Saturday, September 26, 2009

Syawal Pertama Tanpa Bonda

1 Syawal 1430H

Rutinnya saya akan menyambut malam dan pagi 1 Syawal di rumah ayah saya manakala selepas Zohor 1 Syawal kebiasaannya barulah saya akan pulang beraya di rumah suami pula. Bukannya jauh sangat pun..20 minit pun boleh sampai..

Takbir malam raya menandakan esok umat Islam akan menyambut I'dulfitri benar-benar mengusik jiwa saya. Dah la..berduaan sahaja dengan adik menyediakan hidangan juadah Hari Raya, kerana abang saya di Melaka dan kakak di Paka hanya akan pulang pada Hari Raya ke 3. Biasanya tiap-tiap tahun mesti meriah aktiviti di dapur dengan gurau senda dan riuh rendah suara anak-anak bermain bunga api di laman rumah. Adik-beradik saya yang lain pula hanya akan berkumpul di pagi raya kerana mereka tinggal menetap di sekitar Kuala Terengganu sahaja.Jadi, nampaknya malam Raya tahun ni sedikit sunyi la...anak2 pun saya suruh mereka tidur awal supaya mereka lebih bertenaga untuk beraya esoknya..

Saya call kakak saya yang berada di Paka..saya beritahunya rendang saya tahun ni tak sesedap tahun-tahun lepas..macam tak berapa menjadi je..mungkin masa memasak jiwa saya tidak hadir sepenuhnya..macam ada yang tak kena, nak kata bahan atau rencah tak cukup rasanya semuanya dah saya sediakan macam biasa..ye lah semangat saya semacam hilang..apa tidaknya sejak dari petangnya saya sangat terasa kehilangan ibu saya..terasa seperti baru semalam dia ada bersama-sama kami...tahun ni saya sekeluarga menyambut Syawal pertama tanpa ibu di sisi. Semasa ibu sihat dulu, saat-saat begini di malam Raya..ibu lah paling sibuk menyediakan juadah "wajib" Raya kami sekeluarga iaitu ketupat daun palas dan ketupat nasi dimakan dengan serunding daging atau serunding ikandan juadah yang lain..terutamanya ketupat daun palas dan serunding ibu yang lazatnya tiada tandingan..sekarang apabila terpandang ketupat palas saya mesti teringat ibu saya..rindu benar rasanya nak merasa masakan air tangan ibu lagi..


Di pagi Raya, usai solat sunat I'dulfitri di masjid, saya, suami dan anak2 berserta adik saya dan suaminya menziarahi pusara ibu. Menghadiahkan sekalung doa dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran untuk ibu sambil diketuai oleh suami saya. Ammar dan Afiq pun saya minta mereka membaca surah Al Fatihah banyak2 untuk dihadiahkan pada arwah tok mereka. Bersungguh-sungguh mereka membacanya..walaupun sebenarnya banyak persoalan yang bermain di fikiran mereka tentang tok dan alam barzakh yang disuarakan kepada kami dalam perjalanan ke pusara tadi. Sekadar yang mampu kami terangkan apa yang perlu kerana kanak-kanak memang curious atau mempunyai naluri ingin tahu tentang sesuatu yang baru dalam hidup mereka..

Semoga ibuku aman di persemadian sana dan ditempatkan di kalangan kekasih-kekasihMu yang beriman..Amin

Hingga ketemu..Selamat Pulang ke destinasi masing-masing..Jangan lupa...Berhati-hati di jalan raya.semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...