Sunday, December 19, 2010

Ahad Yang Indah!


Salam sejahtera buat semua..

Hujung minggu yang menyenangkan. Banyak sebabnya. Antaranya kuliah Research Methods in Education pimpinan Dr Ruzlan sedikit melegakan walaupun sebenarnya banyak lagi perkara/assignments nak dibuat. 

 Be happy

Pertama, group presentation berjaya dan dipuji pensyarah. Sedikit sebanyak balik kelas malam tu saya dah boleh tidur lena sebab sebahagian”beban” sudah hilang. Apa yang dapat saya rasakan, saya lebih relax dan  selesa berpresentation kali ini. Bila relax, idea-idea datang dengan sendirinya and at the end saya rasa puas dan lega sangat. Sebelum ini, bila kena presentat kat depan kelas saya selalunya dihimpit nervous dan rendah diri. Dan situasi tersebut menghilangkan semua idea yang dah saya susun sebelumnya ditambah lagi kalau tak hadam sepenuhnya apa yang nak disampaikan itu, maka ia tidak berjalan seperti apa yang diharapkan. 

Rendah diri?? Sebagai guru yang hari-hari tugasnya mengajar dan berhadapan budak-budak, pasti ada yang menganggap bercakap depan khalayak bukan perkara yang susah. Kalau berpengalaman lama..siap goreng menggoreng lagi dengan pakarnya..Tapi sebenarnya, mengajar budak-budak dan membentangkan ilmu di hadapan “orang-orang dewasa yang berkaliber” amat berbeza sama sekali. Sebab yang berhadapan dengan saya bukan hanya guru tetapi pensyarah, pegawai IPG, pegawai JPN dan lain-lain. Tapi Alhamdulillah, semoga ini menjadi titik untuk lebih berkeyakinan and  I’ll improve myself more next time. Insya Allah.

Keduanya, research proposal saya dipersetujui oleh Dr Ruzlan. Lebih dari itu, beliau turut menyumbangkan idea untuk menjayakan kajian yang akan saya buat di penghujung kursus nanti. Sekarang ni hanya nak memurnikan lagi bahagian-bahagian proposal yang dah siap. Nampak senang tapi mahu “berasap” juga kepala dibuatnya. Semuanya nak kena ada rujukan dan justifikasi. Perlu kritis dan tajam minda.  Bab kata Dr Ruzlan : Learning about research methods should help to sharpen our critical thinking skills. Harap-harap begitulah..

Buat semua..Selamat berhujung minggu.Semoga urusan anda semua dipermudahkan.

p/s : Dah lama tak tulis panjang-panjang kat blog ni..selalunya tulis pendek je..

6 comments:

fa-in said...

All the best ya. :)

Liz said...

memang susah nak propose something..alhamdulilah proposal ummu dah ok...nak buat research lagi tu ya...apa ya research ummu..liz nak tahu juga..dapat share some idea..

Nadiah Sidek said...

nadiah sampai sekarang nervous nak bercakap depan org ramai walaupun sekadar buat ucapan tak formal..ehehe..

moga urusan akak terus dipermudahkan :)

Zaid Akhtar said...

perghhh, dahsyat tu, Kak Lat!
selamat bercuti.

Ummu Ammar said...

fa-in > Syukran! Same to you..

Liz > Seganlah..biasa-biasa je..saya pilih kajian eksperimen tentang kaedah pengajaran Bahasa Arab berasaskan web..saya sbnrnya guru Bahasa Arab

Ummu Ammar said...

Nadiah > akak dulu pun cam Nadiah juga..bila dah lama jd guru, keyakinan itu akan dtg dgn sendirinya..

Zaid Akhtar > Cuti yang tak macam cuti..lainlah orang tu..cuti sakan sampai Eropah..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...