Sebulan yang terakhir. Penghujung yang sungguh payah. Benarlah bila ada yang pernah membisikkan dulu ~ Cabaran sebenar adalah apabila kekentalan semangat teruji di hujung perjuangan. Saya berharap semangat saya terus kukuh bertahan hingga awal Ogos nanti. Saya berdoa moga dipermudahkan Allah segala urusan dan dijauhi dari rasa putus asa. Saya menanti pengakhirannya bersama Ramadhan yang barakah. Bantulah hambaMu ya Allah.
Sesekali jangan kenal putus asa, kerana rahmatNya sungguh luas.
2 comments:
assalamualaikum UA,
melihat kepada gambar wanita ini, terpegun dengan kesungguhannya, hanya kita boleh menentukan sejauh mana keupayaan kite menjadi sekuat wanita ini...Allahuakbar :)
Hamba Allah,
Saya mencari kekuatan mental dan fizikal saya dari gambar ini.Yang ada hanya secebis cuma jika dibandingkan dgn dia ~ serba kekurangan namun bukan dijadikan batu penghalang..
Post a Comment