Salam mesra buat semua..
Gambar budak lelaki comot di atas mengambar keperitan hidup yang dilalui. Wajahnya yang kelam merenung jauh memikirkan rupa kehidupan yang bakal dilaluinya di hari-hari yang mendatang...
Saya suakan gambar ini pada anak-anak. Meminta reaksi. Pelbagai pertanyaan muncul umpama bertih dari mulut comel kedua-duanya. Mengapa? Kenapa? Macam mana?..Harapan saya hanya satu, supaya mereka mampu membuat perbandingan warna kehidupan budak lelaki tersebut dan warna kehidupan yang mereka lalui sekarang. Dihujungnya, saya selitkan pengajaran betapa bertuahnya mereka kerana diulit kesenangan dan keselesaan selama ini.
Bukan apa, sekadar untuk menyuntik kesedaran..bayangkan Ammar baru masuk bulan 5 bersekolah tahun ni, beg sekolah yang bertroli sudah bertukar..kasut sekolah pun dah masuk tiga pasang..alasannya beg lama sudah koyak dan kasut pun sudah tidak selesa untuk dipakai. Alat tulis dan pensil warna pulak makin berkurang dan hilang hampir setiap hari kerana kecuaiannya.
Memang sukar
untuk mendidik anak-anak zaman sekarang erti kesusahan sedangkan ia adalah satu proses pendidikan yang perlu. Lantaran
keperitan dan perjuangan hidup itulah mengajar kita erti ketabahan dan
kekuatan untuk survive kehidupan ini. Mungkin jua silap ibubapa yang
terlampau memberi kesenangan buat anak-anak tanpa membiarkan mereka
merasa sedikit erti kesusahan? Atau tuntutan gaya hidup masyarakat kita
hari ini yang mementingkan status, gaya, style dan meminggirkan keperibadian anak yang akan bersikap manja, sukar berdikari dan gelabah bila menghadapi secalit kesusahan.
Saya masih ingat masa sekolah kecil-kecil dulu..mungkin anda juga pernah melalui situasi yang sama. Biasanya beg sekolah atau uniform sekolah, selagi masih elok, selagi itulah digunakan. Tiada tukar gantinya kecuali sudah lusuh benar atau tidak mampu dipakai lagi. Kasut sekolah koyak, dijahit sana sini untuk menutup lubang-lubang yang tidak diingini. Selipar plastik@ selipar jepun yang kita gunakan hari-hari tu, bila "hidungnya" sudah tertanggal, pandai-pandailah repair sendiri guna paku, dawai dan sebagainya..dan sebenarnya didikan sedemikian menjadikan kita lebih menghargai kepunyaan kita dan menggunakannya penuh hemat..
Masih ingat cerita pasal Jingdan, budak dari China yang hanya berusia 2 tahun, ditambat di tiang lampu di tepi jalan dengan rantai besi yang dikunci ketika kedua ibubapanya keluar bekerja. Mereka tidak mampu untuk menghantar Jingdan ke pusat asuhan kerana kos bayaran yang tinggi dan mereka pula hidup dalam kemelaratan. Ia sangat menginsafkan. Mungkin boleh membantu membuatkan anak-anak sedar bahawa ramai lagi manusia di luar sana yang tidak bernasib baik melalui kehidupan yang selesa.
19 comments:
Salam Ummu Ammar,
Syukran ya atas peringtannya...Ummi dan Ayah saya pun selalu menggunakan jalan yang sama...Dan alhamdulillah tiba dis ini, kami bukan lagi anak lawyer...so saya lebih banyak membuka mata...Ummi dan Ayah selalu bercerita dengan pengalamannya sewaktu kecil...Tambahan pula Ummi...Sering diejek 'anak kuli'...Tatkala saya menangis diejek rakan hanya membawa biskut ke sekolah...semuanya bermanfaat...tahniah ya Ummu..
ni pun antara perkara yg nadiah runsingkan bila fikir psl anak. org yg biasa dgn kesenangan mmg perit bila ditimpa sedikit kesusahan. blh la guna cara akk bila anak besar sikit nnt
Salam kenal akak,
Risau tgk didkan anak2 zaman2 skrang..terlalu didedahkan ngan kemewahan..berbeza ngan cara didikan mak ayah dulu2.
Salam,
Moga kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan allah..susah dan senang
salam ummu ammar....betapa bertuahnya anak2 kita bila bandingkan anak2 itu........syukur alhamdulillah...... :)
ingat lg masa sekolah2 dulu saya pakai kasut harga RM12, ada la pulak kaan tanya....
faten x malu ke pakai kasut murah?.
mujurlah time saya x der pulak perasaan malu. apa yg mak beli, itulah yg saya pakai
Iffah..
Sejuk hati mendengar coretan Iffah ni..kesenangan dan kekayaan juga adalah ujian dr Allah..utk menguji sejauhmana kesyukuran kita selaku hambaNya..yg akan lenyap jua bila2 masa dikehendakiNya..
Moga Iffah sentiasa tampil dgn kekuatan dan kematangan bila diuji dgn kerumitan..
Nadiah..
Sangat sukar sebenarnya utk mengajar mrk erti kesusahan krn teori semata tanpa praktikal /amali sebenar yg dilalui..namun akak hrp mrk akan memahaminya suatu hari nanti..
ummiaisyah..
Salam ukhuwwah. Betul tu ummiaisyah..dh jd trend anak2 diajar dgn kesenangan..kita mungkin boleh mengajar mrk sedikit kesusahan wpun mungkin tdk spt kita dulu2..spt berjimat cermat, membiasakan mrk menggunakan sesuatu brg slg masih elok dlln....
aida..
Betul tu..Plg takut sbnrnya bila diuji dengan kebaikan, kekayaan atau kejayaan, kita leka serta lalai mengingatiNya.. wal 'iyazubillah..
Kak Ani..
Betul tu..moga2 kita sentiasa bersyukur dgn nikmat kurniaanNya ini..
fa10..
Akak pun sama..kdg2 rasa malu nak pandang kasut bila tgk kasut kwn2 yg lbh mahal dan elok..tp kesusahan itulah yg melahirkan kekuatan apabila bdepan dgn kerumitan..dan kita lbh menghargai..
Sungguh menginsafkan... bila melihat wajah anak2 rasa tidak tenteram.. terbayang masa depan mereka kelak..
Ya,anak-anak mesti di didik untuk bersyukur.
Nida..
Tanggungjawab kita amat besar utk mendidik mereka agar bahagia didunia dan akhirat..selamat berusaha menjadi ibu yg baik..mg kita berjaya..
makbonda..
Betul..kena ajar sejak dari kecil lg..sbb mereka masih mudah utk dilentur..
luruh jantung tgk gmbr anak org Cina yg di ikat tu...sedih dan sayu bila mebaca entry ni. terima kaish atas peringatan ni ;)
why the boy put the lock in the shoes.
Will sam bradford go to the nfl draft after this year is done? did he ever say yes or no? if he does go into the draft, who do you think he will get drafted by?
If he wins the Heisman and wins the BCS Title Game there would be no reason for him to stay. So if those two situations occur, then yes he's gone. Top 5 pick I don't know who..
sedih bace entri ni :(
Post a Comment