasih sayang yang sejati. Ke mana pergi, pasti air tangan ibu juga yang kita dambakan. Betul?
Anakanda tersayang, Afiq, pernah merajuk kerana tidak puas makan sotong masak serai ini. Saya tidak kisah menyediakannya berkali-kali kerana caranya sungguh mudah. Selamat mencuba bagi yang sudi.
Bahan-bahan:
1kg sotong
2 batang serai1inci halia
2 ulas bawang merah
sedikit kunyit
Cili kisar
Garam
Cara-cara :
1. Bersihkan sotong. Tumbuk semua bahan.
2. Perapkan sotong dengan bahan yang ditumbuk. Masukkan sekali bahan perapan ke dalam sotong dan sumbat dengan kepala sotong.
3. Panaskan kuali non stick. Letak sedikit minyak zaitun. Kemudian masak sotong yang diperap tadi sehingga kering.
11 comments:
salam kenal kak....pertama kali sapa walaupun dh hampir 2atahun follow blog ummuammar ni. minggu lepas kami ada pertandingan IRON CHEF ni la resepi group kami tp bukan sotong maklum lah jordan jarang jumpa seafood yang fresh dan gantikan dgn ayam. Alhamdulillah title ayam masak serai dapat no 1
wahhhhhh....nampak sedapp!!! ;)
assalamualaikum
sedap dan menyelerakan sotong msk serai ni..
Bonda Irfan,
Salam ukhuwwwah. Syukran sebab sudi ikuti blog akak..:))
Tahniah! Lepas ni UA boleh cubalah ayam masak serai tu..mesti sedap..Bonda irfan kalu jumpa sotong kt Jordan..mesti cuba yer..:))
Nadiah@Bintun Sazali..
Nadiah masak mesti lagi sedap..:))
kak azlina,
Selamat mencuba ye kak..akak buat mesti lagi sedap..
Assalamualaikum UA,
Akhirnya kami berjaya memasak sotong masak serai. Sedap. Insha Allah cuba lagi. Terima kasih.
Hamba Allah,
Waalaikumussalam..
Mesti lagi sedap ni..
Assalamualaikum UA,
berpakat dengan en suami memasaknya, saya di universiti memberikan panduan, dia tlg sediakan..mudah sangat kan..terima kasih...sedap :)
Hamba Allah,
Gembiranya UA membaca catatan ini. Patutlah sedap. Gabungan kasih sayang suami dan isteri.
Sebenarnya, idea resepi ini datang dari suami UA..UA tukang explore di dapur..
Ummu Ammar, saya dah cuba resepi ni, memang sedap cuma mungkin saya tak pandai goreng, sotong nyer di luar garing elok dah tapi yang bahan2 yang di-blend tu, yang disumbat kan sedikit ke dalam sotong tu, masih terasa mentah. Ada tips tak?
Post a Comment