Thursday, September 30, 2010

Bukan Yang Pertama

4 comments
Salam bersua..


Seingat saya, dulu  memang pernah ada 2 pawagam di Terengganu. 
Pawagam Cathay (dekat stesen bas MBKT) dan 
Panggung Rex (sebelah pasaraya Hock Kee Seng). 
Bila pemerintahan bertukar, pawagam ditutup.
Sampai saat ini, tempat itu menjadi medan peniaga mencari rezeki


Nampaknya..tiada noktah disitu.
Kata Kosmo : "Selepas sekian lama Terengganu sepi tanpa sebuah pawagam, TGV Mesra Mall dibuka atas permintaan ramai"
 
Saya redha dan bahagia Terengganu sepi tanpa pawagam..
Tapi saya tidak rela sama sekali bila kemajuan mengimport kebobrokan hiburan,
Menghakis peribadi dan rohani anak-anak muda..
Hingga hilang agama, hilang jatidiri..

Friday, September 24, 2010

Cinta Akhir Zaman

4 comments
Salam mesra  buat semua..


“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” - Siti Nurhanim


Inilah contoh cinta akhir zaman. Cinta buta yang menutup mata hati. 
  Ini cuma secebis kisah. Kita boleh tatap banyak lagi kisah-kisah sebegini di mana-mana pun. Walhal di celah-celah kehidupan kita sendiri. 
Ambillah kisah ini sebagai pengajaran. 
Didiklah anak-anakmu dengan  taqwa dan iman pada Allah. 
Moga agama jadi perisai menempuh dunia yang penuh tipu daya ini.

Hati saya redha dalam kesal. Memang Allah amat menyayangimu..Syafia Humaira..
Moga aman dirimu di sisiNya.

Thursday, September 23, 2010

Andainya Masa Tidak Cemburu..

8 comments
Salam mesra..

Naskhah terbaru Ketika Cinta Bertasbih versi sinetron 
yang ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan di Indonesia RCTI.



Kalau saya punyai masa...
Jangan berangan..nak update blog ini pun saya tidak berkesempatan..
Namun saya masih berharap..
Andai saya punyai masa..



Monday, September 20, 2010

Satu Hari Di Hari Raya

0 comments
Salam mesra buat semua..

Senyum dan tawa, lagak dan gaya anak-anak..
menjadikan Syawwal lebih indah dan bermakna..




Sunday, September 19, 2010

Seloka Selepas Raya

0 comments
Salam buat semua..

Hari raya hari mulia,
Umat Islam gembira meraikannya,
Menikmati hidangan jangan tak ingat dunia,
Nanti buruk padahnya..

Bila dah habis Raya ni.. ( tapi ada juga yang belum habis lagi beraya ...:p
ada yang mula menimbang berat badan, 
ada yang fobia tengok penimbang, 
ada yang dah berdiet sakan..
sedangkan masa asyik menikmati juadah Raya,
semua tu tolak ke tepi..
mereka lupa yang..
Rendang Daging  ( 4 ketul hidangan) = 355 kalori
Ketupat Daun Palas ( 1 ketul) = 216 kalori
Serunding Daging (100 gram) = 210 kalori
Seunding ayam (100 gram) = 200 kalori
Laksa Utara (1 mangkuk) = 551 kalori
Lemang (6 potong kecil) = 206 kalori
Nadi impit (6 ketul) bersama kuah kacang = 400 kalori
Lontong ( 1 mangkuk berisi 6 ketul nasi impit potongan kiub+ 2 senduk kuah)
= 450 kalori
Sate (1 cucuk bersama 2 sudu besar kuah kacang) = 139 kalori

Kalori menyumbang kolestrol tinggi dalam badan
Untuk yang gundah gulana..petuanya boleh baca di sini.

Rumah terbuka, jamuan raya,
Meriah santapan penuhi selera,
Puasa enam Syawal sunnah mulia,
Janganlah pula nak berkira..

Selamat berpuasa enam...

Saturday, September 18, 2010

Ikut Rasa Binasa, Ikut Hati Mati

0 comments
Salam mesra buat semua..

Dalam setiap diri manusia punya prinsip, punya pegangan, punya hati dan jiwa, punya keegoan masing-masing. Itu adalah fitrah seorang manusia. Namun semuanya haruslah diiringi dengan pertimbangan akal, iman yang kental dan panduan ilmu yang benar dalam menghadapi sesuatu situasi dalam kehidupan.

Sebaliknya, jika berpaksikan perasaan, kita akan melakukan tindakan di luar kewarasan yang sepatutnya, meminggirkan perasaan orang lain, memutuskan hubungan dan merenggangkan ikatan. Bak kata pepatah " Ikut rasa binasa..ikut hati mati.." Kelak, kesannya akan memakan diri kita sendiri..

Siapapun diri kita, kita hanya hambaNya, menumpang hidup di dunia fanaa menjunjung  matlamat diciptakan, mencari bekal untuk pulang ke dunia abadi. Segalanya milik kita adalah pinjaman dan sementara. Justeru, nikmatilah kehidupan dengan paksi yang benar dan melalui landasan yang lurus. 

Hargailah insan sekeliling terutamanya insan-insan terpenting dalam hidup kita..kerana selain hubungan dengan Allah..kehidupan yang diredhai juga bermula apabila kita menyempurnakan  hubungan dengan manusia yang lain..


Buat insan yang seorang ini, saya doakan kesejahteraannya di mana sahaja dia berpijak di bumi Allah ini.  Semoga Allah melindunginya, memberi petunjuk dan hidayah, mengurniakannya keredhaan..Insya Allah..

Buat semua yang diselubungi masalah dan kesukaran, jangan jadikan perasaan sebagai pemandu diri..bertindaklah dengan betul dan berfikirlah dengan tenang..moga dibukakan jalan penyelesaian..Insya Allah..


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009

Wednesday, September 15, 2010

Rumah Beratap Hijau

7 comments
Salam mesra buat semua..

Tanaman yang menghijau merupakan elemen penting dalam menyumbang gas oksigen untuk kehidupan manusia dan haiwan. Ia juga membantu mengurangkan pemanasan global masakini. 


Namun, bukan semua orang mampu memiliki halaman luas untuk bercucuk tanam terutamanya di kota-kota besar yang mempunyai keluasan yang terhad. Justeru, untuk merealisasikannya, kaedah green roof merupakan alternatif terbaik digunapakai. 

Saya ada terbaca maklumat yang mengatakan bahawa green roof sebenarnya sudah wujud sejak beribu tahun dahulu. Kali pertama dikenalpasti adalah di Taman Tergantung Babylon yang merupakan antara keajaiban di dunia.



Ini antara contoh pembinaan green roof atau juga dikenali sebagai rooftop, living roof dlln di bangunan-bangunan moden masakini

 

 ACROS Fukoka Building, Jepun

 St. Luke's International Hospital, Akashi, Tokyo

Ini taman di sebuah bangunan di Fifth Ave, New York City


 
 Spa Club, Embarcadero Section, San Fransico

Herb garden, Southern California


Yang ini lagi menarik..sebuah bangunan di Itali..siap ngan pokok besar lagi..


Siapa yang berminat utk membela kambing..boleh la mencuba yer...

Sunday, September 12, 2010

Takziah Buat Keluarga Datuk Sosilawati

2 comments
 
Takziah buat keluarga Datuk Sosilawati dan 3 lagi individu yang dijumpai mati dibunuh semalam. Berita penuh boleh baca di sini. Semoga mereka tabah menghadapi kehilangan insan-insan tersayang terutamanya ketika umat Islam menyambut hari bahagia. Terkedu juga saya seketika menatap laporan -laporan akhbar pagi ini.
 
Sebagai hamba Allah, Islam mengajarkan kita agar memandang kematian sebagai suatu perkara yang tidak bisa dihindari. Kematian merupakan taqdir yang sepenuhnya di dalam rahsia pengetahuan Allah. Tidak ada seorangpun yang tahu di bumi mana ia akan menemui ajalnya. Demikian pula ia tidak tahu pada usia berapa kematian akan menghampirinya.
وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

”Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS Luqman ayat 34)

Seorang mukmin tidak sepatutnya berfikir untuk menghindari kematian apalagi lari daripadanya. Sebab pada hakikatnya tidak mungkin hal ini dilakukan. Cepat ataupun lambat kematian akan menghampiri setiap manusia.
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

”Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (QS Ali Imran ayat 185)


Bahkan Allah memperingatkan bahawa manusia tidak mungkin menghindarkan diri daripada kematian sekalipun ia berusaha sedaya mungkin walaupun berlindung dalam benteng paling kukuh sekalipun.
أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

”Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.” (QS An-Nisa ayat 78)

Dendam 11 September

2 comments
Awal Ogos yang lalu, sensitiviti umat Islam tersentuh lagi apabila seorang paderi bernama Terry Jones dari sebuah gereja kecil di Ganesville Florida Amerika Syarikat, mengajak seluruh penganut Kristian seluruh dunia, untuk menyertai Hari Pembakaran Al Quran Sedunia.

Tindakan biadab itu cuba dilakukan sempena memperingati peristiwa serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada  11 September 2001 9 tahun yang lalu. Paderi itu yang berada di The Dove World Outreach Center meyalahkan agama Islam kerana menjadi punca kepada peristiwa 11 September.


Terry juga menulis buku berjudul "Islam is of the Devil", dan mengundang seluruh umat Kristian di Amerika untuk membendung ancaman Islam. Tidak hanya itu, laman sosial Facebook juga dijadikan medan untuk mengumpul pengikut. 
 
Syukur Alhamdulillah..rancangan mereka dibatalkan setelah mendapat tekanan dan tentangan hebat umat Islam seluruh dunia termasuk Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE)  yang mendesak gereja itu untuk membatalkan upacara tersebut kerana ia boleh menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua agama tersebut. NAE turut meminta penganutnya untuk mempercayai dan menghormati serta tidak merendahkan martabat penganut agama lain. Acara yang mereka panggil sebagai “International Burn a Quran Day” itu bakal menyalakan lagi semangat anti-Islam atau Islamphobia di kalangan masyarakat dunia.

Dr Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia di dalam rangkaian Al-Jazeera menyebut “Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mempertahankan kesucian Al-Quran dan penghormatannya. Sewajarnya kita tidak boleh mendiamkan diri dari penghinaaan ini.”


 Ayuh! Semua saudara-saudara seIslamku..pertahankan agama suci ini dari terus diperkotak-katikkan oleh kafir laknatullah. Allahu Akbar!

Wednesday, September 08, 2010

Bingkisan Lebaran 1431H

4 comments
Salam kemenangan..


Selamat Menyambut Idulfitri buat semua..
Maaf Zahir & Batin kuhulurkan
Andai bicaraku tidak disenangi..
Andai catatanku ada yang mengguris hati
Raikan bahagia di hari kemenangan ini 
bersama keluarga yang menanti
Damaikan jiwa ayahanda dan bonda
Rapatkan persaudaraan, hulurkan salaman
Suarakan puji-pujian pada Ilahi
Sujud pada kebesaran & keagunganNya
Moga beroleh keredhaan setiap ketika..
 
 

Monday, September 06, 2010

Tiada Maaf Bagimu

9 comments


Salam Ramadhan..

Senang benar ungkapan maaf dari TV3 selepas berjuta hati umat Islam di Malaysia dicalari dengan iklan yang mampu memesongkan akidah sejagat. Bagi saya, tiada maaf, tiada kompromi, tiada toleransi kalau ia berkait dengan sensitiviti agama Islam yang mulia ini. 

Saya cukup hairan..cetek sangatkah pengetahuan agama dan sensitiviti mereka yang bertanggungjawab melahirkan iklan ini yang saya yakin adalah penganut Islam itu sendiri..tidak perlulah terlalu mendokong 1 Malaysia sehingga kesucian akidah dan agama yang murni ini rela dicemari..


 Untuk yang tidak berkesempatan menonton, nilailah sendiri di sini...

Sumber : Berita Harian

KUALA LUMPUR: TV3 menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai.

Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan.
Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami menghargai maklum balas yang diterima itu.Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton. Pihaknya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan. 

Wednesday, September 01, 2010

Antara Keperluan & Keinginan

8 comments
Salam mesra buat semua..

Hanya tidak kurang dari seminggu lagi umat Islam akan merayakan hari kemenangan iaitu Idulfitri. Sana-sini meriah dengan persiapan. Saya tidak terkecuali. Cuma segalanya serba sederhana, yang penting keperluan untuk anak-anak perlu diprioritikan.

Sekarang ni kalau nak keluar shopping atau sekadar jalan-jalan kat pasaraya, baik fikir berkali-kali. Nak bergerak pun susah apalagi nak membeli. Lagu-lagu Raya pulak kedengaran di mana-mana. Meriah sungguh! Macam dah Raya jer..Fenomena yang berlaku..masjid yang meriah pada awal Ramadhan, sudah semakin sepi..hanya tinggal pengunjung setia yang betul-betul komited dengan ibadah..yang lain sudah kalah sebelum menang!

Marilah sama-sama kita berhemah semasa berbelanja. Nilailah antara keperluan dan keinginan dengan bijaksana. Idulfitri bukan beerti semuanya perlu baru. Kasut baru, langsir baru, karpet baru, sofa baru dan lain-lain. Cukuplah sekadar bersederhana dan berpada dengan apa yang ada. Janganlah pulak sampai berhutang dan bergolok gadai untuk kelihatan hebat di hari Lebaran. Itu bukan kemenangan namanya. Nafsu masih merajai dan kita kalah dalam pangkuannya.



Teringat satu mutiara kata : 
" Janganlah mengeluh hanya kerana tidak mempunyai kasut kerana ada insan yang langsung tidak mempunyai kaki"

Hayatilah falsafah ini dan berfikirlah dengan bijaksana semasa berbelanja dan membuat persiapan Idulfitri anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...