Salam ukhuwwah, salam mawaddah buat semua..
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Memiliki anak yang bijak lagi soleh merupakan idaman setiap insan. Mampukah kita mendepani cabaran di dunia masakini yang penuh cabaran dan noda ini untuk melahirkan zuriat soleh yang mampu mendoakan kesejahteraan buat kita suatu hari nanti..
Menghadapi realiti anak-anak murid seagama setiap hari di sekolah , hati saya banyak mentafsir dan berfikir. Benarlah pelajaran dan ilmu agama ibubapa amat mempengaruhi sakhsiah dan aqidah anak-anak mereka. Kalau tidak, terjadilah apa yang telah terjadi..Sedih hati saya melihat sebahagian besar anak-anak bangsa seagama hidup dalam fantasi keseronokan yang mereka cipta sendiri. Tiada keinginan pada agama. Apatah lagi untuk memahami erti mencintai Allah dalam segenap aspek kehidupan. Sebagai guru, kadang-kadang saya hilang punca..di mana mahu saya mulakan dalam ruang dan peluang yang terbatas...
Justeru, harapan saya terutamanya buat ibubapa yang mempunyai permata hati penyeri hidup. Sedari kecil didiklah mereka dengan kalimah-kalimah tauhid, bisikkan di telinga mereka ayat-ayat tentang cintaNya, ceritakan pada mereka tentang keagunganNya, pakaikan mereka dengan pakaian taqwa..agar mereka membesar seiring dengan teguhnya aqidah pada Allah SWT.
Saya ingin berkongsi tips menanamkan cinta Ilahi ke dalam jiwa anak sejak dari bayi.Tips ini saya ambil dari kotak email yang dikirimkan seorang teman. Baca, hayati dan aplikasikan dalam pentarbiahan anak-anak anda..
Tahap Umur : 0
hingga 6 bulan
BAHASA
- Sentiasa mengucapkan kalimat La ilaha illa Allah dengan jelas dan teratur sambil mewujudkan ‘eye to eye contact’ dan memaksimakan sentuhan fizikal (misalnya: menyentuh mukanya; membuka tangannya; menggosok atau mengurut badannya selepas mandi
- Sentiasa
bercakap dengan menggunakan bahasa yang betul untuk menunjukkan kasih sayang
dan kemesraan
INTELEK
- Memperkenalkan tanda-tanda kekuasaan Allah. Misalnya: set anggota (pegang anggotanya yang berkenaan);
- Tekankan hanya Allah berkuasa memberikan kepadanya anggota itu, makhluk selain daripada Allah tidak mampu berbuat demikian.
- Terus baca “La ilaha illa Allah”
- Memperkenalkan fungsi anggota yang dikehendaki oleh Allah: misalnya: Allah berikan mata untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Sekiranya Allah mengambil balik penglihatan kita, tiada siapa boleh mengembalikannya
- Membawanya bersiar-siar sambil bercerita betapa tinggi dan esa kekuasaan Allah, Rabb sekelian alam.
- Perkenalkan alam sebagai tanda kekuasaan Allah
- Memberikan anak peluang merasa dengan jarinya sifat yang
Allah berikan kepada ciptaan-Nya. Misalnya: panas, sejuk, kasar, licin,
rata, bulat, kesat, halus. Berikan anak rasa dengan lidahnya rasa manis,
masin, pahit dan masam. Terangkan ini sebagai tanda kekuasaan –Nya.
JIWA
- Solat di samping anak. Mencium dan mendukungnya selepas solat.
- Membaca al Qur’an dan ma’thurat di sampingnya.
FIZIKAL
- Meletakkan anak dalam keadaan meniarap, sama ada di atas
riba kita, atau di atas permukaan lantai yang tidak sejuk, bersih dan
rata. Biarkan anak cuba mengangkat kepalanya sendiri dan merayap.
Biasakan kedua tangan anak memegang kedua jari telunjuk ibu dan perlahan-lahan
ibu mengangkat jarinya sehingga badan anak terangkat, sedikit demi sedikit
- Bagi keseimbangan badannya, cubalah beransur-ansur
menimang dan melambungnya dengan penuh berhati-hati. Lakukan semua
aktiviti ini dengan mengulang pembacaan kalimah tauhid. Penggunaan nasyid
adalah berkesan.
Tahap Umur : 6 – 12 bulan
INTELEK
- Teruskan ransangan yang dibaut untuk kumpulan umur 0 – 6 bulan.
- Mengajar kalimah tauhid dengan sebutan yang jelas, satu-satu dan teratur.
- Untuk meransang inteleknya, ibu boleh menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam bentuk kad-kad gambar atau buku bergambar yang besar dan jelas gambarnya. Contoh: Set tanda kekuasaan Allah di langit ( matahari, bulan , bintang, planet ). Set kekuasaan Allah di bumi (gunung, laut, sungai, padang pasir, hutan tropika
- Ibu boleh menggunakan sebarang set ciptaan Allah. Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat beberapa faedah memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set.
- Kajian membuktikan otak kanak-kanak amat peka kepada ransangan yang berbentuk berkedip (flashing) dan berbentuk kumpulan (set). Pembinaan ilmu itu bersistem dan akan berkembang secara bersistem juga.
- Memperkenalkan
ciptaan Allah dalam bentuk set melatih anak untuk meneliti persamaan –persamaan
pada set makhluk yang sama jenisnya; juga meneliti perbezaan-perbezaan makhluk
pada set makhluk yang sam jenis. Latihan ini pada mulanya perlu dimulakan
oleh ibu.
FIZIKAL
- Untuk meransang fizikal anak biarlah anak merangkak secara
bersilang (criss-cross pattern) kerana ini insyaAllah membantu perkembangan
otak yang seimbang (bahagian otak kanan dan otak kiri) . Sediakan tempat
selamat untuk anak merangkak dan bermain. Galakkan anak merangkak dengan
cara permainan , misalnya: meletakkan satu permainan sebagai umpan atau membuat
terowong dari kotak untuk anak itu lalui.
- Klau boleh elakkan penggunaan alat bantuan berjalan (baby
walker) kerana ini akan mengurangkan peluang anak
merangkak.
Tahap
Umur : 12 - 18 bulan
- Teruskan ransangan sebelum ini
- Berikan peluang anak berjalan atau berlari di tempat
lapang dan selamat, misalnya padang. Pada tahap ini aktiviti ini
insyaAllah membantu perkembangan bahagian tertentu otak anak (cortex).
- Berikan peluang anak merasa dengan jari ciptaan Allah
yang dijumpai dan ditekankan oleh ibu sebagai bukti kekuasaan Allah, Rabb Yang
Esa.
- Kalimah Tauhid dan maksudnya yang mungkin telah dihafal
oleh anak, akan diulangkan sebutannya semasa menyaksikan tanda-tanda kekuasaan
Allah. Ibu boleh menceritakan keajaiban ciptaan Allah, misalnya:
bagaimana Allah meninggikan langit tanpa tiang atau tali. Penggunaan
nasyid boleh membantu.
Tahap
Umur : 18 - 36 bulan
Maksud hadith:
1. Ajarlah anak kamu surah al Furqan
ayat 2 apabila dia mula berkata-kata
2. Ajarkan anak kamu 3 perkara :
mencintai Nabi mu, mencintai keluarganya dan membaca al Qur'an
INTELEK
AQIDAH TAUHID
Mengajar potongan-potongan Surah al Furqan:2 menggunakan
teknik pembelajaran yang menarik dan berkesan. Ayat-ayat lain, termasuk An.
Nahl17; Al 'A'laa : 1,2 3 dan 4; al Ikhlas:
1,2,3 dan 4; Al Fatihah: 1,2 dan 3; dan seterusnya mengikut kemampuan dan
kesediaan anak. Objektif utama ibu adalah memperkenalkan Allah sebagai
Rabb dan melalui proses ransangan seterusnya, dia akan dibimbing untuk
mentauhidkan Allah sebagai Ilah.
SEERAH RASUL
Pengajaran seerah para rasul, khususnya seerah Rasulullah
SAW mesti membawa penekanan yang jelas kepada anak, iaitu para rasul adalah
contoh manusia yang mentauhidkan Allah sebagai Rabb dan Ilah dan para rasul
mengajar manusia mentauhidkan Allah, tidak menyengutukan-Nya dengan
apa-apapun. Teknik penceritaan mestilah mudah dan berkesan. Buku-buku
bergambar dapat membantu menarik perhatian dan minat anak.
AL QUR'AN
Merkenalkan al Qur'an sebagai Kitabullah dan Kalamullah
secara beransur-ansur. Adakan sesi hafalan surah-surah pendek dalam Juz
30. Sila perhatikan bahawa sesi ini berasingan dari sesi pembelajaran
aqidah yang menggunakan ayat-ayat tertentu dari al Qur'an. Nasyid boleh
digunakan untuk memperkenalkan fungsi al Qur'an, misalnya: nasyid " al
Qur'an itu petunjuk"
11 comments:
salam UA: wah artikel menarik utk iza yg jauh bersendirian mendidik anak.tq 4 sharing.minta izin save kt pc ye.nk buat rujukan
syukran kak atas perkongsian artikel ni..
SALAM UMMUAMAR...
ARTIKEL YG MENARIK UTK PANDUAN IBUBAPA..LILY PON NK MINTA IZIN UTK COPY..BLH?
Izza : Sila2..moga mampu membantu Izza mbesarkan si comel dgn cintaNya..
Nadiah : Afwan... Mg dapat manfaat bersama..
lily : Sila2..Boleh jer copy..mg dapat membantu..
Artikel yang menarik thank sebab sudi berkongsi artikel ini boleh menjadi pembimbing anna untuk mendidik farisyah
Panduan yg sgt berguna ni..Insyaallah akan dipraktikkan...thanks for sharing info! ^_^
terima kasih utk perkongsian artikel menarik ini ;)
tertarik ngan artikel ni...thanks for the info... :)
Buat semua mummy2 yg ada baby2 comel..
Anna, mamalieyna, yatie chomeyl dan nadia..
Akak rasa masa yg sgt sesuai buat mummy2 semua mempraktikkan kaedah dan tips meransang baby mengenal penciptaNya..kerana baby2 masih kecil dan tengah explore ttg benda2 baru di persekitarannya..
Moga tips ini membantu..selamat menjadi ibu yg terbaik buat anak msg2..farisyah, Arif, Baby SN dan Darwish..
Salam UA..
Banyak2 peringkat, mendidik remaja yg paling sukar.. mereka sedang develop identiti diri, mudah memberontak.. mudah2an kita sama2 berjaya mengatasi tahap yg kritikal dalam mendidik anak2..Insya Allah
Nida..
Betul tu..masa ni kalau mereka tersilap pilih teman atau haluan..maka sukarlah untk dibentuk lg..so asasnya mulakan dr kecil lg..
Post a Comment