Tuesday, August 02, 2011

Nafsu Ramadhan



Ini adalah realiti bila tiba bulan Ramadhan. Umpama pesta makanan. Semoga hadirnya Ramadhan kali ini, kita dapat perbetulkan niat dan perbaiki azam agar kelemahan yang satu ini dapat di atasi. Berpada dan besederhana itu lebih baik.
 
Firman Allah s.w.t.dalam Al-Quran pada Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud :
“Makan dan minumlah, tetapi janganlah berlebihan, 
sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” 

Selain itu, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
“Jangan kamu matikan hati dengan banyak makan dan minum, kerana sesunguhnya hati itu adalah seperti tanaman yang akan mati jika disiram terlalu banyak air”

Rasulullah s.a.w. turut bersabda : 
“Tiadalah wadah yang disisi anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya sendiri, di mana dia menyangka bahawa dengan beberapa makanan, maka tulang sulbi (kekuatannya) akan dapat tegak kembali. Seandainya dia terpaksa bersikap demikian, maka (isilah perutnya) sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan yang sepertiga lagi dikosongkan untuk pernafasan (bernafas).”


7 comments:

cik dah faridah said...

wah penuh meja kan..yg mana 1 nak mkn dulu pun x tahu tu..last2 membazir jadinyer...

azlina said...

salam ramadan...

rasanya ramadan ni paling berjimat kerana cek abang selalu baw blk lauk pauk yg banyak berlebihan di surau semasa waktu berbuka...kerana orang bersedekah utk berbuka setiap hari utnuk dimakan 200 orang ke atas yg dtg hanya 50 lbh ..byk lauk berlebuhan jadi dari membazie abg bawak blk utk berbuka selepas menghidang..
kemudian abg ke surau berbuka dan berolat jemaah..
akk cuma masa sejenis lauk semasa bersahur..

Ibu Yusuf Maryam said...

Assalamualaikum UA..

Wah, meriah lauk pauk kartun tu ye.. kami antara org yg berbuka lauk tunjuk2 je, tp beli ala kadar ikut selera anak2..

Nida n' Hanafi said...

Salam Ummu...

Teringat zaman kanak-kanak dulu... semua rasa nak makan (sekarang ni pun).. cuma nasib baik tak berduit, kalau tak macam gambar tulah gamaknya...:)

Ummu Ammar said...

cik dah..

Betul tu. Nafsu meminta macam-macam. Sudahnya syaitan yang bergumbira...sebab kita sudah membazir.

Kak Azlina..

Alhamdulillah. Itulah sebaiknya. Memberi dan menerima di bulan barakah ini. Mudah-mudahan sama-sama beroleh berkat dan pahala. Insya Allah.

Ummu Ammar said...

Zefa..

Akak pun sama. Banyak lauk tunjuk-tunjuk. Tapi berpada-pada. Bila dah membazir, kan menyesal tak sudah.

Ummu Ammar said...

Nida..

Kalau ke Bazar Ramadhan, bukan anak2 yang meminta itu ini. Mak bapak pun sama teringin itu, teringin ini. Macam manalah kalau mereka yang tak berduit yer. Telan air liur je lah sebab makanan sekarang semua mahal2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...