Thursday, December 10, 2009

Dari Jiwa Seorang Lelaki


Salam takzim buat yang sudi membaca entry ini..

Saya ingin berkongsi artikel yang menarik ini ( dr Utusan Malaysia ) kerana ia mengandungi banyak nasihat berguna buat perempuan yang bergelar  isteri..Kisah dan luahan hati seorang lelaki bergelar suami amat menyentuh hati seorang isteri seperti saya. Mahu menjadi isteri sempurna dambaan sang suami, namun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Buat kawan-kawan semua…baca, hayati, renungi dan take action!




Saya adalah seorang profesional yang telah berumah tangga dan mempunyai lima orang anak, tiga lelaki dan dua perempuan. Perkahwinan saya diatur oleh kawan dan dipersetujui oleh ibu saya. Sebelum saya memilih bakal isteri, saya telah memberikan beberapa spesifikasi kepada emak saya untuk memilih calon menantu yang menyebabkan emak saya jadi bingung. Antara syaratnya gadis itu tidak berkaca mata, rambut lurus dan panjang dan yang paling penting mestilah muda daripada saya sekurang-kurangnya enam tahun dan lebih utama tidak bekerja. 


Perbezaan umur begitu penting bagi saya supaya isteri saya menghormati saya kerana saya lebih tua. Kedua, supaya mendapat persetujuan ibu saya sendiri agar tidak jadi masalah kemudian hari antara hubungan mereka sebab ibu sendiri dah setuju.

Saya memang bernasib baik sebab kedua-dua ibu bapa mertua saya sangat baik hati dan mempunyai didikan agama. Masa meminang dulu oleh kerana saya tiada mempunyai bapa dan ibu saya pun jenis tak kisah maka perbincangan mas kahwin dan hantaran saya pergi berbincang sendiri bersama rombongan. Masa tu bapa mertua saya beritahu mas kahwin cuma RM150 dan hantaran tak perlu.

Terkejut saya bila tak ada hantaran, bila saya tanya mengapa, bapa mertua saya jawab tidak perlulah. Oleh kerana masa untuk saya berlepas ke UK hendak sambung belajar cuma tinggal dua minggu sahaja, maka kenduri kahwin pun diadakan serba ringkas, cuma jemput rakan dan saudara terdekat saja. Oleh kerana saya bawa isteri bersama ke UK, semasa di airport saya beri peluang isteri saya berbicara dengan ayahnya sementara saya melayan sahabat handai yang lain.

Masa dalam kapal terbang saya tanya isteri saya apa yang dibicarakan dengan ayahnya? Isteri saya jawab ayahnya memberi beberapa pesanan sehingga menitiskan air matanya. Antaranya ialah: mesti utamakan keluarga suami dahulu dan keluarga sendiri sudah jadi nombor dua, mesti siapkan makanan suami dengan baik sebelum suami keluar. Jangan lawan suami dan hormatilah mertua. Apa-apa hajat dan keperluan mesti mendapat izin suami. Saya rasa amat bernasib baik kerana ayah mertua saya memberi penjelasan yang baik. Sekarang saya merasakan perkara yang sama akan saya lafazkan kepada anak perempuan saya apabila dia berkahwin nanti.

Sebenarnya isteri saya ni seorang `hafizah' (hafaz quran). Dan saya bersyukur sehingga sekarang tiada suatu pun yang menjadi masalah dalam hidup saya. Pertama kerana dia seorang isteri yang taat. Hinggakan dia boleh membaca gerak hati saya tentang apa juga pun.

Oleh kerana saya pandai memasak, maka sayalah yang ajar dia memasak dan ibu saya pun selalu berpesan kalau isteri tak pandai masak ajar dia, jangan marahkan dia.Sekarang alhamdulillah dia dah pandai memasak.

Semasa dia melahirkan anak yang pertama di UK, sayalah yang buat segala persediaan daripada membuat selimut hinggalah tilam dan bantal semua saya buat sendiri, hingga kawan-kawannya hairan dengan kebolehan saya. Saya juga selalu berkata kepada isteri bahawa tiada perkataan tiada masa dalam hidup. Hanya dua perkara, iaitu sama ada kita malas atau rajin.

Sebagai suami banyak tugas rumah yang saya buat yang jarang dipikul oleh suami-suami yang lain. Segala urusan membeli-belah, ke pasar, perhiasan dan kelengkapan rumah saya beli dan tentukan sendiri hatta pakaian isteri dan anak-anak. Pernah juga orang rasa pelik bagaimana isteri saya dapat menerima segala pakaian yang saya beli, jawapan isteri saya ialah dia memakai pakaian adalah untuk menyukakan suami dan apa yang saya suka pasti dia akan suka.

Isteri saya di rumah cuma bertanggungjawab untuk menjaga rumah dan makan minum keluarga. Dan dia jenis yang tak suka berjalan, kecuali ziarah ke rumah kawan-kawan dan saudara-mara.

Sebenarnya hati lelaki adalah lembut jikalau wanita tahu memainkan peranan yang baik di dalam urusan rumah tangga atau keluarga. Tanyalah pada semua lelaki apakah yang dikehendaki oleh para suami? Hanya tiga perkataan sahaja iaitusifat `taat dan hormat.' Di sini saya ingin senaraikan apakah perkara yang diingini oleh suami daripada seorang isteri atau bagaimana menjaga hati suami.

Mungkin ramai isteri menganggapnya sebagai remeh tapi percayalah bahawa perkara yang remeh inilah yang akan membawa kepada masalah yang besar. Sebab semua orang inginkan kepada benda yang cantik dan baru. Biarpun barang lama tetapi jikalau dijaga dan dihias dengan sebaiknya maka akan lebih berharga lagi.Percayalah sesungguhnya dunia luar amat mencabar dan mungkin ramai suami membuat perbandingan apa yang ada di rumah dan apa yang berlegar di luar. 


Di sini saya turunkan beberapa panduan untuk kaum wanita kaji diri sendiri :
Sentiasa berpakaian kemas dan bersih sepanjang masa di rumah. Hindari memakai T-shirt dan kain batik. Ramai wanita cuma berpakaian cantik bila ke pejabat atau bersiar-siar. Cuba kita tanya diri sendiri, pakaian yang cantik untuk suami atau untuk orang lain? Tidak dinafikan ramai isteri selalu memberi alasan susah untuk berkemas dan memasak. Tetapi cuba bandingkan apabila seseorang itu bekerja di restoran dan di pejabat bukankah tidak ada perbezaan langsung. 


Pernah saya ajukan perkara ini kepada kakak-kakak saya dan rakan sepejabat, tetapi semuanya tidak bersetuju. Kalau kita amati lagu Tiru macam saya nyanyian allahyarham Saloma, bait-bait lirik lagu ini begitu sinis sekali pada kaum wanita. Ramai isteri anggap mudah. Tapi lagu itu sindiran kepada mereka.

Satu lagi bangun dan mandi pada awal pagi sebelum suami bangun. Supaya suami merasa senang melihat wajah isteri bila bangun tidur. Dan tunjukkan minat dan keinginan kepada minat suami. Selagi suami mempunyai minat yang tidak bertentangan dengan agama maka selagi itulah isteri perlu memberi sokongan dan galakan. Jangan memperlekehkan minat suami.

Hidangkan makanan yang dimasak sendiri, elakkan daripada membeli makanan di kedai. Cuba tarik perhatian suami dengan pelbagai masakan dan juadah supaya suami sentiasa memuji kebolehan isteri. Sifat ini juga mendorong suami lebih suka duduk di rumah daripada menghabiskan masa di luar.

Isteri juga mesti mentaati suami dan elakkan melawan atau bersifat kurang hormat kepada suami. Rumah tangga perlu dibina seperti syurga yang bahagia dan penuh dengan kenikmatan. Malah isteri juga perlu sama-sama memikul tanggungjawab untuk rela berkorban bersama-sama hatta harta dan nyawa.

Amalkan sikap berterus terang kepada suami dan elakkan perasaan syak wasangka. Segala masalah hendaklah bemuzakarah dengan suami dengan penuh hikmah. Dan setiap perbincangan mesti dilaksanakan pada waktu yang sesuai. Janganlah berbincang sesuatu masalah ketika suami dalam keadaan letih atau tidak tenteram melainkan berita-berita yang menggembirakan.

Jangan meleteri anak-anak di hadapan suami terutama sekali apabila suami baru pulang dari kerja. Bagi wanita yang bekerja beri masa mendampingi anak-anak. Apa yang saya kesalkan ada sesetengah wanita kawan pejabat sayalah mendakwa dia lebih suka berada di pejabat daripada di rumah kerana malas hendak layan kerenah anak-anak. Pada saya ini satu sikap yang cukup buruk jika wanita amalkan.

Jika terasa bersalah tentang tingkah laku cepat-cepat meminta maaf dan jauhilah sifat merajuk serta bermasam muka pada suami. Dan nasihat saya lagi jangan serahkan tugas mengurus suami kepada orang gaji. Banyak masalahnya kemudian hari. Isteri mesti tahu tugas sendiri dan tugas pembantu rumah. Sebab kalau tersilap langkah jangan marahkan suami bila jatuh cinta dengan pembantu rumah.


Justeru para isteri sekalian...moga luahan dari jiwa seorang lelaki ini mampu menyuntik kesedaran kita untuk berusaha menjadi isteri solehah yang didambakan suami...

20 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Aduss...banyak lagi perlu diberbaiki diriku ini sbg isteri..hermm betulla dr benda yg dianggap remeh tu la yg akan mencetuskan perkara yg lebih besar kan..herm..perlu muhasabah diri nih!

thanks for sharing info! ^_^ sgt berguna!

Hamizah said...

info yg sgt bermanfaat..byknya kelemahan diri ini..insaf..

Anonymous said...

yes..semuanya betul. bila anak makin ramai mulut pun asyik ngomel je. moga kita semua menjadi isteri solehah

Ummu Ammar said...

mamalieyna..

Saya setuju..bila dimuhasabah, banyak kekurangan kita sbg isteri..bila insaf ok la kejap..lps tu lupa balik..

yatie chomeyl said...

terkesima baca artikel ni...mula merenung kekhilafan diri sy sebagai isteri..thanks akak..hari ni insya ALlah saya boleh cuba memperbiaki diri menjd isteri yg lebih baik dr semalam :)

Jejak Hamba said...

Subahanallah... kagum sy dengan lelaki tersebut...

Ummu Ammar said...

Mizah..

Mahu menjd isteri solehah bukannya mudah dan memerlukan mujahadah..suami tinggi tempatnya dlm hidup seorg isteri..

Sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang berhak menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Ummu Ammar said...

yatie chomeyl..

Moga niat luhur yatie akan diberkati & dipermudahkan oleh Allah..harga menghargai antara suami isteri amat penting

Dalam pepatah Arab ada menyebut:

Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.

(Imam al-Ghazzali)

Ummu Ammar said...

Fakhrul..

Saya setuju. Amat kagum sekali dgn sifat mulia lelaki tersebut..

Bagi saya, bukan hanya isteri yg perlu sempurna dlm serba serbi tapi suami juga ada sisi tersendiri dlm kesejahteraan rumahtangga dr segi pakaian, tutur kata,kelakuan, tggungjwb dlln..

Ummu Ammar said...

Fa10..

Setuju sangat2..bila jd ibu, isteri & surirumah ni automatik suka berleter..serba x kena di mata kita..sama2lah kita ubah krn suami tak ingin dengar..anak pun tak suka..

anaklaut said...

salam....ukhwah,


sangat teruja membacanya..tips yg sangat berguna

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Rasa rendah diri sangat bila baca n3 ni..

Selepas membacanya, kutanamkan azam di dalam hati.. untuk memperbaiki diri.. mejadi isteri yang terbaik buat suami... aminnnn

Nadiah Sidek said...

terima kasih kak kongsi artikel ni. utk memuhasabah diri sendiri yg terlalu byk kelemahan...

Ummu Ammar said...

anak laut..

Moga jadi suami yg baik mcm lelaki tsebut kerana utk kbahagiaan rmhtangga kena give and take..bkn hanya sblh pihak shj berperanan..

Ummu Ammar said...

Nida..

Kita ini kena sentiasa muhasabah diri dan berkongsi peringatan sesama kita..InsyaAllah moga hasrat Nida dimakbulkan..

Ummu Ammar said...

Sama-sama dik..Sebenarnya lebih kpd peringatan utk diri akak sendiri dan akak suka kalau kwn2 yg lain pun dpt mengambil manfaatnya..

Ros Illiyyuun said...

Assalamualaikum,

Perkongsian yang sangat bermanfaat untuk mengaplikasaikan apabila sampai masanya nanti. InsyaAllah :)

Ummu Ammar said...

Ros Illiyyun..

Slmt datang ke blog saya..Hmm..tepat sekali..permulaan yang baik dalam sesebuah perkahwinan adlh memahami tlbh dahulu tgjwb dan adab2 berumahtangga..pasti berjaya!

Chik Na said...

terkedu sekejap baca artikal ummuammar... rasanya banyak lagi yg perlu chik na perbaiki diri ini

Ummu Ammar said...

Chik Na..

Betul tu chik Na..sama ngan saya gak..banyak yang perlu diperbaiki..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...