Friday, December 24, 2010

My Trifle Pudding




Bila kerajinan melanda, inilah hasilnya. Sebenarnya masak memasak ni suatu terapi meredakan tekanan. Setelah berlama-lamaan depan komputer, konon-kononnya membuat assignments laa.., kepala mula pening-pening, mata berpinar-pinar..otak pun macam nak "berasap"..maka, memasak membuatkan saya lupa seketika semua itu. Lagipun dah lama tak buat Puding Trifle ni. Kegemaran anak-anakku terutamanya Afiq. Belum jamah lagi yang ummi buat ni, dah siap request suruh ummi buat lagi lain kali.



Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak jelly kristal (Nona) - perisa terpulang pada citarasa..kali ni saya guna perisa mangga
1 tin fruit cocktail
4 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
½ tin air
½ tin susu cair
Buah-buahan segar spt kiwi, laici dan lain-lain

Cara Memasak:

  1. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [lagi cantik kalau masukkan dalam bekas kaca..supaya nampak susunan trifle tersebut). Actually, yang dalam gambar ni saya gunakan kek lain sebab swiss roll tiada dalam stok.
  2. Asingkan buah cocktail dengan menapis jusnya. 
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi untuk melembapkan kek
  4. Campurkan tepung kastard, gula, susu cair, air dan lebihan jus cocktail dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. Angkat dan tuangkan ke atas kek tadi. Biarkan seketika sehingga sejuk 
  5. Taburkan dan susun buah cocktail ke atas lapisan kastard tersebut.
  6. Susun buah-buahan segar seperti kiwi, laici, epal (saya tidak letak sebab tiada dalam stok) 
  7. Bancuh agar-agar jelly kristal mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan ke atas lapisan buah-buahan tadi. Sejukkan dalam peti ais.
  8. Nak kreatif lagi boleh letak aiskrim kat atas..semasa nak makan..

Selamat mencuba.

6 comments:

Liz said...

rajinnya hari ini..ialah buang tension ya..kalu dah asyik depan laptop cari bahan article memang saki kepalanya dibuatnya..ya selamat berhujung minggu

Ummu Ammar said...

Liz > Bila rajin jangan dihalang, bila malas jangan disuruh..hehehe..memang pening dengan article reviews, projek dan lain2..tak cukup tangan rasanya..Liz sambung belajar juga ke?

deena farhana said...

salam kak ua..

maaf sgt deena dah lama xdtg sini..deena pun dah jrg online..wah sedapnye puding tu..rajin ye akak buat...

nak skit bole..?? hehe

Ummu Ammar said...

Deena > Akak pun busy sikit sekarang ni..sama2lah kita..tak sempat nak jenguk blog deena juga..

Biasalah deena..rajin tu ada masanya juga..Jomlah datang rumah..nanti akak buatkan..

Fadzli Amir said...

wowww...walaupun saya ni tengah pantang...ya pantang untuk mengambil gula dan lemak, tapi terliur tengok puding tu...Thanks, next weekend nak cari barang2 nak buat la....langgar pantang sekali ni tak pa kottt....hehehehe

Ummu Ammar said...

Fadzli Amir> Ye ke? Takpe..sesekali melayan selera..nanti minum air kosong byk2..lg satu boleh juga kalau nak kurangkan jumlah gula dalam menu tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...