Sunday, September 12, 2010

Dendam 11 September

Awal Ogos yang lalu, sensitiviti umat Islam tersentuh lagi apabila seorang paderi bernama Terry Jones dari sebuah gereja kecil di Ganesville Florida Amerika Syarikat, mengajak seluruh penganut Kristian seluruh dunia, untuk menyertai Hari Pembakaran Al Quran Sedunia.

Tindakan biadab itu cuba dilakukan sempena memperingati peristiwa serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada  11 September 2001 9 tahun yang lalu. Paderi itu yang berada di The Dove World Outreach Center meyalahkan agama Islam kerana menjadi punca kepada peristiwa 11 September.


Terry juga menulis buku berjudul "Islam is of the Devil", dan mengundang seluruh umat Kristian di Amerika untuk membendung ancaman Islam. Tidak hanya itu, laman sosial Facebook juga dijadikan medan untuk mengumpul pengikut. 
 
Syukur Alhamdulillah..rancangan mereka dibatalkan setelah mendapat tekanan dan tentangan hebat umat Islam seluruh dunia termasuk Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE)  yang mendesak gereja itu untuk membatalkan upacara tersebut kerana ia boleh menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua agama tersebut. NAE turut meminta penganutnya untuk mempercayai dan menghormati serta tidak merendahkan martabat penganut agama lain. Acara yang mereka panggil sebagai “International Burn a Quran Day” itu bakal menyalakan lagi semangat anti-Islam atau Islamphobia di kalangan masyarakat dunia.

Dr Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia di dalam rangkaian Al-Jazeera menyebut “Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mempertahankan kesucian Al-Quran dan penghormatannya. Sewajarnya kita tidak boleh mendiamkan diri dari penghinaaan ini.”


 Ayuh! Semua saudara-saudara seIslamku..pertahankan agama suci ini dari terus diperkotak-katikkan oleh kafir laknatullah. Allahu Akbar!

2 comments:

Baitul SMR said...

Subhanallah, cantik 'rumah' baru Ummu Ammar. Lama sekali saya tak datang menyinggah di sini. Eid Mubarak dari kami.

Alhamdulillah, atas berita ini. Mudahan kita semua berusaha menjadi the walking Quran, dan Quran yg hidup. :)

Ummu Khaulah

Ummu Ammar said...

Ummu Khaulah..

Syukran jazilan..Syukran juga sudi singgah. Moga Ummu Khaulah seronok di rumah saya ni...

Happy Eid Mubarak..semoga bahagia berhari raya wpun di rantau orang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...