Salam ukhuwwah buat semua..
Malu dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Ia bukan sekadar ciri keperempuanan Melayu sahaja tapi lebih daripada itu ia dikaitkan dengan tahap keimanan seseorang.
Rasulullah SAW bersabda: “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan ‘Laa ilaha illallah’ (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang daripada iman.”( Riwayat al- Baihaqi).
Rasulullah SAW menegaskan di dalam sabda Baginda yang bermaksud :“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah, kaum yang memegang cemeti bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)
Realiti saya hadapi dalam kehidupan pendidik, sebahagian pelajar perempuan sengaja mengetatkan pakaian
sekolah yang mereka pakai. Kain sekolah pula dijahit bahagian atas tepi
pinggang agar ketat dan sendat. Selalunya kalau nampak depan mata saya, time tu
jugak saya minta dirungkaikan jahitan tersebut. Tudung pulak disingkatkan dari had yang sepatutnya. Ada pulak tu pakaian dalam pun tak pakai...ditambah dengan kuku panjang bak langsuir dan kening dicukur sesuka hati. Belum diusik lagi pasal akhlak dan perilaku yang melemaskan mata memandang. Entah la..mungkin matlamat pergi sekolah sudah beralih kepada 'menggatal' dari menuntut ilmu..Dalam hal ini, tepat sekali sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“ Bila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, lakukanlah apa saja yang kamu inginkan,” ( Hadis Riwayat Bukhari )
Justeru, pada saya tarbiah ibubapa amat penting dalam pembentukan akhlak dan jatidiri anak-anak. Tanamkan dalam diri anak-anak untuk menghiasi diri mereka dengan sifat malu. Saya selalu meminta pelajar-pelajar perempuan saya menjadi pemalu bak semalu. Semalu? Satu tumbuhan kecil dan misteri yang penuh rahsianya tersendiri. Hayati dan renungi kisah ini.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Malu dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Ia bukan sekadar ciri keperempuanan Melayu sahaja tapi lebih daripada itu ia dikaitkan dengan tahap keimanan seseorang.
Rasulullah SAW bersabda: “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan ‘Laa ilaha illallah’ (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang daripada iman.”( Riwayat al- Baihaqi).
Sesak jiwa bila melihat anak-anak gadis remaja terutamanya yang masih belajar tiada segan silu atau malu dengan fesyen berpakaian umpama telanjang. Ada yang lengkap dengan tudung tapi pakaian melekat di badan. Bukankah antara syarat pakaian menutup aurat itu tidak ketat, tidak jarang dan tidak nipis sehingga menampakkan anggota yang menggamit pandangan lelaki?
Rasulullah SAW menegaskan di dalam sabda Baginda yang bermaksud :“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah, kaum yang memegang cemeti bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)
Justeru, pada saya tarbiah ibubapa amat penting dalam pembentukan akhlak dan jatidiri anak-anak. Tanamkan dalam diri anak-anak untuk menghiasi diri mereka dengan sifat malu. Saya selalu meminta pelajar-pelajar perempuan saya menjadi pemalu bak semalu. Semalu? Satu tumbuhan kecil dan misteri yang penuh rahsianya tersendiri. Hayati dan renungi kisah ini.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu
berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata
kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat
dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan
malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam
untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri
dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar
tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup
dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,
kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau
pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
12 comments:
UA: ciri2 budak skolah tu, sama je dengan budak skolah time iza dulu.tudung kecik smpi leh nampak buah dada, lepas tu kain sengaja dilabuhkan sampai satu koridor disapunya, baju disingkatkan sehingga ke paha, lengan baju, disingkat dan dilipat ke siku. ish mcam2...
macam mana la kejadian rogol tak berleluasa sekarang ni? terkadang bukan yang mcm ni kena, yang bertudung litup yang kena.
p.s: teringat pesan mama, apa2 fesyen xkisah, asalkan menutup aurat seperti dalam alquran , xjarang, tidak singkat, menutupi dada, yang penting sentiasa istiqamah.
pertama kali mendengar info pasal semalu.... menarik
nadiah pun sedih la kak dengan situasi2 macam ni. kawan2 sendiri pun ramai yg macam tu. nak tegur tapi tak mampu nak tegur. sedih sangat rasa..
salam....rahsia daun semalu mmg hebat...
tazkirah pagi yg cukup baik..baru semalam saya ke pasar mlm, dn menyaksikan telatah budak2 perempuan yg baru nk meningkat remaja yang tak sedap dipandang & didengar, suami pun mengeluh psl tingkahlaku diorang, tp itulah mampu mengeluh saja, diorang seolah2 lgsg takde rasa malu pd orang sekeliling...moga2 anak2 kita sentiasa di landasan yg benar dan baik.
Kadang2 penat kita marah dan membebel kat pelajar2 mengenai pakaian yg menjolok mata ni... Tapi depa buat tak faham jer.
Bab pakaian satu hal ler... bab batas pergaulan pun satu hal.. dengan selamba bertepuk tampar antara bukan muhrim depan cikgu2. Kita pulak yg geli geleman tengok cara mereka. Bila dimarah dengan selamba menjeling kat kita, nak lebih2 nanti takut kena saman..
Hmmm... entah ler.. tak tahu nak salahkan siapa, adakah sistem kekeluargaan yg longgar atau sistem pendidikan yg tak betul
Izza..
Bagi akak apa2 pun didikan ibubapa sejak dr kecil amat penting..kt sek akak pernah panggil bdk2 yg mcm ni..cuba slow talk dgn mrk..kata mrk ibubapa mrk x pernah tegur cara mrk berpakaian gitu..apalagi bab ibadat..
Masya Allah..jd setakat bg nasihat boleh la..dpn mata kita dia jaga la sekejap tapi lps tu jd blk..
fa10..
Moga dapat manfaat bersama..kejadian Allah ni byk hikmahnya bg manusia yg berfikir..
Nadiah..
Akak pun pernah mnghadapi situasi begitu..kdg2 rakan guru sendiri..dressing lengkap bertudung tp baju jarang sampai nampak bayang kulit dan seluar dalam..serba salah juga dibuatnya..
Apabila melihat kemungkaran, kalau mampu ubah dengan tangan ( kuasa ), kalau tak mampu guna lisan ( teguran/nasihat)..kalau x mampu jugak bencilah dengan hati..tp itu adalah iman yg plg lemah..
Alimaz..
Rahsia tersendiri yg mengandungi pengajaran beerti..mg dapat mengambil iktibar bersama..
mamalieyna..
Memang betul..tanamkan azam bila kita dpt anak perempuan terutamanya ajar dia tentang adab dan malu sbg seorg perempuan..bila agaknya ye? Doakan untuk akak..
Nida..
Betul tu..Nida mesti arif psl bdk2 sek ni..sangat tenat perilaku, pergaulan bdk2 skrg ni..pelajaran entah ke mana..
Bg akak..dua2 x kena..mesti ada yg longgar kt sistem kekeluargaan dan sistem pendidikan itu sendiri....
me insaf dgn kelemahan n kekurangan diri me yg inih.. salamm akak ummu ammar tewww..
en_me..
Selamat Dtg ke blog akak..
Keinsafan dan muhasabah diri akan mendekatkan diri kita pd Allah..
Post a Comment