Friday, June 22, 2012

Setulus Kasih Ibu


Ibu adalah insan istimewa. Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan tempat seseorang ibu di dunia ini. Kisah sedih mengundang air mata ini adalah catatan penyesalan  seorang anak yang menderhaka kepada insan yang melahirkan dan membesarkannya. Kebenaran kisah ini saya tidak pasti. Sekadar berkongsi pembacaan dari laman internet yang lain. 

Sekalipun ia bukan kisah benar, ambillah kisah ini sebagai pengajaran dan iktibar. Hargai ibu saat dirinya masih di sisi..saat kasihnya masih dirasa..sebelum dirinya dijemput pulang menemui Yang Maha Esa.


Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru di sekolah bagi menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah, ibuku datang kepadaku untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “EEEE, ibumu hanya ada satu mata!" Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku! Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!! Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku ingin keluar dari rumah itu…Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak pernah berjumpa cucunya. Bila dia berdiri di depan pintu rumahku, anakku mentertawakannya. Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!! Dengan pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sekolahku dulu sampai ke rumah. Oleh itu aku telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan. Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya kerana ingin tahu. Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal dunia. Setitik air mata pun tidak aku titiskan.

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa. Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama. Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa denganmu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu..Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata. Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anakku membesar dengan satu mata. Oleh itu anakku..aku menghadiahkan salah satu mataku kepada kamu…Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini.
Setulus kasihku kepadamu……IBUMU…

 Tatkala surat habis dibaca, raungan penyesalanku tiada maknanya lagi...

  Sayangi ibu setulus ibu menyayangi..

4 comments:

Acik Erna said...

assalam ummu..semoga cerita ini bukan kisah benar..kesian ngan ank tu.

semoga jugak kita disayangi anak2.

Makbonda said...

Salamunalaik,

Sangat mneyentuh.

Saya pernah melihat satu peristiwa seorang anak marahkan bapanya datang keasrama kerana bapanya membawa sebakul rambutan dibelakang motorsikalnya yang siap berberberkas untuk dijual pada kawan-kawan asramanya.

Akhirnya bapanya pulang tanpa dapat bertemu anaknya.

Ummu Ammar said...

Acik Erna,

Semoga kita tidak tergolong dlm kalangan anak2 derhaka..begitu juga dengan generasi kita..insya Allah

Ummu Ammar said...

Mak bonda,

Saya tersentuh dengan kisah si bapa dan rambutan itu. Pasti hancur dan pedih hatinya diperlakukan sedemikian oleh anak sendiri.

Semoga menjadi pengajaran buat setiap yang bergelar anak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...