Saturday, April 30, 2011

Unik

8 comments






Unik, kreatif & tersendiri.
Beberapa buah perhentian bas di sebuah bandar di Jepun.

Sunday, April 24, 2011

Tentang Kemalasan

9 comments
Salam mesra,

M.A.L.A.S. Mudah diungkap tapi kesannya umpama racun. Bila diungkap berkali-kali ia akan meracuni fikiran dan tingkah laku kita. Saya juga sedang mengusir perasaan malas yang cuba bermaharajalela. Kerja, study, tanggungjawab dan kewajipan membutuhkan semangat dan kekuatan yang bukan sedikit. Seharusnya malas itu tidak ada dalam kamus kehidupan  kerana ia akan mematikan langkah dan membantutkan usaha. Apatah lagi bila manusia malas untuk beribadat, seumpama kegelapan tanpa cahaya.


Jangan tergolong di kalangan insan yang diselubungi malas. Antara 15 tanda orang malas yang saya baca di halaqah.net yang patut dihindari. Untuk renungan dan panduan kita bersama..
  1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
  2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
  3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
  4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
  5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
  6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
  7. Mereka yang diberi keupayaan untuk melakukan tetapi mengganggap payah untuk melakukannya. 
  8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa telah banyak melakukannya.
  9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.
  10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.
  11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
  12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.
  13. Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
  14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa tiada masa untuk melakukannya.
  15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.

Buat para pelajar/mahasiswa/wi yang sedang dilanda demam peperiksaan akhir.. 
Pepatah Arab ada berkata : Sesungguhnya kejayaan dan kebaikan tidak akan menghampiri orang yang malas. So, jangan malas-malas yer...

Thursday, April 21, 2011

Rindu di Hari Lahir

8 comments
Salam ukhuwwwah,

Mata masih lagi gagah berbakti menyiapkan assingment untuk kelas petang esok. Kala ucapan-ucapan hari lahir menerjah dari sms dan FB, saya baru tersedar, 21 April tiba lagi. Menambah angka usia perjalanan hidupku sebagai seorang hamba di muka bumi. Syukur atas segala nikmatMu yang tidak terhingga..

Pasti saat-saat sebegini, saya teringatkan pada insan yang telah melahirkan saya., yang telah pergi buat selama-lamanya. Semoga aman dirimu di sana..Al Fatihah.



Pada kala aku mengenang ibu
masih terasa eratnya pelukanmu
panas air mata membasahi pipi
tempatmu masih terpahat di hati
pasir berpindah pantai masih di situ
waktu berubah kasihku masih padamu.
Kesudahan hidup kematian yang pasti
pemergian yang kutangisi hingga kini
kasih sayangmu menggegar jiwa
ada tugas belum selesai
ada hajat belum tertunai
ada budi belum dibalas
bagai hutang yang belum dilangsai
terlalu banyak yang kuterima
terlalu sedikit yang sempat kuberi
kesalku kemewahan ini tak dapat dikongsi.
Nostalgia bersamamu kubiarkan segar
suka duka ingin kulalui bersama
kau cemas membalut lukaku di lutut
terseliuh kaki kau yang mengurut
rajukku sekejap pandai kaumemujuk
kasihmu menemaniku pada saatku dicabar
memilih antara antah dan beras
antara berlian dan kaca
zamrud mutiara di telapak tangan
masih ibu permata hatiku.

Dipetik dari karya KHADIJAH HASHIM ( Masih Lagi Ibu )
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur 


Terima Kasih atas ucapan hari lahir samada di FB, sms mahupun di blog. Semoga kebahagiaan dunia akhirat milik kita semua. Ameen.

Sunday, April 17, 2011

Kita Tidak Sempurna

3 comments
 
Jadilah diri sendiri! Mengapa harus dipuja kesempurnaan orang lain dan dicaci kecacatan diri sendiri. Setiap manusia dikurniakan Allah kelebihan dan kekurangan masing-masing. Diberi kelebihan untuk disyukuri jua dimanfaatkan dan dijadikan di sisi setiap kelebihan itu kekurangan..supaya kita tidak lupa siapa kita di sisi Tuhan Yang Maha Esa! 


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Itu lebih baik supaya kamu tidak memperlekeh ni’mat yang diberikan Allah s.w.t. kepada kamu."
 

Wednesday, April 13, 2011

Apa Sebenarnya?

4 comments
Salam buat semua..

Terima kasih kepada seorang pembaca blog ini telah berkongsi link tentang kisah sebenar di sebalik kematian adik Saiful Syazani. Anda nilailah sendiri. Klik sini untuk membacanya.


Peringatan dariku..kadang-kadang kesilapan kecil boleh membawa kemudharatan yang lebih besar. Berhati-hatilah dalam mengatur tindakan anda..
Andai ustaz tersebut di pihak yang benar, semoga Allah melorongi kebenaran itu agak tertegak!

Sunday, April 10, 2011

Realiti Insan Bernama Guru

4 comments

Salam hujung minggu..

Berita tentang sikap kurang ajar pelajar menumbuk hingga patah hidung gurunya menghiasi saluran media. Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang guru di era pendidikan masakini. Berhadapan dengan anak didik yang sakit "rohani", kurang akhlak, kurang didikan dan sentuhan agama. Cukup mencabar! 

Sebagai seorang guru, saya sudah melalui realiti kegetiran ini di hadapan mata hampir setiap hari sejak bertugas di sekolah harian biasa berbanding ketika mengajar di sekolah berasrama di Segamat, Johor dulu. Mencabar guru, bercakap kasar, menengking, menipu, dan lain-lain adalah realiti yang harus dihadapi seorang guru di zaman ini.  


 
Kadang-kadang terkenang semasa kita bergelar pelajar dulu-dulu..sangat menyanjung seorang bergelar guru. Penuh hormat dan gerun, bila bersua seakan berhadapan dengan  seorang wira yang hebat. Bicara disusun penuh sopan, tingkahlaku dijaga bimbang tersilap langkah. Hati guru sentiasa mahu dijaga. Pesan orang tua-tua, dari situlah lahirnya keberkatan ilmu dan kejayaan yang diimpikan. Namun, melihat realiti pelajar hari ini saya sentiasa berfikir, apakah agaknya keadaan anak-anak didik ini 10 - 20 tahun akan datang..? Apakah nilai seorang guru di mata mereka?




Jika anda seorang guru..
Semoga terus thabat dan tekad dalam mendidik dan membimbing permata bangsa..
Jadikan keikhlasan asas utama memikul tugas mulia ini..
Selamat mendidik!


Sunday, April 03, 2011

Apalah Dosa Si Kecil Ini

7 comments
Salam mesra,

Dia sebaya dengan anak saya, Afiq. Kanak-kanak di usia 7 tahun, apalah yang dia tahu. Dunianya yang baru bermula penuh warna-warni dan keseronokan, ingin mencuba dan meneroka. Jauh di sudut hati, saya sangat tersentuh dengan pemergian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, yang meninggal dunia pagi tadi selepas koma dipukul  gurunya Jumaat lalu. Apalah salah dan dosa si kecil ini sehingga diperlakukan begitu..Pasti luluh hati ibubapa apabila anak yang ditatang penuh kasih sayang pergi penuh tragis.


Kalau benar bagai dikhabar media, tindakan si guru adalah di luar batas kemanusiaan.  Saiful Syazani..semoga dirimu aman di sana..
Di sisi Tuhan Yang Maha Esa

 

Saturday, April 02, 2011

Inspirasi Sang Helang

3 comments
Salam mesra..

Semasa kelas malam semalam, lecturer ada memaparkan slide tentang kegigihan sang helang yang sanggup melalui saat-saat getir untuk berubah demi memiliki jangka hayat yang lebih lama..Subhanallah..Begitu unik sekali ciptaan Allah SWT. Moga kita dapat mengambil iktibar dari kisah ini..












Pilih untuk berubah!
Menjadi hambaNya yang lebih baik...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...