Tuesday, June 26, 2012

Ustaz Azhar Idrus @ Oasis


Ustaz Azhar Idrus. Insan berkongsi tanah kelahiran dengan saya ini, sudah dikenali sekian lama di tempat kami. Alhamdulillah, sekarang rezekinya semakin meluas. Saya bayangkan semua orang kenal dia lantaran popularitinya yang mencetuskan fenomena kebelakangan ini, rupa-rupanya masih ada yang bertanya saya..siapa dia? Maafkan insan yang bertanya itu, mungkin dia hidup dalam dunianya yang tersendiri..:))

Di saat kuliahnya dihadiri puluhan ribu pendengar secara live atau online, insan pendakwah yang berjaya menawan hati pendengar-pendengar muda ini masih menggunakan loghat Terengganu di dalam setiap tutur bicaranya. Walaupun kekadang  kedengaran cukup kasar, tapi sebenarnya itulah keunikan loghat kami. Dalam lawak bersahaja beliau mampu menambat kemesraan dan menusup ke dasar hati pendengar dek kebenaran yang diperkatakan beliau. 


Satu perkara yang cukup saya kagumi juga ialah minat dan bakat Ustaz Azhar dalam dunia fotografi. Saksikan sendiri kehebatan sentuhan lensa ustaz di laman Digital Mukmin. Tidak hairanlah anak-anak muda meminati beliau ~ kerana dakwah dan kebolehan beliau. Buat anda yang belum pernah mendengar kuliah@ ceramah ustaz Azhar Idrus, selamat menonton Astro Oasis bermula 3 Julai. Semoga kita sama-sama beroleh ilmu dan manfaat.

Lagi kisah hidup Ustaz Azhar boleh baca di sini.

4 comments:

yatie chomeyl said...

Msia perlukan lebih ramai org mcm UAI...dia sorang pun dh dpt menarik ramai anak muda kembali ke Islam..bayangkan kalu lagi ramai UAI yang ada....mesti lagi berkembang Islam :)

Ummu Ammar said...

yatie chomeyl,

Setuju. Allah bagi beliau keistimewaan utk berdakwah dengan cara beliau sendiri. Kita pun pasti ada keistimewaan - dengan cara kita sendiri..:))

Dr. Norziha said...

assalamualaikum,

setiap hari rindu mendengarkan 'tazkirah' dari UAI, semoga beliau dipanjangkan usia menyampaikan dakwah ke seluruh hati insan yang dahagakan ilmunya....

Ummu Ammar said...

Hamba Allah,

Sambil santai2, memandu, memasak pun boleh mendapat pengisian rohani dr UAI...:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...