Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu
Hurairah r.a. :
Seorang muslim itu tidak ditimpa
sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana
kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang
menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan
(mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Musibah tidak pernah terduga. Malang
juga tidak berbau. Segalanya mendatang sekelip mata. Sebagai hamba, pasrah
adalah tanda kehambaan. Akur dengan ujian dari Sang Pencipta. Sebagai manusia biasa, dengan semangat dan
keimanan yang turun naik, kadang-kala ujian sebegini sedikit menguji. Namun, harus akur kerana rahsia Ilahi di balik mehnah dan ujian hanya akan tersingkap apabila manusia itu berfikir dan muhasabah.
Awal petang 7 Oktober yang lepas, saya terlibat dengan kemalangan kecil. Ketika sedang memandu pulang dari sekolah, sebuah kereta jenis Myvi bewarna hitam tiba-tiba keluar dari simpang dan melintas di hadapanku. Terpana seraya menekan brek, keadaan tetap tidak mampu dikawal. Pelanggaran tetap berlaku. Saya hanya mampu menutup mata sambil mulut menyebut Allahu Akbar..beberapa kali. Tersedar dengan jeritan Afiq.."Ummi..kereta ummi!..saya cuba menghidupkan enjin. Alhamdulillah..kereta diletakkan di bahu jalan. Orang sudah mula berkumpul. Kereta-kereta yang memanjang di jalan, ada yang berhenti di kiri kanan jalan untuk melihat apa yang berlaku.
Seingat saya, saya sangat bingung ketika itu. Dalam kebingungan saya memujuk hati agar tenang dan kuat. Syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal pada saya mahupun pada anak saya, Afiq. Yang remuk hanyalah kereta. Itu pun di bahagian hadapan berhadapan tempat duduk pemandu.
Pemandu Myvi, pemuda awal 20an dari Kedah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Marang, saya lihat agak pucat dan tangannya seakan terketar-ketar ketika membuka dompet menunjukkan jumlah duitnya..."Maaf, kak..saya student lagi, RM150 jer saya ada ni..." Saya tidak banyak bicara. Sesungguhnya saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Ini kali pertama saya berada dalam situasi sebegini. Nasib baik, orang ramai dan 2 orang polis ( kebetulan dalam rondaan ) menghulurkan bantuan.
Kami dibawa ke mekanik untuk menganggarkan jumlah kerosakan keretaku. Ketika di situ, barulah saya menelefon suami. Bila sahaja terdengar suaranya, saya rasa macam nak menangis, namun masih berjaya dikawal. Dia yang terlibat dengan perkhemahan di sekolahnya, segera bertolak pulang. Itupun memakan masa sejam lebih. Jadi, saya harus menyelesaikan perkara ini sendirian.
Setelah berbincang, saya dan pemuda itu bersetuju untuk buat report polis. Oleh kerana dia orang asing di situ, kami dengan kereta masing2..pergi bersama-sama ke balai polis yang terletak lebih 10km dari tempat kejadian. Memanglah lucu, dengan kereta yang remuk di hadapan..anda bayangkan mata-mata yang memandang..
Setelah berjam-jam melalui prosedur laporan kemalangan di balai polis, segalanya selesai. Terima kasih kepada anggota polis dan pegawai trafik yang bertugas. Saya melalui proses dengan cukup tenang kerana saya di pihak yang benar. Cuma, keretaku akan dibawa ke bengkel selama sebulan atau lebih bergantung pada urusan insuran. Sejak semalam dan seterusnya maka bermulalah sesi menumpang kasih ngan kereta kawan-kawanku untuk ke sekolah..Terima kasih semua kerana sudi membantu... Semoga Allah membalas jasa kalian.
Terima kasih juga atas sokongan dari ahli keluarga dan teman-teman kerana tidak putus-putus telefon, SMS dan mencatat di FB. Anda menguatkan semangat saya melalui musibah ini. Syukran jazilan!
PILU: Talib bersama isteri dan anak-anak tidak dapat menahan kesedihan
selepas mengecam mayat anaknya, Muhammad Farizuddin Talib, 19, yang
menjadi mangsa korban dalam tragedi kemalangan maut bas ekspres di
Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam tadi
Jika kita merasa berat diuji, ada lagi insan-insan yang lebih hebat menanggung beban yang meruntun jiwa. Takziah buat keluarga mangsa kemalangan ngeri yang meragut 12 nyawa di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara
Selatan di antara Hentian Pedas-Linggi dan Tol Plaza Simpang Ampat. Semoga tabah dan sabar menempuh dugaan ini.
8 comments:
انّا للہ و انّا الیه راجعون,semoga hlang trauma,akak pun baru kene uji sebelum Ramadhan hari tu. Tu sebab akak buat post http://makbonda61.blogspot.com/2010/08/karangan-pmr.html.
Atas kecaian,terlelap,sedang membawa bapak dan emak serta dua orang gadis.nasib baik tidak melibatkan orang lain.jadi iktibar selepas itu bila rasa mengantuk kena berhenti memandu.
Alhamdulillah semua selamat~ ^^
Alhamdulillah..
Syukur anak dan ibunya 2-2 selamat. Semoga trauma makin reda..
P/s: tumpang pilu dengan gambar parents mangsa bas express..
'Ya Allah..janganlah aku diuji dengan ujian yg begitu berat..jauhilah dari sebarang musibah.."
makbonda> Alhamdulillah. Makbonda & keluarga pun selamat mcm saya juga. Ada hikmah di sebalik musibah ini. Moga lebih berhati2 lepas ini. Insya Allah, Allah akan melindungi..
Farhah > Alhamdulillah.
wfaiziah> Sangat meruntun jiwa. Kalau la kita ditempat mereka, kuatkah kita melawan ujian itu? Minta dijauhkan dari semua itu. Insya Allah.
betul tu... kene kuat semangat..redha dan yakin pada Allah
Cery> Sangat setuju...Insya Allah! Bertambah semangat & Yakin..
It should describe your products in general, shipping methods, and guarantees.
Post a Comment