Friday, October 12, 2012

Terima Kasih


Lama sudah tidak berkata-kata di sini. Terkial-kial juga saya menyusun kata, mengakhiri episod bisu berbulan lamanya.

Oktober ini Allah telah mengurniakan saya sebuah kejayaan. Kejayaan yang sungguh indah sekali apabila ia dinikmati setelah memikul susah payah sekian lama. Alhamdulillah, pengajian sarjana saya berakhir jua dan segulung ijazah impian dalam genggaman kini. 

Saya berpaling ke belakang, melihat kembali langkah-langkah yang ditinggalkan. Ada duka yang mahu dilupakan, ada suka yang ingin terus diabadikan. Pahit manis yang diharungi sepanjang 2 tahun lebih ini adalah momen terbaik dalam hidup ini. Akhirnya saya mampu melangkaui kemampuan yang selama ini selalu saya nafikan pada diri saya. Benarlah..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.

Saat menuruni tangga pentas setelah dianugerahi ijazah, saya terkenang ayah di kampung yang selalu percaya akan kemampuan saya. Jua saya teringat arwah ibu yang sudah pergi.  Meskipun mereka tiada dalam dewan serba indah ini, saya ditemani kenangan-kenangan bersama mereka berdua.

Insan yang semestinya menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan saya selama ini ialah suami saya. Tiada kata untuk mengambarkan betapa saya menghargai segala pengorbanannya. Dia penyokong utama, penyuntik semangat dan pembantu setia yang sentiasa ada di sisi. Kejayaan ini jua adalah dedikasi saya untuk anak-anak tersayang. Saya mahu mereka merasai betapa pentingnya bekalan ilmu dalam kehidupan dan menjadikan kejayaan ummi sebagai inspirasi mencipta masa depan yang cemerlang dan diredhaiNya.

Tidak dilupakan keluarga yang sentiasa menyokong dan sahabat-sahabat seperjuangan yang menjadi pencetus motivasi dan pembantu yang setia selama ini.

Terima kasih ya Allah atas nikmat kurniaan-Mu ini..

Terima kasih insan-insan kesayanganku..

9 comments:

Nadiah Sidek said...

tahniah kak :)

Kak iman said...

mabruk kak..bila la waktu iman

Salmi said...

Tahniah!
Akak tumpang gembira..

nuargto said...

Tahniah!! di atas kejayaan mendapatkan segulung Ijazah Sarjana..
Semoga terus berjaya pada masa hadapan..


Senarai peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2

Ummu Ammar said...

Nadiah : Terima kasih dik..:))

Kak Ani : TQ kak..:))

Ismi Iman : Terima kasih. Insya Allah..masamu akan tiba jua..jangan berhenti berusaha ye..

Kak Norsalmi : Terima kasih kak..berkat doa semua..Alhamdulillah

En Anuar : Terima kasih. Semoga anda juga berjaya dalam apa jua yang diceburi..Insya Allah

Nora Karim said...

tahniah... (^_^)

Yin Areesa said...

Tahniah. kalau purple, ekonomi ker It yer?

Ummu Mishkah said...

Tahniah sahabat! ;)

Ummu Ammar said...

Nora Karim : Terima kasih kerana sudi mencatat di sini. Salam ukhuwwah.:))

Zarra Zuyyin : Purple = Education. Saya ambik pengkhususan instructional technology (IT). Student UUM ke?

Ummu Mishkah : Syukran sahabatku..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...