Salam ukhuwwah buat semua..
Dalam sehari
dua ni entah kenapa saya kehilangan idea untuk mengupdatekan blog kesayangan
ni. Rutin harian pula berjalan seperti biasa dan tiada yang istimewa untuk
dikongsi dan dipapar di sini.
Saya on PC dan
capai folder koleksi tazkirah dalam simpanan saya. Cari punya cari,
tajuk ini menjadi pilihan saya. Masih berkenaan suami isteri. Tapi kali ini
khusus untuk para suami. Mana aci kan..asyik-asyik pasal isteri je..sedangkan
rumahtangga yang bahagia dan harmoni, haruslah ada sifat give and take
antara suami dan isteri.
Gambar sekadar hiasan
Mungkin satu
kebetulan yang disengajakan. Fikir saya, supaya ada kaitan dan kesinambungan dengan
entry yang lepas. Jangan pula kawan-kawan anggap saya ni pakar rumahtangga
pula. Hanya berkongsi peringatan dan harap sedikit sebanyak ia mampu menyuntik
kesedaran dalam diri kita.
Jom baca..buat
para suami..renung2kan dan amalkan dalam kehidupan.
- Sentiasa berdoa agar
disayangi.
- Sentiasa lakukan ibadah
bersama
- Bila balik rumah, tegur
dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
- Tunjukkan keperihatinan
dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
- Berlatih untuk
mendengar dengan baik.
- Jangan tergesa-gesa
untuk menyelesai masalah isteri.
Apa yang lebih penting adalah simpati.
- Berikan masa
sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang “berkualiti” terhadap isteri.
- Belikan bunga atau
seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
- Tolong masak atau ajak
makan diluar sekali-sekala.
- Beri pujian mengenai
penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
- Pujuk bila isteri marah
atau kecil hati.
- Beri bantuan atau
kerjasama setakat yang mampu.
- Luangkan masa yang
lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
- Bila lambat pulang,
beritahu lebih awal atau telefon rumah.
- Bila isteri minta
bantuan, nyatakan “boleh” atau “tidak boleh” dengan tidak mengungkit atau
banyak komen.
- Jika perlu menjauhkan
diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu
bersendirian untuk berfikir.
- Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang
mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
- Bila isteri bercakap,
beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
- Bila keluar, tanya
isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
- Peluk isteri dengan
penuh kasih sayang empat kali sehari.
- Telefon isteri dari
tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau
sekadar ingin memberitahu “I love you”.
- Ucapkan kata-kata
sayang sekurang-kurang dua kali sehari.
- Tolong kemaskan katil
dan bilik tidur.
- Tolong terbalikkan
stokin atau seumpamanya untuk
memudahkan isteri mencuci.
- Tolong buang sampah
tanpa disuruh.
- Bila keluar
out-station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan
dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
- Sentiasa kemas, kacak
dan wangi sebelum tidur bersama.
- Sokong pendapat isteri
kalau beliau bertentangan pendapat dengan oranglain.
- Peluk dan belai isteri
sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
- Sabar dan tenang bila
mendengar cerita dan masaalah isteri.
- Jangan tukar-tukar
saluran televisyen bila menonton bersama isteri.
- Pamerkan kasih
sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan jauh
bila berjalan.
- Buatkan air minuman
atau seumpamanya untuk isteri sekali-sekala.
- Bila makan
di luar, jangan
harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
- Sabar bila isteri
terlambat sedikit atau tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar
rancangan.
- Beri perhatian
yang lebih pada
isteri dari orang
lain semasa dikhalayak ramai.
- Lebihkan isteri dari
anak-anak.
- Belikan hadiah-hadiah
kecil dari semasa ke semasa—minyak wangi, jamu atau seumpamanya.
- Beri respond yang
positive bila mendengar isteri bercerita.
- Bila isteri kurang
sihat, beri perhatian yang sewajarnya.Manjakan isteri sepertimana mereka
memanjakan kita.
- Belai isteri sebelum
pergi kerja.
- Cuba ketawa
bila isteri buat
lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
- Ucapkan terima kasih
diatas setiap khidmat yang isteri berikan.
- Cari masa untuk
berdua-duaan sekali-sekala.
- Lakukan riadhah bersama
isteri.
- Pergi berkelah / picnic
sekali-sekala bersama-sama isteri dan anak-anak.
- Tolong cuci atau jemur
pakaian sekali-sekala.
- Cuba berikan / tunaikan
apa yang isteri hajati.
- Nyatakan yang anda
merinduinya bila berjauhan.
- Bawa pulang ole-ole /
kuih kegemaran isteri sekali-sekala.
16 comments:
tak aci kan asyik isteri je yang kena buat improvement..
boleh copy, paste dan email kat hubby Chik Na nih...
salam..
nice & gud entry. tq so very much. very informative one.
cuma kadang2.. point no 3 tu.. kita nak sentuh @ hug ke @ kiss skit ker.. "..syhhh.. anak2 nu.." hehehe.. malu laks.. sedangkan kata Dato Dr Hassan Ali & Dato Dr Fadzilah Kamsah; pakar perunding & motivasi keluarga: kena tunjukk gak kasih sayang & kemesraan depan anak2 kan.. ? habistu camana..? .. bawa berunding laa kan.. :-)
Salam UmmuAmmar..
yang lain rasanya ok,cuma nombor 14 tu je yg hubby selalu lupa... hehe
Chik Na..saya setuju..check list ni untuk para suami muhasabah diri msg2 ..barulah lengkap rumahtangga..
Anonymous..
Saya pun bsetuju kena menunjukkan kemesraan depan anak2 tp agak2 lah..bersalaman, cium tangan, peluk bahu itu pun antara sentuhan yg santai tp bermakna..
Nida..
Kiranya suami Nida ni dpt point 49/50 la ye kalau hanya no 14 je yg gagal...memang perfect husband..bertuah badan..moga bahagia sentiasa..
salam...ukhwah.
subahnallah..bagusnya entri ini..
saya terkesima membacanya..
semoga menjadi panduan saya bila beristeri nanti.
tq atas ucapan hari lahir saya.
salam ummuammar..n3 yg berguna untuk suami baca ni..bahagianya kalau para suami dapat amalkan semua mcm kt ats tu..
bagusnya entry ni..kena bagi suami baca. kdg2 terasa kita nak suami buat sst yg perfect utk kita tp tertanya2 juga adakah kita juga dah buat yg terbaik utknya?
camna nak suh en suami baca nih, dia jrg bukak2 blog nih, apa lgi nak beremail2..print suh dia bacalah..ekekeke..
pepun thanks for sharing info.. ^_^
sesetengah suami tu bukan x pernah baca tp kadang2 lupa. Kita la kena puji diri sendiri depan dia... tak salah kan?
anak laut..
Moga jadi panduan bila berumahtangga nanti..bila lagi? Umur dah bertambah..elok sgt la tu..hihihi
ibunafis..
Betul tu..kalau suami dpt amalkan sebahagian pun dah cukup membahagiakan..
Mizah..
Perlu ada perbincangan dari hati ke hati antara suami dan isteri..baru seimbang..dan kdg2 kita kena terima kenyataan nobody's perfect..terimalah seadanya baik buruk pasangan kita
mamalieyna..
Bergantung pd kreativiti..apa kata bila bg present atau apa2 pd suami, selitkan info ni..mesti dia faham..
fa10..
Sesetgh org lelaki ni susah nk suarakan ksh syg atau menyatakan pujian..dia puji dlm hati je..dan lebih suka zahirkan pd perbuatan..tak kisah la kalo nk puji diri sendiri pun..lama2 dia faham la tu..
@ pengkomen #1 _Chik Na
aci kat india.. hehee ^_~ =D
Post a Comment