Salam mesra di pagi penuh ceria..
Pagi? Apa yang anda semua bayangkan? Biasanya pagi dikaitkan dengan kedinginan dan ketenangan. Bayu pagi menghembus lembut menyentuh pipi. Burung-burung bersiulan. Cengkerik berlagu riang. Kalau di kota-kota besar, deruman enjin kenderaan mungkin memecah ketenangan .
Pagi adalah satu detik yang sangat tenang dan nyaman. Permulaan hari yang penuh nikmat dan di sebaliknya terselindung rahsia yang sangat indah. Saya sukakan suasana pagi. Saya rasa anda semua pun sama. Kata orang pagi dikaitkan dengan rezeki? Betul ker? Tapi kalau hari minggu..ramai menghabiskan awal pagi untuk me’qada’’ waktu tidur..sayang sekali
Sebahagian ulama melarang
tidur selepas subuh dan asar malah ada sebahagian ulama yang meletakkan hukum
makruh tidur selepas waktu subuh. Sepertimana yang diriwayatkan bahawa
Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh kerana Allah s.w.t memberkati umat
yang berpagi-pagi iaitu waktu untuk mencari rezeki.
Dalam satu hadith
diriwayatkan bahawa Rasul telah berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya
yang berpagi-pagian.
Sabda Nabi:
Maksudnya: Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. (Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
Dalam kisah yang lain, Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya: "Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?
Di dalam riwayat lain pula, sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح
Maksudnya: Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. (Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
Dalam kisah yang lain, Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya: "Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?
Di dalam riwayat lain pula, sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق
الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Selain dari itu..pagi juga dikaitkan dengan
waktu untuk berdamping dengan ilmu. Sebagaimana dinyatakan dalam hadis :
عن أبي بكر رضي الله عنه، عن النبي صمى الله عليه وسلم، قال : أغد عالما أو
متعلّما أو مستمعا أو محبا ولا تكن الخامسة فتهلك.
Maksudnya : Daripada Abu Bakar r.a,
daripada Nabi S.A.W, berkata : Mulakan pagi mu sebagai seorang guru atau
pelajar atau pendengar atau orang yang mencintai ilmu, dan janganlah menjadi
orang yang kelima , kamu akan binasa.
Hadis ini penuh motivasi buat saya. Kerana itulah rutin kehidupan saya. Kalau dekat sekolah, ikut pengalaman saya sendiri, pembelajaran
di waktu pagi sangat berkesan. Pelajar-pelajar akan memberi tumpuan yang luar
biasa berbanding waktu menginjak ke tengahari dan petang. Memang sungguh indah waktu pagi...
Berbicara pasal pagi ni, saya teringat satu nasyid zaman sekolah dulu . Cukup sinonim. Motivasi untuk menuntut ilmu. Sungguh! Semuanya mengingatkan saya pada sahabat-sahabat seperjuangan yang dirindui - Alang, Ateh, Achik, Kak Yong, Che Sue, Kak Wan, Adik..dan exspecially Umm..suka benar dia pada nasyid ni..
Suasana pagi makin berseri-seri
Bila matahari mula menjenguk diri
Terlukis keindahan dalam keharmonian
Terpamer kekuasaan ar-Rahman
Burung-burung berkicau di celah pohon hijau
Menitislah embun dari hujung dedaun
Lembut bayu menyepah bagai membelai jiwa
Menggilap dosa-dosa yang terseksa
Redhalah aku hanya padamu dan kurniaan kehidupan rabbani
Redhalah aku hanya padamu dan limpahan nikmat di bumi ini
Keindahan alam keindahan Islam
Kemanisan iman nikmat yang disyukurkan
Islam jadi pegangan, taqwa jadi hiasan
Biarpun kehinaan di mata insan
Segala keperitan jadi rencah perjuangan
Itulah sunnatullah dari zaman Rasulullah
Biarpun tumpah air mata dan darah
Berjuang menegakkan Illahi
Wahai teman-teman majulah ke hadapan
Islam takkan kalah begitu janji Allah
Kemenangan milik kita
Terlukis keindahan dalam keharmonian
Terpamer kekuasaan ar-Rahman
Burung-burung berkicau di celah pohon hijau
Menitislah embun dari hujung dedaun
Lembut bayu menyepah bagai membelai jiwa
Menggilap dosa-dosa yang terseksa
Redhalah aku hanya padamu dan kurniaan kehidupan rabbani
Redhalah aku hanya padamu dan limpahan nikmat di bumi ini
Keindahan alam keindahan Islam
Kemanisan iman nikmat yang disyukurkan
Islam jadi pegangan, taqwa jadi hiasan
Biarpun kehinaan di mata insan
Segala keperitan jadi rencah perjuangan
Itulah sunnatullah dari zaman Rasulullah
Biarpun tumpah air mata dan darah
Berjuang menegakkan Illahi
Wahai teman-teman majulah ke hadapan
Islam takkan kalah begitu janji Allah
Kemenangan milik kita
Syahid adalah cita
Untuk semua yang membaca...
'Setiap kali bangun dari tidur, berfikirlah tentang kehidupan
anda yang baru bermula."
14 comments:
iza dulu suka sgt pg jumaat di kelantan..mmg rs tau jumaat.sebabnya kt mana2 masjid pon ada ceramah , xpun kelas ngaja.
kalau ke bandar kb hr jumaat pg, satu kb akan dengar tok guru duk ceramah. yang paling best..leh tgk ramai sgt org nak dgr tok gutu nik aziz cera,mah..sambil berjua beli smbil dgr ceramah.mmg sukala..
iza suka juga study pg.tenaggggg je..
Salam..
Pagi yang menyegarkan..
Pagi yang mendamaikan..
Titik mula sebelum mengatur langkah pada hari yang panjang..
dalam mencari sesuap nasi
semuanya dari langkah yang satu
di awal pagi yang berseri..
Pagi memang indah dan damai.....rasa segar bila dpt dengar bunyi burung, tengok tupai..tp bila hari kerja..tak sempat nak menikmati semua tu, bekejar dengan waktu...
Pagi sememangnya indah..
Lebih indah sekiranya kita tau macamana nak manfaatkan pagi yg indah itu..
^_^..
Thanks for peringatan..
chik na pun suka sedut udara pagi... lepas sholat subuh chik na mesti nak buka tingkap rumah luas-luas..lagipun org kata kalu buka tingkap , banyak rezeki pun masuk
Izza..
Susah nak cari biaah ( suasana ) soleh mcm kt Kelantan..Ada kwn akak suami isteri dr Penang ambik keputusan menetap dan bekerja di Kelantan krn mahu mencari biaah sedemikian..hmm..bertuah org Kelantan kan..
Nida..
Menghayati nikmatnya pagi menerusi puisi ringkas Nida ni..nice!
azi..
Betul tu..Lagi2 la suasana pg kt kg..masyaAllah..syahdu dan tenang sgt...
mamalieyna..
Manfaatkan pg utk mencari rezeki, mencari imu..br la pg bermakna..kalau hjg minggu plak..habiskan waktu pg dgn family..subuh bjemaah, bjogging, sarapan..bahagianya..
Chik Na..
Saat yg sgt bermakna kan?..bila udara pg masuk dlm rumah..
kalau duduk di kampung terasa la kedinginan dan kedamaian pagi kak...nadiah ni budak bandar..mana rasa benda2 tu..hehe. mujur dpt suami yg ada kampung, dpt jgk la tumpang merasa bila balik kampung :)
Intro pada entri ini membuatkan ingatan melayang jauh mengenang kehidupan di kampung pada zaman persekolahan dulu...tatkala kaki melangkah menuju ke sekolah seawal jam 6.30pagi yg jauhnya 2 batu lebih.. namun sekarang semuanya sudah berbeza...zaman sudahpun berubah! even di kampung deruman enjin lebih superior berbanding kicauan burung yg dulunya begitu mendamaikan..
Teringat masa sek Lepar tu...setiap awal bulan pd hari Jumaat kami akan solat hajat beramai2 di dataran sekolah....best sangat...sejuk, nyaman, rasa sungguh insaf & tunduk pada yang Esa
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Terima kasih.
wfaiziah..
Samalah kita..detik2 berjalan kaki ke sek diwaktu pg momen yg sgt indah utk dikenang..krn dr kepayahan kita membina kejayaan..
Tapi anak2 zaman skrg mana ada utk merasa itu semua..segala-galanya mudah dan tersedia...
Kak Asna..
Betul tu..kt sek saya pula setiap pg Khamis semua duduk membaca yaasin di dataran diiringi ketenangan pg..moga semua itu memberi kekuatan rohani pd anak-anak didik kita..
Post a Comment