Tuesday, April 27, 2010

Hidup Dalam FB!

Salam ceria buat semua..

Facebook sudah menjadi fenomena dewasa ini. Rata-ratanya sudah mempunyai akaun  FB sendiri. Manfaatnya digunakan bagi yang pandai mengaplikasikannya untuk menjalin ukhuwwah yang terputus, berdakwah dan lain-lain. Tidak kurang pula yang menyalahgunakannya sampai membawa kepada kelalaian, pergaduhan, curang mahupun perceraian. Klik sini untuk baca entry saya tentang Facebook sebelum ni..
Jangan tak tahu ada sesetengah FB addict ni hidup untuk FB jer..Kerja FB, Makan FB, Belajar  FB, Tidur FB, semuanya FB lah! Perlu dingatkan jangan kerana FB ibadat kelalaian, kerja terbengkalai, rumahtangga terabai dan diri sendiri serabai, rugilah kita..Mana title mukmin dan muslim soleh dan solehah yang diidamkan selama ini, kalau hanya berpaksikan FB dalam setiap ruang hidup kita dan mengabaikan luang dan ruang untuk beramal kepadaNya..


Namun perlu juga direnungi bersama, bukan hanya FB yang perlu dihindari jika ia membawa kepada kelalaian dan menjauhkan kita dari mengingati Allah, malah medan lain yang sewaktu dengannya pun sama - blogs, twitter, friendster atau segala bagai lagi.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala: “Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]

11 comments:

Ummu Mishkah said...

kalau hingga terabai ibdah wajib itu dah jadi haram..

Nida n' Hanafi said...

salam..

Nida pun pelik macammana orang boleh addicted dengan games2 dalam FB tu...

deena farhana said...

salam kak UA,

hmm..sy pun ade entry ttg fb ni..bg sy, tpulang la dgn individu, tp klu nk tye sy, sy kurg gemar dgn fb ni..

Makbonda61 said...

Salam,saya sedang mencari artikal sebegini,saya minta izin untuk link di FB saya ya!:)

Ummu Ammar said...

Che Sue..

Betul tu..bila dah biasa dan jd ketagih..tak kira halal dan haram dah..mmg berjaya la agenda kafir laknatullah ni..

Nida..

Ketagih games kt FB ni kira mcm hisap rokok juga la..bila dah hisap tu, jd ketagih and payah dah nak berhenti..

Ummu Ammar said...

deena..

Itu lebih baik..kalau xde apa2 kepentingan tak pyh la berFB ni..tp mcm akak ada akaun FB - sesekali utk berinteraksi dan mngeratkan ukhuwwah dgn kwn2.

Ummu Ammar said...

Mak bonda..

Silakan. Moga mampu memberi manfaat utk org lain juga..

Unknown said...

salam ummu...

hubby ummi awal2 lagi ,tak izinkan ummi ber FB , takut nnt leka n lupa segala2nya

Ibuhani said...

sbb tu Allah menggalakkan umatnya agar bersederhana dlm apa jua.....tdk keterlaluan....jgn sampai melalaikan ibadah n tanggungjwb.....smoga kita dijauhkan dgn lalai ini :)

sahel akmal said...

salam,,sekadar pandangan sy tentang fb....

http://silenthumans.blogspot.com/2010/04/its-just-merely-facebook.html

Ummu Ammar said...

ummi,

Langkah yang tepat..kalau tak dalam 1 hari mesti nak buka gak sekurang2nya 1 kali..kalau"melekat" itu yg bahaya..

Kak Ani..

Setuju ngan Ani..bab kata org berpada2 lah dgn apa kita buat..jgn melampaui batasan sudah la..

sahel al-fateh..

Terima kasih..nice sharing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...