Sayu hati menatap wajah-wajah mulus dan suci milik anak-anak Palestin
ini.
Apa agaknya erti I'dulfitri buat mereka?
Di saat anak-anak kita
tersedia dengan kelengkapan serba baru sempena I'dulfitri, mereka
mungkin menahan lapar dan menangis ketakutan.
Bersyukurlah wahai diri! Bersederhanalah dalam menyediakan kelengkapan I'dulfitri. Nilai dengan bijak antara keperluan dan keinginan.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan ayat ke-67 yang bermaksud :
“ Dan orang-orang yang apabila membelanjakan
(harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan
adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian ”
Renungkan bersama..di saat kita bergembira menyambut Syawwal yang bakal tiba, kenangilah saudara-saudara seIslam di seluruh dunia yang nasibnya tidak seindah kita. Semoga dengan itu, hati kita lebih bersyukur.
4 comments:
sedihnya tgk gmbr2 tu :(
sangat tersentuh......masyaallah....
yatie & makbonda..
Betul tu. Sangat meruntun jiwa. Semoga mereka dilindungi Allah sentiasa
Thanks for writingg
Post a Comment