Tuesday, December 21, 2010

Ketua Keluarga


Beberapa hari yang lepas. Selepas mengaji sebelah pagi, Ammar meminta izin untuk main games di laptop kepunyaan saya. 
"Boleh tak, ummi?"
"Pergi tanya abi." Suruh saya.
"Kenapa kena tanya abi..itukan laptop ummi?"
"Ya. Betul itu laptop ummi. Tapi, abi kan ketua keluarga kita. Peraturan dan keputusan di tangan dia. Kita kena ikut" Terang saya. Bukan apa, kebiasaannya suami akan membenarkan anak-anak main games sebelah petang sahaja.

Hari ini. Semasa saya sedang memasak di dapur.
"Ummi, hari itu ummi cakapkan abi ketua keluarga kita. Kita kena ikut dia kan? "
"Ya, betul." Saya mengiakan.
"Abi cakap petang esok kita balik rumah tokki Long." (rumah yang dimaksudkan ialah rumah mertua saya di KT. Tempat favourite Ammar).
"Bukan hari Rabu ke?"
"Ummi..abi kan ketua keluarga...takkan ummi tak ingat." Sengihnya nakal.

Terdiam saya seketika. Aduhai! Terkena sudah. Nampaknya tak menjadilah rancangan saya nak berehat sehari dua lagi di rumah kami. Yang tak tahannya part yang dia ulang ayat "ketua keluarga" yang saya beritahu dia hari tu..

p/s : Anak-anak makin hari makin pandai dan matang..kita???

2 comments:

tqa hamzah said...

salam ustazah latifah..=)
ingat saya lagi tak???rindu kat ustazah dengan ammar....ammar makin mature..heheheh

Ummu Ammar said...

tqa..

Salam.Sudah semestinya saya ingat. Pelajar yang periang dan pandai. Ammar? nampak je matured, tapi keanak-anakannya masih menebal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...