Buku karya Puan Roza Roslan ini adalah buruan saya seterusnya. Keinginan saya untuk memilikinya sungguh tinggi. Saya menunggu ruang untuk mendampinginya nanti..Buat pencinta ilmu khususnya kaum wanita dan ibu-ibu, milikilah buku ini. Saya kongsi sedikit ulasan tentang buku ini dari mata hati penerbit dan pembacanya..
Ya, buku ini BUKU SEKADAR RESIPI kerana di dalamnya terkandung kisah yang mencuit hati. Terkandung di celah-celah resipi yang diketengahkan terselit kebesaran dan keagungan Ilahi untuk kita renungkan. Santai, namun berisi. BUKAN SEKADAR RESIPI pasti mencuit hati pembaca.
Bukan
Sekadar Resipi adalah sebuah bingkisan lahir dari hati Puan Roza Roslan. Ia adalah utusan
daripada seorang ibu – kepada ibu-ibu lain – yang ingin membangunkan
nilai-nilai murni di kalangan ahli keluraga. Natijahnya, pembentukan akhlak
keluarga sebenarnya bermula di dapur! Air
tangan masakan siapa yang lazimnya menjadi hidangan anak-anak dan seisi
keluarga kita selama ini? -Sabtu
M. Ali
Buku yang sangat mesra
sehingga menyebabkan saya tersenyum simpul, tertawa kecil, berasa sebak dan
sayu, serta ada ketikanya minda saya perlu berfikir panjang mengenangi pelbagai
nikmat Allah yang sering dilupakan. Jika ada yang memerhatikan saya membaca
buku ini maka ia tidak masuk akal untuk melihat kesemua elemen tersebut muncul
pada raut wajah saya --Datin
Norashikin Zaini
Membaca
buku ini benar-benar mengimbau kenangan lalu dan mengusik jiwa. Ada ketikanya
saya terpaksa memberhentikan pembacaan kerana seolah tulang ayam tersekat di
kerongkong, ada sebilah pisau menusuk ke
jantung. Air mata tidak mampu disekat lagi. Ia berguguran di pipi.Gila
untuk senaskah buku masakan! --Ratna
Roslan
2 comments:
Assalamualaikum UA,
Teringin juga memiliki, mungkin suatu hari nanti. Setiap hari menjengah blog Prof Kamil, mengambil iktibar dgn pelbagai nasihat untuk diri dan keluarga.
Salam Ramadhan :)
Hamba Allah,
Waalaikumussalam..
Saya juga banyak mengambil iktibar dari tulisan mereka berdua ~ Prof Kamil dan Pn Roza. Sungguh indah sekali bila hidup kita memberi..untuk kesejahteraan semua..
Post a Comment