Saturday, December 03, 2011

Tawakkal

Setelah hampir 2 minggu cuti sekolah berlalu, saya baru benar-benar merasa nikmat bercuti. Kelmarin, semester 4 pengajian sarjanaku melabuhkan tirainya. Saya melepaskan nafas yang teramat lega, terasa bebanan di bahu hilang serta merta. Indah sungguh perasaan itu. 

Berbanding paper Statistik tempoh hari, hati lebih tenang menjawab untuk paper Interactive Technologies, cuma masanya agak lama. Bayangkan kami melalui ujian hampir 5 jam. Bermula jam 5 -6 petang, kuiz secara online berkaitan teori dijalankan. Masa ditetapkan selama 1 jam dan jawapan kami akan submit secara automatik apabila waktu berakhir. Markah terus dipaparkan.  Alhamdulillah, saya hanya gagal menjawab 3 soalan dengan betul daripada 38 semuanya.

Ujian hands on pula terus bersambung selepas kuiz. Kami diberikan 5 soalan yang mengandungi sub-sub soalan di dalamnya. Semuanya adalah berkisarkan pembelajaran buku The Design Collection Revealed yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Berasap juga mahu menyudahkan semua design (rekabentuk) yang dikehendaki soalan terutamanya aplikasi Photoshop CS4. Masing-masing penuh khusyuk dan tekun, tidak berganjak kecuali rehat sebentar untuk menunaikan Solat Maghrib sehinggalah jam hampir 10 malam.


Apa-apapun, selaut syukur kepada Allah kerana memudahkan urusanku. Kepayahan tidak akan menjadi mudah kecuali dengan inayah dan pertolongan-Nya. Tawakkal dan doa adalah usaha terakhir setelah kita berusaha dan berikhtiar. Moga kejayaan mengiringi hingga ke akhirnya.

Semester 5 akan bermula Januari ini. Perjuangan harus diteruskan.

2 comments:

PCL said...

Salam ukhuwah dan selamat berjuang semoga kejayaan mengiringi anda dengan izinNYA.

Ummu Ammar said...

PCL,
Salam ukhuwwah. Syukran atas kata-kata semangat. Insya Allah semoga saudara juga beroleh kejayaan dalam setiap perkara yg diusahakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...