Tuesday, March 09, 2010

Bila Panas Badan



Salam ukhuwwah buat semua..

Detik ini, kita diuji dengan musim panas. Baru panas di dunia yang jarak sang mentari sangatlah jauh dari kepala. Berbeza di Padang Mahsyar, sang mentari hanya sejengkal di atas kepala..Bayangkan!

Cuaca yang sangat panas sekarang memungkinkan segala-galanya. Kepanasan terutama apabila berada di bawah sinaran matahari menyebabkan badan keletihan, sakit kepala dan sebagainya. Saya turut merasa penangan cuaca panas sekarang ni. Keletihan, tidak selesa dan kadang-kadang tidur malam pun bisa terganggu.

Petang tadi, usai pulang dari sekolah. Saya lihat Afiq mengesat-ngesat hidungnya dengan tangan. Lain benar lagaknya. Saya menghampirinya dan lihat darah menetes dari hidung Afiq. Panik juga dibuatnya. Saya bersihkan hidungnya dengan tuala basah dan picit  hidungnya dengan lembut supaya darah yang bersisa keluar. Kemudian, saya minta dia duduk bersandar di kerusi dan menegahnya melakukan aktiviti buat seketika. Alhamdulillah. Darah sudah berhenti. Tapi, betul ke teknik saya ni?

Saya agak anda juga pernah melalui situasi sedemikian. Kata orang, hidung berdarah disebabkan panas dalam badan. Betul ke?  Di sini saya nak kongsi info  tentang hidung berdarah untuk panduan bersama..

Hidung berdarah

Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Apakah punca hidung berdarah?
  • Kecederaan di hidung
  • Udara yang terlampau sejuk atau kering
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Terlalu kerap bersin
  • Ketumbuhan dalam rongga hidung
  • Suhu dalam badan terlampau tinggi
Apakah yang perlu dilakukan?
Jangan panik sekiranya hidung berdarah.

Rawatan segera:
  • Duduk dan tunduk ke hadapan
  • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
  • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
  • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
  • Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor

20 comments:

sI tEDI said...

yup! selalunya kata panas dalam badan.
takpernah kena lagi. tapi selalunya tgk org bila hidung berdarah mendongak..

yatie chomeyl said...

Malaysia mmg panas sgt kan skrg ni..hari tu balik kejap pun tak tahan rasa. mmg kalau leh elak, tak keluar tghari. dah petang baru keluar

Ummi Humaira said...

salam ummu..

ujian sebegini pun kita dah tak tahan rasanya,bagaimana ler nanti di akhirat kelak ek ?????

panas begini ummi sering sakit kepala nih

Nadiah Sidek said...

so far nadiah tak pernah ada pengalaman hidung berdarah tp pernah terbaca la jgk letakkn pek ais tu..

Ummu Ammar said...

Tedi,
Nasib baik darahnya sekejap je..kwn saya pun cakap lps darah berhenti, kena baring jap..

Yatie,
Mmg panas sgt2 skrg..tak sesuai outdoor activities kecuali sblh ptg..tp mlm pun terasa gak bahangnya..

Ummu Ammar said...

ummi..

Setuju ngan ummi..panas ni menginsafkan..saya pun jenis tak tahan panas..mesti berdenyut2 kpl kalau lama2 berpanas..

Ummu Ammar said...

Nadiah..
Akak pernah kena sekali. Ia secara tiba2 dan tdk menyakitkan. Rasa cam panas jer..tgk2 darah. Masa tu belum kahwin lg. Lps tu tak kena2 dah. Alhamdulillah.

Nida said...

Salam

Risau melihat keadaan cuaca sekarang yg sudah lari mengikut norma biasa.. tak tahu apa akan jadi pada bumi 10 tahun lagi

mamalieyna said...

Memang musim skrg panas membahang..tp kita takada lak pengalaman hidung berdarah ni..prnh dgr cerita mmber jer, hidungnya berdarah sbb cuaca yg panas..

info yg bagus ni tuk jdkan panduan!

Ibuhani said...

panas sgt tu......tu yg berdarah hidung Afiq......betul teknik tu.. k.ani pun bljr teknik tu masa anak2 kecik dulu sbb my girls pun slalu hidung berdarah. Budak2 yg kurang minum air mmg slalu berdarah hidung bila cuaca terlalu panas. Slalu bg air bali, kalau bolah tanpa gula sbb panas badan akan kuar melalui air kencing bila minum air barli.... :)

Ummu Ammar said...

Nida..

Bencana bumi sana sini, itu tanda-tanda kecil kiamat..mmg bumi sudah tua..

mamalieyna..

Tak sangka juga afiq kena..better mamalieyna berhati2 dgn si comel arif tu..mmg panas sgt skrg ni..

Ummu Ammar said...

Kak Ani..

Thanks info pasal air barli..pernah dgr dah sebelum ni..nak cuba la..anak2 ni aktif sgt.. bila kita larang main masa panas...kdg2 terlepas jugak..

azi said...

thanks for the info. Anak chik la pun pernah hidung berdarah. Selalunya memang letakkan ais dan baringkan dia. Cuaca panas sekarang ni, kesihatan kena jaga sebaiknya, minum air kena cukup.....salam ceria.. :)

ibuaiman said...

salam ummu ammar

pendarahan di hidung untuk kanak-kanak biasanya berlaku di kawasan yang dikenail sebagai little's area iaitu di kawasan dalam pada dinding tengah hidung. pendarah boleh disebabkan cuaca yang terlampau panas atau kanak-kanak tersebut mengorek hidung terlampau kuat...tetapi jika hidung berdarah semasa demam, kena hati-hati kerana ia mungkin tanda-tanda denggi berdarah....

Ummu Ammar said...

azi..

Salam ceria..rasanya Afiq ni mmg kuat minum air..mgkin masih tak mencukupi agaknya..

Ummu Ammar said...

ibuaiman..

Info berguna dari doktor kita..terima kasih ibuaiman..rasanya sbb panas sgt kut..dia tak demam dan tak pulak kerana korek hidung..

fa10 said...

kat tempat saya ni pun bila musim sejuk mmg akan berdarah hidung, sebab terlampau sejuk dan kering

teenage party games said...

The "Panas Badan" you have asked,as far as i know is Indonesian language it means your body is in a high temperature.

Ummu Ammar said...

fa10..

Hhmmm..terlampau sejuk pun bleh darah gak yer..

teenange party games..

Yup!..its means your body is in a high temperature..

Sorry..May i know who you are? You're not Malaysian or indonesian..right? Do you have any other links?

zamil idris said...

Punca Hidung Berdarah
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/punca-hidung-berdarah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...