Monday, June 21, 2010

Dia Seorang Ayah

1 comments
Salam mesra buat semua..


Semalam adalah Hari Bapa. Saya teringat ayah. Apa agaknya khabar ayah.???  Sudah makankah dia?? Sengal dan bisa di tangan tuanya, masih sakitkah lagi?? Walaupun 2-3  hari lepas baru bersua ayah tapi hati tak betah tanpa ayah di sisi. 

Ayah sudah semakin uzur. Kalam bicaranya sudah banyak terhenti-henti, mencuri nafas. Dunianya hanya di rumah. Mujur ada adik dan suaminya sanggup menemani. Bukan anak-anak tidak mengajak ayah tinggal bersama.. tapi ayah masih mahu ruangnya tersendiri di rumah yang telah banyak menyimpan cerita hidupnya.

Tak ada bicara dan kata yang dapat saya ungkapkan untuk menceritakan betapa tinggi pengorbanan dan jasa ayah di dalam hidup kami. Hanya doa yang mampu kupanjatkan agar ayah sentiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih sayangNya. 



Sentuhanmu ( In Team)
( dedikasi buat ayahanda Hj Ali bin Abdullah )
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Selamat Hari Bapa jua buat bapa mertuaku yang tersayang, suami tercinta : bapa kepada anak-anakku dan semua bapa-bapa yang hebat walau di mana anda berada..

Friday, June 18, 2010

Aduhai..

6 comments
Salam sejahtera buat semua..


Gambar ni ditag dalam FB seorang rakan. Pelik tapi benar. 
Mana perginya ihsan terhadap binatang yang dianjurkan oleh Islam?? 
Malah agama lain di dunia sekalipun..

Ihsan atau berbuat baik kepada binatang adalah dengan memberinya makan jika lapar, mengubatinya jika sakit, tidak membebani dgn muatan yg tidak mampu ditanggungnya, lemah lembut terhadapnya jika bekerja dan mengistirahatkannya jika lelah, memeliharanya dengan baik atau melepaskannya hidup bebas..malah untuk membunuh dan menyembelih binatang pun ada cara-cara yang tertentu. 
 
Begitulah bentuk-bentuk ihsan terhadap binatang. Semoga kita tergolong dalam barisan muhsinin yg dicintai Allah seperti dalam firman Allah “Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg berbuat baik.” .
 
"Dari Abu Yakli Sadad bin Usa dari Rasulullah S.A.W katanya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesautu apabila kamu membunuh maka elokanlah pembunuhan dan apabila menyembelih maka elokanlah penyembelihan dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihannya."

Thursday, June 17, 2010

Soalnya Siapa?

6 comments
Salam mesra buat semua..

Sesekali kita perlu menilai diri sendiri, siapakah kita???


Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


** Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Mana letak duduk diri kita?..tepuk dada, tanyalah iman..
Pilih untuk berubah..

Wednesday, June 16, 2010

Bukan Sekadar Comel

9 comments


Darwisya Adriana Rozali, 3 tahun dan Darwish Adrian, 2 tahun 
mungkin hanya kanak-kanak biasa seperti anak-anak kita ..
Mungkin ibubabapa mereka jua biasa-biasa macam kita juga..
Namun, di kala anak-anak galak menghafaz nursery rhymes, 
mereka berdua 'bercinta' dengan kalamullah..
Di saat anak-anak kita menyanyi lagu-lagu popular, 
mereka berdua bergelumang menghafaz ayat-ayat cinta Ilahi..
Itulah bezanya..
Sejuk mata melihat, sejuk hati memandang..
Mungkin tercetus keinginan mendidik anak-anak seperti mereka dididik..
Klik sini untuk baca pengalaman ibubapa mereka..
Selamat mencuba..masih belum terlambat..

Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):

Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. (HR ath-Thabrani).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...