Wednesday, September 30, 2009

Restoren Lempeng

3 comments


I’m back! Dah lama tak update cerita terkini untuk tatapan teman-teman semua. Ke’busy‘ an melanda saya awal minggu ni menghalang saya untuk mengupdate lebih kerap. Maklumlah anak-anak muridku bakal menduduki PMR minggu depan, so tumpuan dan perhatian 200% perlu diberikan untuk mereka.Tambahan pula sebahagian sahabat mengadakan jamuan hari raya, jadi perlulah dihadiri apabila dijemput..boleh la mengeratkan silaturrahim di samping menikmati juadah yg disediakan... Kalau ada masa free, saya mengambil peluang blogwalking blog followers dan blog-blog lain.

Nak story ni..Semalam saya mewakili sekolah menghadiri satu seminar bersama Timbalan Pengarah Pelajaran Trg di BTP Marang. Saya ke sana menumpang kereta Naza Citra K Na Jamu ( dulu dia dealer Mustika Ratu..tu yg melekat nama Jamu tu ) senior saya di Mesir dahulu bersama 4 lagi rakan dari sekolah yang lain. Jam 11.45 kami bertolak dari Setiu dan sampai di Marang dalam 1.30tgh. Oleh kerana seminar bermula jam 2.30ptg kami memutuskan untuk mengisi perut terlebih dahulu.

K Na Jamu mengesyorkan kami makan di Restoren Lempeng yang berdekatan. Restoren Lempeng? Uniknya nama tu...saya mula tertanya-tanya..eh! takkan nak lunch dengan lempeng je..kebiasaannya lempeng dimakan semasa sarapan atau minum petang. K Na sengih-sengih je bila saya mengutarakan pertanyaan..wait and see..katanya

Saat mula melangkah masuk ke restoren yang bewarna serba kuning tersebut..hati saya lega melihat pelbagai makanan dan lauk pauk disediakan. Senyuman manis menyambut kami menimbulkan ketenangan untuk menjamu selera ditambah dengan keindahan panorama pantai yang melatari sebelah kiri restoren tersebut. Kiranya restoren ni open air la..Sungguh menenangkan! Tempatnya pun luas dan selesa. Pelanggan boleh memilih untuk makan di sebelah dalam restoren atau di bawah pondok-pondok kayu yang disediakan..Saya tak sempat pula nak snap gambar sbb keinginan perut perlu diutamakan..Pelanggan pun tidaklah terlalu ramai ketika itu, lagi la aman dan tenang je... Saya juga dapat info dari sahabat saya yang program TV3 – Jalan Jalan Cari Makan pernah membuat liputan di sini...

Saya dan 3 rakan memilih untuk makan nasi manakala 2 lagi memilih untuk merasa keistimewaan lempeng. Harganya sangat berpatutan dengan keenakan masakannya. Saya memilih untuk makan nasi berlauk ikan patin masak tempoyak, sayu campur dengan ulam-ulaman serta sambal belacan ditambah dengan teh ais...harganya baru RM 4.50. Ok la tu...

Ni la lempengnya...gambar ni saya jumpa dalam blog yg pernah buat entry pasal Restoren Lempeng ni..



Yang special kat sini..lempengnya la..sempat juga saya merasa keenakkan lempengnya dicicah dengan kuah kari yg disedakan. Memang sedap! So, teman-teman yang berkunjung ke Marang, Terengganu...saya syorkan anda berkunjung ke Restoren Lempeng di Kg Rusila. Kalau anda dari arah Kuantan, restoren tersebut terletak selepas Masjid Rusila di sebelah kanan. Kalau dari arah K Trg pulak, anda akan jumpa Restoren Lempeng di sebelah kiri jalan sebelum Masjid Rusila.

Oklah..sampai bertemu. Have a nice days!



Monday, September 28, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

4 comments

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Saturday, September 26, 2009

Erti Cantik Seorang Wanita

3 comments

Dimana cantiknya seorang wanita? Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Oleskan “lipstik kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

Pakailah “sabun Istighfar” yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islami” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu’ dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung “kesucian”.

Bedaklah wajah anda dengan “air Wudhu” nescaya akan bercahaya di akhirat.

Syawal Pertama Tanpa Bonda

0 comments
1 Syawal 1430H

Rutinnya saya akan menyambut malam dan pagi 1 Syawal di rumah ayah saya manakala selepas Zohor 1 Syawal kebiasaannya barulah saya akan pulang beraya di rumah suami pula. Bukannya jauh sangat pun..20 minit pun boleh sampai..

Takbir malam raya menandakan esok umat Islam akan menyambut I'dulfitri benar-benar mengusik jiwa saya. Dah la..berduaan sahaja dengan adik menyediakan hidangan juadah Hari Raya, kerana abang saya di Melaka dan kakak di Paka hanya akan pulang pada Hari Raya ke 3. Biasanya tiap-tiap tahun mesti meriah aktiviti di dapur dengan gurau senda dan riuh rendah suara anak-anak bermain bunga api di laman rumah. Adik-beradik saya yang lain pula hanya akan berkumpul di pagi raya kerana mereka tinggal menetap di sekitar Kuala Terengganu sahaja.Jadi, nampaknya malam Raya tahun ni sedikit sunyi la...anak2 pun saya suruh mereka tidur awal supaya mereka lebih bertenaga untuk beraya esoknya..

Saya call kakak saya yang berada di Paka..saya beritahunya rendang saya tahun ni tak sesedap tahun-tahun lepas..macam tak berapa menjadi je..mungkin masa memasak jiwa saya tidak hadir sepenuhnya..macam ada yang tak kena, nak kata bahan atau rencah tak cukup rasanya semuanya dah saya sediakan macam biasa..ye lah semangat saya semacam hilang..apa tidaknya sejak dari petangnya saya sangat terasa kehilangan ibu saya..terasa seperti baru semalam dia ada bersama-sama kami...tahun ni saya sekeluarga menyambut Syawal pertama tanpa ibu di sisi. Semasa ibu sihat dulu, saat-saat begini di malam Raya..ibu lah paling sibuk menyediakan juadah "wajib" Raya kami sekeluarga iaitu ketupat daun palas dan ketupat nasi dimakan dengan serunding daging atau serunding ikandan juadah yang lain..terutamanya ketupat daun palas dan serunding ibu yang lazatnya tiada tandingan..sekarang apabila terpandang ketupat palas saya mesti teringat ibu saya..rindu benar rasanya nak merasa masakan air tangan ibu lagi..


Di pagi Raya, usai solat sunat I'dulfitri di masjid, saya, suami dan anak2 berserta adik saya dan suaminya menziarahi pusara ibu. Menghadiahkan sekalung doa dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran untuk ibu sambil diketuai oleh suami saya. Ammar dan Afiq pun saya minta mereka membaca surah Al Fatihah banyak2 untuk dihadiahkan pada arwah tok mereka. Bersungguh-sungguh mereka membacanya..walaupun sebenarnya banyak persoalan yang bermain di fikiran mereka tentang tok dan alam barzakh yang disuarakan kepada kami dalam perjalanan ke pusara tadi. Sekadar yang mampu kami terangkan apa yang perlu kerana kanak-kanak memang curious atau mempunyai naluri ingin tahu tentang sesuatu yang baru dalam hidup mereka..

Semoga ibuku aman di persemadian sana dan ditempatkan di kalangan kekasih-kekasihMu yang beriman..Amin

Hingga ketemu..Selamat Pulang ke destinasi masing-masing..Jangan lupa...Berhati-hati di jalan raya.semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..



Sunday, September 20, 2009

17 Faktor Jiwa Manusia Lemah & Kacau

0 comments

Ketenangan jiwa adalah dambaan dan keinginan setiap insan dalam kehidupan yang fana ini. Ramai yang bertanya..apakah yang dimaksudkan sebagai ketenangan jiwa? Dan bagaimanakah cara untuk mendapatkan sebuah jiwa yang benar-benar diertikan sebagai tenang, bahagia, luhur dan suci. Banyak orang beranggapan ketenangan jiwa hanya bisa didapati apabila ia telah mendapat harta yang banyak, dihormati orang, memiliki pekerjaan yang hebat dan keluarga yang sempurna. Yang pasti bukan itu ketenangan yang dimaksudkan. Dalam beberapa kajian yang dibuat, kita dapati kebanyakan manusia yang mempunyai kekayaan, kemahsyuran dan kehidupan yang hebat juga belum mampu untuk memiliki jiwa yang tenang dan mencapai bahagia yang hakiki. Allah Ta`ala Seperti mana Allah telah berfirman:

ونفس وما سواها فألهمها فجورها وتقواها قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها

Maksudnya: Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakannya (Allah), lalu diilhamkan (Allah) kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan jiwanya. Dan merugilah orang yang mengotorkannya.

(As Shams: 7 - 10)

Sesiapa yang ingin menjadi hamba kepada Allah maka hendaklah ia menyucikan jiwanya dan berusaha melawan hawa nafsunya serta mentaati suruhan Tuhan dan menjauhi segala laranganNya. Orang yang hanyut bersama hawa nafsu dengan segala keinginannya bermakna telah menjadi hamba kepada nafsunya sendiri. Kita melihat sebahagian besar masyarakat kita sekarang mengalami penyakit lemah dan kekosongan jiwa. Pada hakikatnya, sindrom inilah yang merupakan punca utama bercambahnya pelbagai gejala negatif dan seterusnya melatari budaya porno muda mudi umpamanya murtad, buang anak, dera, keruntuhan akhlak, seks bebas, hedonisme, ghairah kebendaan dan banyak lagi.

Sebelum kita mencari ketenangan jiwa yang diimpikan, di bawah ini ada senarai faktor-faktor yang menyebabkan berlaku kelemahan jiwa yang seterusnya menjadi benteng penghalang untuk kita mencari ketenangan jiwa yang sebenar. Saya petik faktor-faktor ini dari terjemahan kitab “ Fenomena Kelemahan Jiwa Dan Langkah Mengatasinya”. Buku ini adalah karangan daripada Dr Majdi Al Hilali yang merupakan seorang tokoh ulamak terbilang kelahiran Mesir Beliau juga adalah seorang pendakwah gigih yang telah banyak menulis buku-buku dan risalah-risalah agama.

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Jiwa Manusia Menjadi Lemah

1) Taasub dengan pandangan peribadi.

Mereka yang tergolong dalam kategori ini sentiasa merasa taasub dengan pandangan peribadi, tak kira samada benar mahupun sebaliknya. Apabila pendapatnya disanggah maka dia akan cuba mempertahankannya dan tidak merasa tenteram sehinggalah orang yang menyanggahinya akur dan tunduk kepadanya.

2) Tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri.

Mereka ini terlalu sukar untuk mengakui kelemahan dirinya. Melakukan apa sahaja untuk mengelakkan diri dari melakukan kesilapan dan ada kalanya memaksa diri sendiri untuk melakukan pendustaan agar tidak dianggap oleh orang lain dia telah melakukan kesilapan.

3) Merasa sempit dada bila dikritik dan dinasihati.

Merasakan kepahitan dan kesakitan yang teramat sangat apabila dikritik dan diberi nasihat. Adakalanya jika dibelenggu oleh perasaan yang terlalu menghimpit dia akan merasakan seolah-olah dunia ini miliknya. Lebih-lebih lagi jika orang yang memberi nasihat tersebut lebih muda daripadanya. Keadaan ini berlaku lantaran diheret oleh runtunan perasaan yang menyebabkan api kemarahannya memarak.

4) Bahagia dan seronok dengan pujian

Pengidap penyakit ini terlalu ramai, mereka merasa terlalu sukacita dan seronok bila mendapat pujian khususnya jika orang yang memuji itu memiliki kedudukan dan pangkat. Dia akan sentiasa mengulangi pujian tersebut dan membuat sesuatu agar manusia sentiasa menyebut-nyebut tentang kebaikan dan kejayaannya

5) Gembira dan seronok apabila mendapat perhatian.

Contohnya, ketika memberi pertolongan kepada golongan miskin dan mereka yang berada di dalam kesusahan atau ketika menjawab soalan. dan juga ketika melakukan ketaatan kepada Allah dan lain lain lagi. Sebaliknya kita dapati dia akan bermasam muka ketika manusia lain memandang rendah pada ketika dia memang selayaknya mendapat kejian. Keadaan ini boleh berlaku ketika ia melakukan maksiat atau perkara syubhah dan melakukan kesilapan dalam pekerjaannya atau tidak mampu menjawab pertanyaan orang.

6) Gila kuasa, ghairah untuk menonjolkan diri dan mahu sentiasa dipilih.

Golongan ini biasanya berasa gah dengan tanggung jawab dan sentiasa bergelut untuk merebut suatu jawatan dengan apa cara sekali pun. Masakan tidak? Ini semua adalah jalan untuk kemegahan dan meraih pangkat serta memikat hati manusia agar mereka sentiasa mengagungkannya dan mengikut pandangannya.

8) Tidak mengakui kesilapan dan kekurangan diri.

Orang yang berkenaan sentiasa ingin lari daripada mengingati kepincangan diri dan cuba menyembunyikannya, agar orang lain akan menganggap bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang kesilapan atau meskipun ada tetapi terlalu sedikit. Untuk itu, ia sentiasa berusaha agar apa sahaja yang berlaku di masa lalu tidak lagi diingati, sekalipun ianya memang benar kesilapannya.

9) Tidak menunaikan hak orang lain.

Sentiasa merasa berat ketika melaksanakan hak orang lain seperti menziarahi orang sakit, melepaskan kesusahan orang lain, menolong orang dizalimi, menghulur bantuan kepada yang memerlukan dan sebagainya. Sebaliknya jika ia ditimpa sakit- contohnya- maka dia mestilah diziarahi, sekiranya orang lain tidak terdaya melaksanakan hak ziarah tersebut kerana urusan tertentu sudah pasti ia akan mengambil kira dan mencelanya.

10) Mengungkit-ungkit segala khidmat bakti dan amal kebaikkan.

Orang sebegini tidak jemu-jemu menyebut segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dihulurkan dan sentiasa mengharapkan ucapan terima kasih dan penghargaan dari sesiapa yang telah mendapat khidmatnya. Bahkan menghendaki orang lain segera menunaikan hajatnya, memulakan salam, berhenti ketika terserempak dengannya, berdiri tegap menghormatinya dan lain-lain perilaku yang melambangkan tanda hormat. Jika orang lain tidak melakukan itu semua nescaya cemuhan, celaan dan penghinaan merupakan balasan yang dinantikan.

11) Terpedaya dengan kebolehan dan kelebihan sendiri.

Mereka ini tidak menyandarkan segala kelebihan dan kenikmatan yang dikecapi kepada Allah. Sebaliknya menyandarkannya ke atas diri sendiri semata-mata. Tanpa kebolehan dan bakat yang dianugerahkan oleh Allah tersebut nescaya dia tidak akan memperolehi pelbagai nikmat yang lain. Sebagaimana yang berlaku kepada Qorun dengan segala kekayaannya yang berpunca daripada sikap dan kata-kata yang angkuh. Firman Allah:

قال إنما أوتيته على علم عندي

Maksudnya: Qorun berkata: “Aku memperoleh harta benda adalah dengan ilmu pengetahuan aku sendiri”.

(Al Qasas: 78)

12) Tidak suka orang lain memperolehi kebaikan.

Berasa sedih dan sempit dada apabila sahabatnya mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat tersebut tidak kekal. Sebaliknya seronok dan gembira apabila sahabatnya ditimpa musibah.

13) Merasakan dirinya sahaja yang berhak untuk bercakap di dalam mana-mana majlis yang dihadiri.

Anda melihat mereka yang terdiri dari golongan ini sering memintas percakapan orang lain, menjawab apa sahaja yang diperkatakan, suka memperkatakan tentang perihal diri sendiri, kisah hidupnya, meninggi diri dengan tujuan untuk berbangga dengan pencapaian sendiri dan kehandalannya.

14) Menghebahkan amal kebajikan sendiri.

Apabila mendapat taufik daripada Allah untuk melakukan amal kebajikan atau amalan yang menghampirkan diri kepada Allah(taqarrub) dan meninggalkan perkara mungkar, dia akan menghebahkan segala amalan yang telah dilakukan samada secara sinis ataupun terus terang. Berusaha untuk menyandarkan segala yang telah dilakukan adalah hasil daripada usahanya sendiri, bukan hasil usaha orang lain. Golongan ini amat marah apabila hasil kerja dan kebajikannya disandarkan kepada orang lain dan jiwanya menjadi tidak tenteram. Sebaliknya jika disandarkan amalan orang lain kepadanya maka dia tidak akan melakukan sesuatu untuk menyatakan hakikat yang sebenarnya.

15) Sentiasa takutkan kemiskinan.

Ini juga merupakan salah satu daripada contoh kelemahan jiwa yang terdapat pada sesetengah orang. Terlalu bakhil, takut ditimpa kemiskinan dan kesempitan hidup adalah antara identiti mereka. Jiwanya sentiasa diburu ketakutan untuk menghadapi hari-hari mendatang yang belum pasti. Ini semua menjadikannya tidak mahu menyumbang khidmat bakti di jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

16) Tidak mampu untuk berhadapan dengan orang lain kerana merasa lemah diri.

Tidak terdaya menerima hakikat kesalahan diri sendiri dan cuba lari daripadanya. Jika orang lain menjelaskan kesalahannya dia sanggup berdusta untuk membebaskan diri dari dakwaan yang diajukan kepadanya.

17) Mudah berubah pendapat dan goyah pendirian.

Apa yang menyedihkan ialah dia telah telah tewas di hadapan orang lain dan diri sendiri tanpa disedari. Dia seringkali mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tetapi tidak berani untuk menyatakannya kerana takut celaan, dipersendakan dan seterusnya tewas di hadapan mereka.

Renungkanlah..antara 17 sebab di atas, berapa dapat kita lepasi dengan baik atau adakah kesemua sebab/faktor tersebut memang ada dalam diri kita. So, nilai la sendiri..sejauh mana ketenangan jiwa itu milik kita..

Saturday, September 19, 2009

Untuk Semua...Happy Eid Mubarak!

0 comments

Kad Raya Dari US

0 comments

Ini kad raya dari temanku Nadiah yang kini berada di United States.
Geram betul tgk baby Safiyyah yg comel lote tu..




Friday, September 18, 2009

Memori I'dulfitri di Mesir

3 comments



Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Lagu ini pasti akan menyentuh hati jika anda anak rantau yang berada di bumi orang dan tidak dapat pulang beraya bersama ibubapa dan keluarga di hari yang mulia ini. Saya selalu menitiskan airmata di setiap pagi hening 1 Syawal ketika menuntut di Mesir dahulu apabila tergiang-giang lagu dan lirik ini di minda. Seolah jiwa disentap begitu hebat, sayu dan pilu membelit-belit tangkai hati apabila wajah ayah dan ibu jua ahli keluarga bermain di mata. Apatah lagi suasana meriah pagi 1 Syawal yang sepatutnya disambut bersama keluarga tersayang, namun yang ada di sisi cuma teman-teman yang masing-masing membisu di pagi mulia mungkin mengalami situasi dan emosi yang sama. Apabila mula menyedari situasi sedih yang wujud, kami cuba memujuk diri, memberi semangat antara satu sama lain dan cuba merancang agar pengisian hari kemenangan itu tidak terabai begitu sahaja.

Masih saya ingat, pagi-pagi lagi selepas mandi sunat I'dulfitri dan menjamah sedikit sarapan, kami bersalaman dan berpelukan, saling bertukar maaf dan ucapan..lantaran apabila tinggal di perantauan teman-teman umpama keluarga dan darah daging sendiri. Jadi, sebarang khilaf perlulah dijauhi. Langkah kemudian di atur ke masjid berdekatan rumah untuk menunaikan solat I'dulfitri. Masjid tersebut iaitu Masjid Musa yang terletak di Hayyu Sabie', berdekatan Maktabah Al Isra' di jalan yang sama untuk menuju ke Rumah Kelantan. PMRAM akan menempah masjid ini untuk sembahyang sunat Aidilfitri di kalangan pelajar Malaysia khususnya yang tinggal di sekitar Kaherah tanpa kehadiran orang Arab penduduk setempat.

Sebenarnya orang-orang Arab sejak awal-awal pagi lagi mereka sudah bersembahyang sunat Aidilfitri. Selepas itu mereka pulang ke rumah masing-masing. Mungkin menyambut Idulfitri bersama keluarga mereka. Tiada suasana meriah sambutan Idulfitri di kalangan orang Arab seperti di Malaysia kerana mereka hanya berpesta untuk menyambut bulan Ramadhan berbanding I'dulfitri seperti yang saya pernah ceritakan dalam entri sebelum ni.
Hari raya kedua, keadaan sudah kembali seperti biasa. So, peluang yang ada untuk bersolat bersama di masjid tersebut dimanfaatkan oleh semua pelajar Malaysia untuk mengeratkan silaturrahim dan sama-sama menyambut kemenangan Idulfitri. Masa ni lah agak terasa raya ala Malaysia apabila pelajar-pelajar Malaysia berpakaian tradisi baju Melayu terutamanya di kalangan ikhwah berkumpul, bertakbir, bermaafan dan bersembahyang bersama-sama walaupun berada dalam budaya berbeza. Selain dari cara sambutan yang berbeza cara takbir I'dulfitri kita juga berbeza dengan takbir Arab. Takbir Arab rasanya lebih tegas dan semangat berbanding takbir kita yang agak syahdu dan menyentuh hati.

Usai solat sunat Idulfitri, biasanya kami akan mengunjungi jiran-jiran Arab terdekat dan rapat sebelum menziarahi sahabat-sahabat yang lain. Kebiasaannya kami akan mengadakan giliran membuat rumah terbuka, untuk memastikan Hari Raya disambut meriah dan gembira walaupun berada nun jauh beribu batu dari kampung halaman.Itulah serba sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama. Sebenarnya saya mencatat kenangan menyambut Aidilfitri di Mesir ini sebagai ingatan untuk saya dan anak-anak. Manalah tahu, kut2 10 tahun akan datang saya sudah lupa kenangan tersebut..sebenarnya sekarang ni pun dah banyak yg lupa..sekurang-kurangnya catatan ini menjadi nostalgia untuk saya dan tatapan untuk anak-anak saya di masa akan datang..Hingga ketemu lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, September 16, 2009

10 Cara Sambut I'dulfitri Menurut Islam

1 comments


Hari ni sudah masuk hari yang ke 27 Ramadhan. Ini bermakna beberapa hari lagi Syawal akan menjelma dan Idulfitri akan disambut meriah. Saat-saat akhir ini rata-rata umat Islam sangat sibuk dengan persiapan Raya. Jalan-jalan ke pusat bandar semuanya jam. Pusat-pusat membeli belah atau pusat-pusat perniagaan tak usah cakap la..sentiasa penuh dengan pelanggan sehinggakan tak menang tangan mereka dibuatnya. Masing-masing mengambil peluang membuat persiapan terakhir. Bagi saya dan keluarga, persiapan awal yang kami buat di awal Ramadhan dulu sedikit sebanyak membuatkan kami tenang dan relaks di hujung Ramadhan ini. Hanya menyediakan apa yang patut sahaja. Itupun semuanya dibuat secara ala kadar .

Yang penting bagi saya bayar zakat fitrah, solat sunat Aidilfitri, ziarah kubur bonda saya dan bertemu mata serta bermaafan dengan adik beradik, ipar duai jua saudara mara yang sebelum ini terpisah kerana tinggal berjauhan. Tidak dilupakan ziarah-menziarahi merupakan amalan yang mesti. Dek kerana tuntutan tugas dan masa , kadang-kadang 1 kali sahaja dalam setahun saya sempat untuk menziarahi mereka iaitu di Idulfitri!

Bagi orang-orang yang beriman, Idulfitri ialah hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.

Di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah :

1.Berdoa di malam raya
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2 . Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri
Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.
3. Zikir, Takbir, Tahmid, Taasbih dan Tahlil. Banyak berzikir membesarkan Allah, bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil seawal bermulanya malam 1 Syawal. Ia dilakukan sama ada secara berjemaah atau bersendirian, di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga. Bahkan pada zaman Rasulullah s.a.w., takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

4. Membersih dan mengemas diri.Kita patut membersih atau mengemas diri seperti menggunting rambut di bahagian kepala dan anggota badan agar tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia. Dalam hal ini, bau-bauan yang harum seperti minyak wangi, atar dan sebagainya juga digalakkan bagi meraikan hari mulia ini.

5. Mandi Sunat.Mandi juga di sunatkan pada pagi 1 Syawal sebagaimana dijelaskan dalam hadis Ibnu Umar di dalam kitab al-Muwatta’, bahawa Rasulullah s.a.w. mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

6. Makan sebelum menunaikan solat sunat hari raya.Disunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri berpandukan hadis Anas bin Malik yang menjelaskan bahawa Baginda s.a.w. makan kurma dengan bilangan yang ganjil (3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

7. Mengerjakan Solat Sunat Aidil Fitri. Acara yang paling kemuncak pada Hari Raya Aidil Fitri ini adalah solat sunat Aidilfitri. Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki sebagaimana mafhum hadis Ali bin Abi Talib dalam Sunan Tirmizi. Cuma bagi yang agak jauh jarak rumah ke masjid, maka bolehlah mereka menaiki kenderaan kerana agama Islam bersikap terbuka dalam bab ini.

8. Mendengar Khutbah. Baginda juga menyuruh seluruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita, tidak kira yang tua atau muda, yang uzur atau sebaliknya. Cuma mereka yang uzur diarahkan agar berada di luar masjid kerana halangan keuzuran tersebut seperti riawayat Ummi ‘Atiah dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

9. Memakai pakaian cantik dan terbaik. Pada pagi hari raya yang indah ini juga, sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik yang termampu. Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibnu Umar menjelaskan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam; Aidilfitri dan Aidiladha.

10. Ucapan Tahniah dan Ucap Selamat Hari raya dan Doa. Pada hari lebaran ini juga sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, di samping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadan lepas diterima Allah.

Tuesday, September 15, 2009

Terima Kasih Daun Keladi...

0 comments

Dari Che Sue (ummumishkhah) sahabatku dulu, kini & selamanya.
.
Catlina


Dari Haniem

Sunday, September 13, 2009

Tolonglah Ajar Anak-Anakmu Tentang Al Quran !

5 comments



Tolonglah ajar anak2mu tentang Al Quran!..Itulah luahan hati nurani saya untuk semua ibubapa terutamanya sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Sebenarnya saya sudah lama ingin menulis entri berkaitan Al Quran...dan hasrat saya tertunai hari ini dengan sedikit kelapangan yang ada bagi yang sudi berkongsi idea dan mengambil manfaat.

Memberi anak2 pendidikan tentang membaca Al Quran : Sesuatu yang sangat penting, yang kadang kala diabaikan oleh segelintir ibubapa. Ibubapa lebih risau andai anak mereka diawal usia 4 - 6 tahun tidak pandai membaca atau menulis Bahasa Melayu atau English dengan baik. Macam - macam diusahakan - belikan bahan bacaan, hantar ke kelas lah..atau apa sahaja cara pasti dilakukan. Tapi mereka tidak pernah risau andai anak mereka tidak mengenal huruf2 Al Quran apatah lagi untuk membaca Al Quran dan memahaminya


Tolonglah ibubapa...ajarlah anak kalian membaca Al Quran..andai tidak mampu mengajar sendiri anak kita..usahalah..ikhtiarlah ikut cara mana sekalipun agar anak2 kesayangan kita dapat membaca Al Quran dengan baik, memahami, mempelajarinya, lantas mengamalkan ajarannya dalam kehidupan mereka kelak.

Saya bercakap atas dasar realiti..kerana sebagai pendidik saya merasa sangat sedih dan kecewa dengan anak-anak bangsa dan seagama dengan kita pada hari ini...di usia belasan tahun mereka tidak mampu membaca Al Quran langsung..! Malah membaca surah Al Fatihah pun mereka gagal..itu belum lagi masuk bab solat ataupun ibadat lain..Ada segelintir sahaja yang pandai membaca dengan baik..itupun boleh saya bilang dengan jari...

Sebahagian yang gagal membaca Al Quran dengan baik ada yang masih terus belajar membaca dengan ibubapa di rumah atau mana-mana individu yg menyediakan khidmat mengajar Al Quran. Sebahagian yang lain ada berhenti terus! Alasannya..membaca Al Quran itu susah..dan ibubapa mereka tidak pernah mengambil kisah sama ada mereka boleh membaca Al Quran atau tidak...

Hancurnya hati saya jika ada ibubapa yang bersikap sedemikian..usahlah terlalu mengharapkan dan menyerahkan tarbiah membaca Al Quran 100% kepada guru kerana pendidikan awal adalah bermula dari ibubapa itu sendiri...dan sebahagian besar hidup anak-anak dihabiskan di rumah bersama ibubapa berbanding dengan waktu mereka bersama guru di sekolah.


Mengambil pendekatan ibubapa kami semasa kecil, saya dan suami sangat tegas dalam mendidik anak-anak membaca Al Quran. Memanglah sayu, sedih dan rasa bersalah di hati apabila melihat anak2 menangis dimarahi kerana tidak mahu membaca Al Quran atau silap semasa bacaan. Tapi itulah pendidikan namanya. Dan bagi saya itu amat berbaloi..kerana apabila mereka sudah mengenal dan mampu membaca dengan baik, akan wujud satu "ruh" atau keinginan mereka untuk membaca Al Quran dengan sendirinya. Ammar, Alhamdulillah sudah boleh membacanya dengan baik walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki sebenarnya. Dalam kelas prasekolahnya, cikgu menjadikannya sebagai "tok guru" untuk ajar kawan-kawannya yang lain. Afiq masih jauh jika dibandingkan dengan Ammar..namun saya yakin dia ada potensi untuk maju dengan baik. Insya Allah..


Seterusnya saya terjumpa satu artikel di www.iluvislam.com yang cukup menarik untuk dikongsi bersama. Moga direnung untuk dijadikan panduan dan manfaat dalam kehidupan..Selamat membaca..


Membiasakan Anak 'HIDUP BERSAMA' Al-Quran
www.iLuvislam.com
Oleh: Zulia Ilmawati (Psikologi, Pemerhati Masalah Anak dan Keluarga)
Kiriman: arinzone
Editor: b_b


Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak soleh-solehah
merupakan harta yang paling berharga bagi orangtua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orangtua dalam mendidik anak. Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.


Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. (HR ath-Thabrani).


Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. (QS al-Isra’ [17]: 9).


Bila al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin. Semakin awal semakin baik. Akan sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa 'hidup bersama' al-Quran; yakni ketika si ibu yang mengandungnya, rajin membaca al-Quran.





7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran

1. Mengenalkan.
Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orangtua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas. Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik. Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D. Tempelkan gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik. Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut. Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.

2. Memperdengarkan.
Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD. Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi. Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang. Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan. Ini kerana, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya. Kondisi tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya. Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak. Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya. Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara. Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.

3. Menghafalkan.
Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara. Mulailah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya). Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Jadi latihlah anak untuk menirunya. Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa kanak-kanak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa. Orangtua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak. Supaya anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan. Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.

Nabi SAW bersabda:
Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. (HR al-Bukhari dan Muslim).


4. Membaca.
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat.


Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).


Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Orangtua penting memberikan contoh. Jadikanlah membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga. Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya yang sedang membaca al-Quran. Orangtua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran. Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit. Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca. Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya. Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orangtua untuk mahir membaca al-Quran. Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orangtua. Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya. Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan. Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.

5. Menulis.
Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna. Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab. Mulailah dengan kata-kata pendek. Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya. Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran. Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi. Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka. Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.

6. Mengkaji.
Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh. Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan. Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari. Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga. Pada waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak. Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian. Orangtua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat. Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.

7. Mengamalkan dan memperjuangkan.
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia. Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak. Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.








Kad Raya Pengganti Diri

0 comments
Maaf, ke"busy"an melandaku sehari dua ni..maka saya tak punya cukup masa untuk mengadap lap top dan update blogku ini walau jiwa saya meronta-ronta ingin berbuat demikian..jadi kesempatan yang ada ni
saya nak ucap terima kasih pd teman2 yg sudi bg kad raya..
Insya Allah kalau sempat, saya cuba balas...kalau tak sempat...raya tahun depan la jawabnya..



Kad Raya dari Kak Yong


Kad Raya dari arashah ( nurzahra)


Pada teman-teman yang belum sempat saya tempek kad rayanya...saya mohon maaf..
nanti kalau ada peluang update saya tempek la ye...sampai bertemu lagi!


Friday, September 11, 2009

Kad Raya Pertama

4 comments



Kad Raya pertama untuk tahun ni diterima dari teman bloggerku Yanmie. Siap dengan duit raya lagi...Thanks Yan! Moga ukhuwwah terus berkekalan.
Ni duit rayanya..RM100 tau..







Thursday, September 10, 2009

Rindunya Aku PadaMu..

0 comments
Setiap manusia biasa mesti ada rasa cemburu, dengki atau seumpamanya. Kalau tak ada perasaan cemburu tu mesti orang tu jenis yang tiada perasaan atau mungkin dia bukan orang kut. Saya sebenarnya jenis yang cemburu juga. Tapi cemburu saya bertempat dan pada hal-hal tertentu sahaja. Lagi satu cemburu saya jenis yang tidak ketara. Masih boleh dicontrol. Entry kali ni bukannya saya nak ulas pasal cemburu plak. Cumanya semasa blogwalking semalam, saya terjumpa gambar ni semasa singgah blog saudara Manzlie yang membuatkan saya benar-benar cemburu..jeles..rasa macam meronta-ronta perasaan tu...Ya Allah cemburunya aku...bila melihat begitu ramai hambaMu dapat bertamu di RumahMu merebut ganjaran Ramadhan Al Mubarak...
.

Gambar yang dirakam beliau ini ialah situasi semasa solat terawih kelmarin ( 9 Sept ). Bila tibanya malam 10 malam terakhir bulan Ramadhan, Masjidil Haram menjadi tempat muslimin dan muslimat seluruh dunia menjadi tetamu Allah untuk merebut peluang dan ganjaran yang telah disediakan sepanjang bulan mulia ini..terutamanya Lailatul Qadr yang menjadi simbol kesempurnaan ibadat sebenar pada bulan Ramadhan al Mubarak ini.

Alangkah bertuahnya insan-insan mukmin yang mendapat peluang beribadat dan menjadi tetamu Allah di Tanah Haramain ( Makkah dan Madinah ). terutamanya semasa bulan yang barakah ini. Memang saya cemburu dan saya rasa anda semua patut cemburu. Suasana tersebut membangkitkan rindu yang tak pernah padam saya pada Makkah dan Baitullah..dan nostalgia bertamu di sana bersama sahabat-sahabat di bawah anjuran PMRAM semasa belajar dulu masih segar dalam ingatan saya..dan sampai sekarang saya masih mengimpikan untuk ke sana lagi...Ya Allah...makbulkanlah permintaanku ini..Amin.Apa-apa pun, rezeki dan ketentuan semuanya di tangan Allah. Kita hanya mampu berdoa dan mengharapkan moga suatu hari nanti kita dijemput menjadi tetamuNya untuk berkunjung ke Makkah Mukarramah. Insya Allah.

Hari ni dah masuk hari ke 21 kita berpuasa. Fadilat 10 malam terakhir amatlah besar disediakan oleh Allah pada hamba-hambaNya yang beriman..Namun berbeza dengan situasi di Masjidil Haram..suasana solat terawikh di masjid-masjid di tempat kita sekarang sudah berkurangan jemaahnya. Masing-masing agaknya sudah penat beribadat atau merasa sudah cukup banyak amalan yang dibuat sepanjang bulan ini agaknya...atau mungkin memperuntukkan waktu yang ada di hujung Ramadhan ini untuk menjahit baju raya atau membakar biskut raya dan sebagainya...sedangkan detik-detik terakhir inilah Tuhan telah janjikan kita dengan kenikmatan beribadat iaitu - Lailatul Qadr..

Untuk renungan bersama..

Nabi salallahualaihi wasalam telah bersabda;Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, di ampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu ” , dalam riwayat Al-Imam An-Nasaie telah menambah: Dan dosanya yang akan datang .

Antara tanda-tanda yang paling utama dan cirri-ciri malam Lailatul Qadr yang telah di sebutkan dan di tetapkan di dalam kitab-kitab sunnah nabawiyyah adalah seperti berikut:

1. Ianya berada pada setiap malam bulan Ramadhan dan juga pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjil.

2. Pada malam itu banyak malaikat yang turun ke bumi dalam bilangan yang tidak terkira.

3. Suasana pada malam itu tenang, cuacanya pula tidak panas dan tidak pula sejuk

4. Ia adalah malam diturunkan Al-Quran

5. Ia adalah malam yang mana ditetapkan segala perkara daripada perkara-perkara yang akan berlaku sepanjang tahun.

6. Ia adalah malam yang lebih baik di sisi Allah Ta'ala dari seribu bulan dan amalan kebajikan pada malam tersebut dilipatgandakan.

7. Sesungguh para malaikat turun ke bumi pada malam tersebut bersama dengan Ar-Ruh iaitu Jibrail alaihisalam.

8. Ia adalah malam yang aman, tenteram, sejahtera sehinggalah terbitnya fajar.

Antara adab-adab dan perkara-perkara sunat untuk menghidupkan malam tersebut dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

1. Dianjurkan untuk mandi pada setiap malam daripada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan,berhias-hias dengan wangian,dan memakai daripada secantik-cantik baju selepas solat Maghrib sebelum solat Isyak dan Terawih.

2. Tidak menjamah makanan dan minuman yang terlalu berat semasa berbuka puasa untuk mengelakkan perasaan malas dan lesu ketika beribadah dan lemah untuk menghidupkan malamnya.

3. Memperbanyakkan doa, rintihan,memohon keampunan, kesihatan, keafiatan yang berkekalan dalam agama semasa di dunia mahupun di akhirat.

4. Menjaga solat maghrib, isyak dan subuh secara berjemaah begitu juga solat sunat terawih dan qiam.

5. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr

6. Selain itu,dianjurkan juga pada malam tersebut untuk melakukan amal kebajikan dan sedekah.Ini bersesuaian dengan apa yang telah disampaikan daripada Anas bin Malik radiallahuanhu, katanya: " Amalan pada malam lailatulqadar, sedekah, solat dan zakat adalah lebih baik daripada seribu bulan ".



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...