.
Alangkah bertuahnya insan-insan mukmin yang mendapat peluang beribadat dan menjadi tetamu Allah di Tanah Haramain ( Makkah dan Madinah ). terutamanya semasa bulan yang barakah ini. Memang saya cemburu dan saya rasa anda semua patut cemburu. Suasana tersebut membangkitkan rindu yang tak pernah padam saya pada Makkah dan Baitullah..dan nostalgia bertamu di sana bersama sahabat-sahabat di bawah anjuran PMRAM semasa belajar dulu masih segar dalam ingatan saya..dan sampai sekarang saya masih mengimpikan untuk ke sana lagi...Ya Allah...makbulkanlah permintaanku ini..Amin.Apa-apa pun, rezeki dan ketentuan semuanya di tangan Allah. Kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan moga suatu hari nanti kita dijemput menjadi tetamuNya untuk berkunjung ke Makkah Mukarramah. Insya Allah.
Hari ni dah masuk hari ke 21 kita berpuasa. Fadilat 10 malam terakhir amatlah besar disediakan oleh Allah pada hamba-hambaNya yang beriman..Namun berbeza dengan situasi di Masjidil Haram..suasana solat terawikh di masjid-masjid di tempat kita sekarang sudah berkurangan jemaahnya. Masing-masing agaknya sudah penat beribadat atau merasa sudah cukup banyak amalan yang dibuat sepanjang bulan ini agaknya...atau mungkin memperuntukkan waktu yang ada di hujung Ramadhan ini untuk menjahit baju raya atau membakar biskut raya dan sebagainya...sedangkan detik-detik terakhir inilah Tuhan telah janjikan kita dengan kenikmatan beribadat iaitu - Lailatul Qadr..
Untuk renungan bersama..
Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda; “ Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, di ampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu ” , dalam riwayat Al-Imam An-Nasaie telah menambah: “ Dan dosanya yang akan datang ”.
Antara tanda-tanda yang paling utama dan cirri-ciri malam Lailatul Qadr yang telah di sebutkan dan di tetapkan di dalam kitab-kitab sunnah nabawiyyah adalah seperti berikut:
1. Ianya berada pada setiap malam bulan Ramadhan dan juga pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjil.
2. Pada malam itu banyak malaikat yang turun ke bumi dalam bilangan yang tidak terkira.
3. Suasana pada malam itu tenang, cuacanya pula tidak panas dan tidak pula sejuk
4. Ia adalah malam diturunkan Al-Quran
6. Ia adalah malam yang lebih baik di sisi Allah Ta'ala dari seribu bulan dan amalan kebajikan pada malam tersebut dilipatgandakan.
7. Sesungguh para malaikat turun ke bumi pada malam tersebut bersama dengan Ar-Ruh iaitu Jibrail alaihisalam.
8. Ia adalah malam yang aman, tenteram, sejahtera sehinggalah terbitnya fajar.
Antara adab-adab dan perkara-perkara sunat untuk menghidupkan malam tersebut dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.
1. Dianjurkan untuk mandi pada setiap malam daripada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan,berhias-hias dengan wangian,dan memakai daripada secantik-cantik baju selepas solat Maghrib sebelum solat Isyak dan Terawih.
2. Tidak menjamah makanan dan minuman yang terlalu berat semasa berbuka puasa untuk mengelakkan perasaan malas dan lesu ketika beribadah dan lemah untuk menghidupkan malamnya.
3. Memperbanyakkan doa, rintihan,memohon keampunan, kesihatan, keafiatan yang berkekalan dalam agama semasa di dunia mahupun di akhirat.
4. Menjaga solat maghrib, isyak dan subuh secara berjemaah begitu juga solat sunat terawih dan qiam.
5. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr
6. Selain itu,dianjurkan juga pada malam tersebut untuk melakukan amal kebajikan dan sedekah.Ini bersesuaian dengan apa yang telah disampaikan daripada Anas bin Malik radiallahuanhu, katanya: " Amalan pada malam lailatulqadar, sedekah, solat dan zakat adalah lebih baik daripada seribu bulan ".
0 comments:
Post a Comment