Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Ujian kekayaan dan kesenangan dengan nikmat Allah adalah ujian yang lebih hebat berbanding ujian kesusahan dan kemiskinan. Fikirkan..tatkala kesusahan, kesedihan, kemiskinan melanda..manusia akan teguh dengan sifat redha dan kesabaran, berpada dengan apa yang ada, jua berjuang dengan semangat kehidupan dan tawakal yang tinggi kepada Allah SWT.
Manakala kekayaan, kesenangan dan kejayaan kadang-kadang mengalpakan diri, mendekatkan diri kita dengan kesombongaan, melahirkan sifat tamak dan bakhil serta menjauhkan diri kita dari mengingati Allah.
Berkongsilah kesenangan yang dipinjamkan sementara olehNya bersama insan-insan yang memerlukan...:))
0 comments:
Post a Comment