Salam Ramadhan..
Senang benar ungkapan maaf dari TV3 selepas berjuta hati umat Islam di Malaysia dicalari dengan iklan yang mampu memesongkan akidah sejagat. Bagi saya, tiada maaf, tiada kompromi, tiada toleransi kalau ia berkait dengan sensitiviti agama Islam yang mulia ini.
Saya cukup hairan..cetek sangatkah pengetahuan agama dan sensitiviti mereka yang bertanggungjawab melahirkan iklan ini yang saya yakin adalah penganut Islam itu sendiri..tidak perlulah terlalu mendokong 1 Malaysia sehingga kesucian akidah dan agama yang murni ini rela dicemari..
Untuk yang tidak berkesempatan menonton, nilailah sendiri di sini...
KUALA LUMPUR: TV3 menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri yang
disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai
maklum balas daripada orang ramai.
Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan. Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami menghargai maklum balas yang diterima itu.Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton. Pihaknya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan.

9 comments:
Habislah TV3suku kalau Ummu ammar dah naik hangin.
:-)
eid said.
kullu 'aam wa antum bikhayr.
tulah....terkejut jugak masa tgk iklan tu.......nauzubillah.....smoga anak2 tdk terpengaruh dgn iklan tu....baguslah tarik balik iklan tu....smoga jd pengajaran pd TV3!
syukurlah suara rakyat mula didengari...
tahu pun takut.. hikhik
Zaid > Mmg pun..sekali UA naik hangin..siaplah korang..hehehe..
Eid Mubarak! Maaf Zahir Batin
Kak Ani> Saya pun tgk kt youtube jer slps diberitahu oleh seorg rakan..mmg terkejutlah..
fa10> Mestilah takut..kalau tidak tarik balik, mesti pengikut TV3 pakat cabut lari..
Salam alaik ya ustzah...
Iklan apa yg smpai memesongkan akidah tu?sy tak tahu..maklumla..dah lama tak tgk tv..huhu....
Selamat menghabiskan sisa Ramadhan dgn cemerlang,dan selamat Hari Raya Aidilfitri ustazah!...:)
Semoga sntiasa hidup di dlm keberkatan..aminn...
Nadiah > Iklan raya TV3. Sempat tayang sehari dua jer lps tu kena hentam teruk. Kalau nak tgk, kenalah Nadiah cari kt youtube. Mmg memeranjatkan.
Selamat Hari Raya buat Nadiah juga.
tak sempat tgk pun iklan ni di tv3.
kena tgk youtube. tapi memang melampau kan...
Post a Comment