Salam mesra buat semua..
Ibu adalah insan terdekat dengan diri kita. Sentiasa ada dan bersedia bila-bila masa untuk anak-anak. Prihatin dan sentiasa mengambil tahu. Kasih sayangnya tak terluah hanya dengan kata-kata. Macam arwah ibu saya, dia sangat sayangkan anak-anaknya, tapi dia tidak pandai untuk menzahirkan keseluruhannya perasaan sayangnya itu..namun tetap perasaan itu sampai dek keikhlasannya. Walaupun dia tidak mengucapkannya, saya tahu dia sayangkan saya dan bangga dengan kejayaan saya selama ini..Ya Allah..rindunya saya pada arwah ibu..
Menjadi seorang ibu adalah antara anugerah Ilahi terbesar pernah saya terima dalam hidup ini. Tidak terungkapkan betapa indahnya perasaan bergelar ibu dan betapa bersyukurnya diri dikurniakan nikmat sebegini hebat. Walaupun untuk menyandang title ibu..bukan sedikit pengorbanan mengandung dan melahirkan terpaksa ditempuhi, namun disitulah istimewanya seorang ibu berbanding bapa..
Saya sudah memegang title ibu hampir tujuh tahun. Namun, adakah saya berjaya menjadi seorang ibu yang baik dan ideal buat anak-anak saya? Sabarkah saya seorang ibu menangani karenah anak-anak yang sedang membesar? Lembutkah tutur bicara saya bila menangani kemarahan dek tingkah laku anak-anak? Tertunaikah tanggungjawab saya sebagai seorang ibu mendidik dan membesarkan mereka? Cukupkah kasih sayang dan keprihatinan saya buat mereka?
Banyak persoalan bertemu persoalan. Dan jawapannya ..tepuk dada tanyalah iman..Dengan izin Allah, masih jauh lagi perjalanan saya sebagai seorang ibu..banyak lagi rentak kehidupan yang harus diikuti dan berbagai cabaran yang bakal menanti. Justeru, peringatan buat diriku dan ibu-ibu semua..semasa saya singgah di laman Halaqah. Net saya terjumpa artikel yang menarik untuk renungan dan panduan seorang ibu...bacalah, moga jadi pedoman..
Sifat utama yang dibekalkan oleh Allah kepada mana-mana ibu adalah sifat kasih sayang yang tinggi. Dengan kasih sayang inilah seorang ibu itu benar-benar dapat menjadi ibu. Dari sifat kasih sayang ini bercambah sifat-sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati pada dirinya.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, berikut adalah antara ciri-ciri yang selalunya ada pada ibu-ibu yang memiliki sifat keibuan sejati:
1. Kasih sayangnya menyerlah Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi juga didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya. Justeru anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat. “Anak itu milik Allah, amanah yang dipinjamkan kepada kita maka sewajarnya kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang dikehendaki oleh Allah,” ujar Us. Hj. Mohd Nasib Zawawi dari firma motivasi Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.
2. Prihatin dan ambil berat Kadang-kadang anak sudah besar panjang pun, ibu masih prihatin, ambil berat dan ambil tahu tentang diri anaknya. “Ibu saya sampai sekarang, bila jumpa dia akan tanya, kamu dah solat ke belum,” kata Hj. Mohd Hanim Mohd Tahir, pakar motivasi.
3. Halus perasaan Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya, dia sudah arif benar ‘bahasa badan’ anaknya. “Ibu dapat baca dari riak wajah walaupun anak-anak tidak beritahu,” kata Ustazah Nasiyah Hj. Abd. Razak.
4. Suka beri nasihat Sifat seorang ibu sejati, dia suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujuk anak-anaknya. Dalam kitab ada dinukilkan pesanan seorang ibu terhadap anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan. Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan untuk melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya.
5. Sangat sabar dan berlapang dada Dari wajahnya sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan. “Mak saya bila anak-anaknya datang, dia layan semuanya dengan wajah dan senyum yang manis,” cerita seorang teman mengenai ibunya yang berusia akhir 70-an. “Tak pernah dia tunjuk rasa tak senang atau marah. Walhal bukan tidak ada antara kami yang pernah mengecilkan hatinya. Bagi saya, itulah ibu sejati.”
6. Lembut tapi tegas Wataknya ‘adjustable’. Di mana perlu berlembut, dia akan berlembut. Di mana perlu tegas dan tidak boleh beri muka, dia akan tunjukkan ketegasan. Namun waktu tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila melibatkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.
7. Suka meraikan Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan dan melayan keinginan anaknya. Bila anak balik bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak. Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi keperluannya. Hingga kerap kali dia mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari keperluan dan keinginannya sendiri. Malah ke tahap dia mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.
8. Tidak pilih kasih Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain terhadap anak-anak sendiri, sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya terhadap anak orang lain. “Anak orang lain macam anak dia juga,” ungkap seorang kawan ketika bercerita tentang seorang mak cik yang pernah ditemuinya. Dengan kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru, atau membentuk ‘anak-anak’ di pejabat jika dia seorang ketua pejabat.

13 comments:
Semoga kita semua dapat menjadi seorang ibu yang sejati...InsyaAllah
Salam,
Ibu tak pernah merungut dalam membesarkan anak2nya
Ibu tak pernah mengeluh dalam mendidik anak2nya
Ibu tak pernah tinggal untuk mendoakan kebahagiaan anak2nya
Ibu tak perna lupa untuk mengingati anak2nya
Kita????? Bagaimana???
semoga kita dapat menjadi ibu yg terbaik utk anak2 kita...
K Asna..
Mudah-mudahan..Insya Allah.
Nida..
Betul tu Nida..macam saya selalu berazam tiap2 hari nak jadi ibu sejati..tapi kdg2 terkeluar juga dari landasan kesabaran..hihihi..contohnya banyak berleter...
Queen of 2heroes..Nadia.
Insya Allah..let's do it!
Terkesan dengan artikel ni, nak sangat jadi ibu sejati! :)
salam, pah..
hari2 berazam nak jadi ibu mithali..tapi kdg terlepas juga geram bila anak2 buat hal..apapun sentiasa mengharapkan yang terbaik utk permata hati ku..
Che Sue..
Insya Allah..sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri mengapai title ibu sejati..
Mizah...situasi kita sama..menjadi ibu pd hero2 yg menguji kesabaran...perlu ditangani dengan lembut tp tegas...tapi tu lah kdg2 kesabaran tdk mampu dikawal sepenuhnya..namun masih ada masa untuk baiki kesilapan dan berubah.
harap2 saya mampu praktikkan ciri2 ibu ni utk anak saya..insya Allah
Yatie chomeyl..
Insya Allah..yang terbaik untuk anak2 pastinya..
suppose the mother doesn't want the baby and decides to put the up for adoption but the father who is not in a relationship with the mother, wants the baby can he force her not to put the baby up for adoption and if so could he go and sue for child support. Alternatively could he adopt the baby and su for child support, just wondering.
Oleh itu ramai orang mencarinya dengan meraba-raba. Kadang-kadang kena dan kadang pula terkena. Oleh itu janganlah meratab hiba dengan cinta. Cintailah 'ALLAH' yang maha esa.
Post a Comment