Sayu hati
membaca puisi nukilan Zurinah Hassan ini. Ia umpama mewakili seluruh
jiwa saya, dedikasi buat anak-anak tersayang. Semoga kalian mengerti dan
memahami ~ segalanya adalah kerana kasih sayang dan tanggungjawab yang
tidak bertepi buatmu berdua.
Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja ~ Zurinah Hassan
Anakku
maafkanlah ibu
meninggalkamu setiap pagi
melepaskan pelukanmu
ketika kau ingin bermanja
di meja ini mengadap kertas-kertas
di meja ini mengadap tugas-tugas
sesekali terganggu oleh matamu yang redup
sesekali terpanggil oleh suaramu yang sayup
maafkanlah ibu
meninggalkamu setiap pagi
melepaskan pelukanmu
ketika kau ingin bermanja
di meja ini mengadap kertas-kertas
di meja ini mengadap tugas-tugas
sesekali terganggu oleh matamu yang redup
sesekali terpanggil oleh suaramu yang sayup
Sekecil itu..
aku sudah meminta pengertianmu
yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup.
aku sudah meminta pengertianmu
yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup.
8 comments:
Allah.
saya sebagai anak, sayu juga hati membaca puisi ini.
cuba untuk memahami tuntutan kerja ibu :)
Sebak dibuatnya..huu~
pinjam jugak hasil karya beliau ni...sayu hati..huu~
Dulu......
Sekarang anak-anak pula meninggalkan Makbonda.......
saya.. huhuhu
Tukang Kata,
Alhamdulillah. Berkat keikhlasan dan pengorbanan ibu, anda menjadi anak yang menghargai dan menyayanginya..
mamalieyna,
Setiap pengorbanan yang ikhlas kerana Allah, pasti akan dibalasNya dengan kebaikan..Insya Allah.
Makbonda,
Suatu hari nanti, pasti saya pun akan ditinggalkan...
syiela,
saya pun...
Post a Comment