Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan Yang Manis


Ramadhan Yang Manis
(Sebuah puisi A. Samad Said)

Alam itu cantik—gunung dan tasik;
maya terlalu indah—laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti—
ketaqwaan penuh terhadap Illahi.
Puasa—musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.

Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa. 

Daun yang gugur tanah yang rekah
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredhai.

Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala. 

Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Illahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik terpilih
malam yang manis, indah dan jernih.

Pada malam sabar dan siang yang cekal
ranum pohon hikmah sebagai bekal;
gugus permata, kerlipnya paling mesra,
merimbun bugar, daunnya meneduhi ummah.

4 comments:

Sharifah ZaaRa Sophea Hayat said...

Kemanisan Ramadhan memang sukar untuk digambarkan dengan kata2..hanya jiwa ingin merasai kemanisannya sahaja yang mentafsirkan makna sebenar kehadirannya..ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..=)
WALLAHU'ALAM..

Unknown said...

SALAM,
SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN MULIA INI DAN BULAN2 SETERUSNYA DITERIMA ALLAH SWT

Ummu Ammar said...

Ummu Hani,

Betul tu. Tepuk dada tanya iman. Kemanisan Ramadhan hanya dirasai oleh mereka yang merebut peluang. Semoga Ramadhanmu dan Ramadhanku lebih bermakna tahun ini. Ameen.

Ummu Ammar said...

Tuan,

Insya Allah. Ameen. Marilah sama-sama mempertingkatkan amal untuk hari-hari seterusnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...