Tuesday, May 11, 2010

Sesungguhnya Allah Sedang Berbicara..

Salam mesra buat semua..


Kembali bersua dan maaf dipinta kerana agak tenggelam timbul semenjak dua menjak ni..ada beberapa perkara perlu diprioritikan terutamanya apabila berkaitan tugasan di sekolah. Maaf jika tidak mampu menjenguk blog kawan-kawan dan mencoret komen sekerap dulu. Jika punya waktu dan peluang, pasti saya lakukan.

Kebelakangan ini cuaca memang sangat panas. Saya kira tahap kepanasan yang cukup menduga. Walaupun pernah melalui musim panas yang lebih dahsyat tapi bahang kepanasan yang dialami sekarang tetap membara dan peritnya amat terasa. 

Apakah fenomena ini terkandung rahsia yang tersirat di sebaliknya? Manusia yang diberikan akal fikiran dan panduan wahyu dituntut berfikir dan mentadabbur di sebalik kejadian alam yang berlaku. 

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dia (Allah) menundukkan (memudahkan) bagi kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi (sebagai kurnia) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” al-Jaasiah (45:13) 

Mungkin suhu kepanasan yang membahang di waktu ini adalah peringatan dan amaran dari Allah di atas kelalaian dan kealpaan manusia dalam meneguk nikmatNya dan mengenepikan suruhan dan perintahNya..lihat sahaja kebobrokan sosial yang menguasai kehidupan masyarakat kita yang sudah hilang pedoman dan melakukan perkara di luar norma kemanusiaan lantas mengenepikan sama sekali pegangan agama..

Fikir, hayati dan ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku pada kaum-kaum terdahulu..Masihkah ingat kisah kaum Nabi Nuh yang dibinasakan dengan banjir besar yang dahsyat, Kaum Nabi Lut yang ingkar binasa apabila diterbalikkan negeri mereka dan dihujani hujan batu..Kaum Nabi SYuib pula menerima bala gempa bumi dan petir yang dahsyat...dan kisah-kisah lain yang boleh dijadikan iktibar..

Bersyukurlah kerana kemarau dan musim panas yang kita alami tidak segetir di sesetengah tempat di muka bumi ini. Bayangkan kalau kita mengalami nasib seperti penduduk China yang melalui musim kemarau yang sangat teruk dan dahsyat ini..

Bumi kering kontang dan merekah






Tasik dan hidupannya musnah..

Apa agaknya yang bermain di fikiran budak lelaki ini?
 

8 comments:

Makbonda61 said...

Meseg dari Allah,kita digolongkan dalam golongan orang2 yang selamat.

yatie chomeyl said...

semoga Allah tidak menurunkan balaNya buat kita dan semoga dengan peringatan ini kita senitasa ingat kat Allah

islami98 said...

Ummu Ammar...

Bahkan manusia skrg...cuaca panas beginilah yg dijadikan alasan utk membuka tudung...bermalas-malasan dlm beribadah dan sebagainya...semoga kita semua sentiasa berada dalam hidayah-Nya..

Nadiah Sidek said...

tu la kak..duk baca mana2 mmg cuaca tak menentu skrg ni. peringatan Allah buat kita la tu..

Chik Na said...

ye lah..sesungguh dunia dah berada di akhir zaman.. moga kita semua bertambah rajin bertaqwa kepadanya..

deena farhana said...

salam kak UA,

maaf dah lama xjenguk sini..ya Allah..insaf bace entri ni..gentar pd Allah..pemilik segala sesuatu di langit dan di bumi....

Ummu Ammar said...

mak bonda..

Alhamdulillah..nikmat yang tak terucapkan..tapi ramai yg alpa..bimbang bala menjadi balasannya..

Yatie..

Allah Maha PEngasih..Moga2 kita sentiasa dalam rahmat dan peliharaannya..

Iffah..

Iman yang lemah dan ilmu yg cetek..mencari alasan utk membuat kemungkaran..hai..inikan baru panas di dunia..api neraka 70kali ganda lebih panas..bersediakah?

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Moga dapat mengambil iktibar bersama..

Chik Na..

Setuju. Dunia sudah di akhir zaman. Tanda2 kiamat kecil sudah berlaku.

deena..

Syukran setia bersama blog akak ni...jgn di 'delete' blog deena tau hanya kerana seorg yg tidak dikenali..kerana masih ramai yg setia bersamamu termasuk akak...teruskan menulis utk ummah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...