Sunday, January 29, 2012

Masam Manis Kehidupan

2 comments

Ya. Hidup ini ada masam dan manisnya. Umpama menikmati salad buah kegemaranku ini. Masam, manis, masin dan kelat,  bercampur gaul rasa dari buahan yang dikunyah bagai memberitahu bahawa realiti hidup ini adalah perjuangan yang pelbagai rasa dan rencahnya.

Manusia hanya mahu sisi hidup yang manis-manis sahaja. Bila semuanya manis, pasti kealpaan membisikkan hidup ini tiada akhirnya. Mereka mengeluh bila menempuh "masamnya" dugaan dan ujian. Sedangkan itulah namanya kehidupan. Lupakah pada Kalam Ilahi dalam Al Quranul Karim  :“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”:

Hidup haruslah bermakna dengan pengabdian pada Ilahi, memberi manfaat sesama insan  berbudi luhur dan berkasih sayang.  Setiap detik harus dilalui dengan kesungguhan, ketabahan, tawakal dan pergantungan sepenuhnya pada Yang Maha Esa. Pasti, dihujungnya ada kelazatan dan keindahan sebuah kejayaan dan perjuangan. Nikmatilah dugaan dengan keindahan sifat sabar. Hargailah kegembiraan dengan kerendahan diri dan syukur.

"Sesiapa yang menghabiskan masanya tanpa menunaikan kewajipannya atau tidak melaksanakan amalan fardhu atau tidak mewarisi kecemerlangan atau tidak memperolehi kemuliaan atau tidak menyemaikan kebaikan atau tidak menimba ilmu pengetahuan, maka sesungguhnya dia menderhaka kepada masa hidupnya dan menzalimi diri."- Dr Yusuf al-Qardawi
~Selamat Meneruskan Kehidupan..Moga Kita Semua Di Bawah Keredhaan-Nya~

Wednesday, January 25, 2012

Aurat @Muka Buku

4 comments
Sumber : Rindok.Com


Pesanan buat semua saudariku seIslam..

"Kepada muslimat sekelian, buang cepat gambar-gambar kamu dalam keadaan tidak bertudung atau  menampakkan aurat, lagi lama tersiar, lagi banyak dosa dicatat dalam buku amalan kita..jom pakat kembali taat pada ajaran agama kita sendiri ". ~ Ustaz Azhar Idrus

 WANITA terperangkap, ingin pujian terhadap fizikalnya, lalu banyak gambarnya tersiar di FACEBOOK ; LELAKI juga terperangkap lalu kerap menyiarkan kejayaan demi kejayaannya. Kedua-dua sedang diuji, justeru berpadalah dalam siaran gambar juga pencapaian diri, nasihat untuk diri ini dan semua. Ia adalah bahan mentah untuk Syaitan memasak hati kita dengan riya' lagi 'ujub. Ya Allah selamatkan kami... ~ Ustaz Zaharuddin

P/S : Kalau tidak letak gambar langsung lagi bagus..:).
Sama-sama kita bermuhasabah & bertindak..

Monday, January 23, 2012

Rumah Kereta

6 comments

Kalau tidak kerana urusan penting, rasanya tidak sanggup meredah kesibukan ke bandar, bertemankan cuaca panas yang membahang. Boleh cair kesabaran dibuatnya..Ketika terperangkap dalam kesesakan  jalanraya di daerah kelahiranku, Kuala Terengganu. Saya banyak memerhati. Ya. Sudah banyak berubah daerah ini. 

Salah satunya ini, parkir automatik  bertingkat yang bernilai jutaan ringgit, gigih berbakti menyelesaikan masalah kekurangan ruang parkir penduduk Kuala Terengganu. Ia mampu memuatkan 240 buah kereta dengan bayaran RM2.50 sejam dan RM1.00 pada jam berikutnya.







Saturday, January 21, 2012

Cinta Sempurna

4 comments
 "A man dreams of a perfect wife. A woman dreams of a perfect husband ..but they don't realize that God created them to complete one another - " Dr. Amr Khaled.
"Blessed is the man who found a woman who loves Allah more than him, and Blessed is the woman who found a man who waits for her and asks for her from Allah." ~ Stunning Hijabs

"A woman once asked her mother, "Mother, how will I ever find the right man?"
Her mother replied, "Forget finding the 'right' man, focus on being the right woman." ~ Stunning Hijabs
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...