Wednesday, September 01, 2010

Antara Keperluan & Keinginan

Salam mesra buat semua..

Hanya tidak kurang dari seminggu lagi umat Islam akan merayakan hari kemenangan iaitu Idulfitri. Sana-sini meriah dengan persiapan. Saya tidak terkecuali. Cuma segalanya serba sederhana, yang penting keperluan untuk anak-anak perlu diprioritikan.

Sekarang ni kalau nak keluar shopping atau sekadar jalan-jalan kat pasaraya, baik fikir berkali-kali. Nak bergerak pun susah apalagi nak membeli. Lagu-lagu Raya pulak kedengaran di mana-mana. Meriah sungguh! Macam dah Raya jer..Fenomena yang berlaku..masjid yang meriah pada awal Ramadhan, sudah semakin sepi..hanya tinggal pengunjung setia yang betul-betul komited dengan ibadah..yang lain sudah kalah sebelum menang!

Marilah sama-sama kita berhemah semasa berbelanja. Nilailah antara keperluan dan keinginan dengan bijaksana. Idulfitri bukan beerti semuanya perlu baru. Kasut baru, langsir baru, karpet baru, sofa baru dan lain-lain. Cukuplah sekadar bersederhana dan berpada dengan apa yang ada. Janganlah pulak sampai berhutang dan bergolok gadai untuk kelihatan hebat di hari Lebaran. Itu bukan kemenangan namanya. Nafsu masih merajai dan kita kalah dalam pangkuannya.



Teringat satu mutiara kata : 
" Janganlah mengeluh hanya kerana tidak mempunyai kasut kerana ada insan yang langsung tidak mempunyai kaki"

Hayatilah falsafah ini dan berfikirlah dengan bijaksana semasa berbelanja dan membuat persiapan Idulfitri anda...

8 comments:

yatie chomeyl said...

insaf tgk gambar kaki tu akak

Ummu Ammar said...

Yatie > Betul tu..Alhamdulillah..Bersyukur kerana kita mampu menyarung kasut/selipar yg lbh selesa...

FaRhAH Za'Ba said...

selamat bakal hari lebaran~ ^___^ heehe..

Ibuhani said...

betul tu.....membeli utk keperluan bukan atas dasar nafsy keinginan......kak ani pun tahun ni cuma ada satu jer baju kurung n kasut x beli pun! Smoga jimat berbelanjer....elakkan pembaziran.....salam lebaran!

Hamizah said...

saya cuma beli 2psg bj utk anak2..bila pk bab budjet, suka raya kat cni..sedrhana serba serbi..kuih raya pon xbuat lagi..xtau nak buat ke x..

Ummu Ammar said...

Farhah > Dah tak sabar nak Raya yer..hehehe

Ummu Ammar said...

Kak Ani > Samalah ngan saya..makin lama makin besederhana..

Ummu Ammar said...

Mizah > Mesti suasananya tetap meriah wpun di rantau org..buatlah sendiri..lg meriah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...