Monday, April 05, 2010

Masa & Kehidupan

Salam seindah suria..


"Masa adalah kehidupan" itulah ungkapan yang pernah disebutkan oleh as Syahid Hassan Al Banna seorang tokoh mujaddid dan mujahid abad ke 20. Ada pepatah yang menyebutkan 'time is gold' iaitu 'masa itu emas' tetapi emas masih boleh dibeli sedangkan kehidupan yang berlalu tidak akan diperolehi semula walau kita menangis air mata darah, walau kita gadaikan seluruh kekayaan yang kita ada.

Seorang hukama' menyebut 'umur yang panjang janganlah dipendekkan dengan tidur'. Bayangkan sehari kita tidur 12 jam, jika kita hidup hingga berusia 60 tahun jadi 30 tahun daripadanya kita telah habiskan dengan tidur. Alangkah ruginya....kehidupan di dunia sementara ini yang sepatutnya kita jadikan medan untuk mencari bekalan untuk kehidupan Akhirat yang kekal abadi terabai begitu saja.

Hassan Al Basri pernah menyebut "Umur adalah hari-hari yang terkumpul" apabila berlalunya satu hari maka terungkailah sebahagian daripada umur kita, dan masa yang berlalu itu tidak akan berulang kembali.

Yusuf al Qaradawi berkata "Sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas walaupun pada saat-saat bahagia kita rasakan seolah-olahnya masa begitu pantas tetapi ketika saat-saat kesedihan masa seolah-olahnya begitu lambat berlalu, pada hakikatnya masa itu terlalu pantas seperti awan yang berlalu" Alangkah ruginya mereka yang mensia-siakan tempoh kehidupan yang seketika ini sedang mereka akan menanggung akibat yang kekal abadi di Akhirat nanti. Bayangkanlah satu hari di Akhirat adalah seperti 100 tahun di dunia. Sanggupkah kita menempuh azab Neraka Allah walau sesaat.

Berpegang pada kata-kata As Syahid Imam Hasan Al Banna : "Kewajipan itu lebih banyak dari masa yang kita ada." Saya berdoa agar minggu ini khususnya, saya ada cukup masa untuk menunaikan tugas dan amanah yang terpundak di bahuku ini.  Banyak perkara muncul dalam satu masa.  Mengelola dan mengurus kem pemantapan solat untuk pelajar  di sebuah resort hujung minggu ni yang sudah berbulan dirancang. Dalam masa yang sama saya terpaksa bergegas menghadiri kursus dan beberapa tugasan lain masih menunggu untuk segera disiapkan.

Sebut pasal kesibukan ni, saya teringat yang minggu lepas muka depan Berita Harian ( klik sini untuk baca ) ada memuatkan bahawa sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas guru yang dikatakan memberi tekanan dan keseksaan kepada guru. 

Seksa ke jadi cikgu ni? Bagi saya terpulang lah pada sejauhmana  guru meng 'adaptasi'  situasi kerjaya  yang dilaluinya. Namun, kata orang kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang. Kalau guru tiada masalah dan bebanan masakan ada isu "seksa" ni. Tunggu dan lihat la apa agaknya hasil kajian yang akan dibentangkan nanti. Atau mungkin kalimah "seksa" itu terlalu berat bagi yang sentiasa memandang mudah pada tugas seorang guru sehingga sanggup melontarkan kata-kata yang cukup pedih untuk dihadam. 



Sehingga bersua kembali..

9 comments:

deena farhana said...

salam kak UA,

kita sentiasa diingatkan dengan hal sebelum tiba 5 perkara..jika kita menyedari itu semua, insya Allah..hidup kita tidak sia-sia..

Betapa mulia tugas seorang guru :)

Ibuhani said...

betul tu.....rugi jika masa disia2kn sbb kita x akan dpt balik masa yg terlepas tu....

tajnur said...

Salam!
Pada zaman Daulah Islamiyyah, byk perkara dan kebajikan boleh dibuat dalam satu masa sehinggakan Siti Aishah r.anha menjadi mufti dlm usia 15 tahun, begitu juga Imam Syafi`e menjadi mufti diBaghdad dlm usia belasan tahun. Muhamad bin Qassim menjadi Ketua Panglima Perang menawan Afghanistan ketika usia 21 tahun. Tetapi bila kita berada diluar pusingan Islam (sejak jatuh Daulah Uthmaniyyah) byk perkara kebajikan yg tidak dpt dilakukan, malah kematangan fikiran org Islam semakin merosot sehingga tidak tahu apa yg berlaku skrg dan sibuk mengejar kemahuan sistem barat. Umat Islam telah jauh dari AlQuran. Namunbegitu dlm Surah 39:53 Allah berfirman, Wahai hamba2Ku yg memboroskan diri mrk (masa, ilmu dan kebajikan), jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.` Kita sendiri tahu macamana nak mengaturkan masa dan penghidupan kita terhadap Allah SWT. sebagai `basic needs` iaitu makan, minum, berpakaian dsb. Wallahualam

ibunoor said...

Masa...mmg sgt cepat berlalu...nak pula di akhir2 zaman begini...

Moga kita tidak berada dlm kerugian...nauzzubillah...

Nida n' Hanafi said...

Salam Kak UA...

Bagi pendapat Nida, bukanlah seksa sangat menjadi guru ni, cuma kadang2 terkilan apabila kerja2 admin mengatasi kerja yang sepatutnya kita lakukan iaitu mengajar. Gurulah kerani, gurulah jurulatih, gurulah guru pengiring, gurulah bendahari, gurulah pengurus itu dan ini.. segala2nya dipundak guru.. mengajar dah jadi nombor 2... wallahualam sekadar pendapat peribadi yg pernah mengalami itu semua.

islami98 said...

Hati seorang guru hanya akan merasa seksa tatkala hatinya benci menatap dugaan~seorang guru yg baik adalah guru yang ikhlas mencurahkan baktinya untuk membentuk generasi...Pun begitu,setiap lelah guru mengajar dan mendidik setiap satu lelah itu dibalas berganda-ganda oleh Allah..Moga guru-guru yg dimaksudkn ini sentiasa berada dlm kerahmatan dan kekuatan utk menghadapi cabaran yg mendtg...

Meski baru berusia 12 thn, hati kuat mengatakan ianya semakin singkat...makin mendekat...Sedangkan waktu ITU semakin menghampiri...

Ngeri...Ngeri...Ya Allah...Peliharalah iman ini utk agamaMu semata~

Terima kasih krn beri peringatan...
Moga terpilih sbg hambaNya yg beriman..-islami98

http://islami98.blogspot.com/

Ummu Ammar said...

deena..

Syukran atas coretan..betul tu, ingatlah 5 perkata sblm dtg 5 perkara..masa lapangmu sblm masa sibukmu..itulah yg selalu diabaikan..

Kak Ani..

Yup! Masa tak dapat dikutip kembali wpun berapa harganya sekalipun..

Ummu Ammar said...

tajnur..

Memang hebat sekali semangat dan tahap perjuangan tokoh-tokoh Islam kita..tak terjangkau rasanya dek kelemahan yg ada pd diri kita...

ibunoor..

Insya Allah..Moga kita sentiasa berada dalam kebaikan bukan kerugian..

Ummu Ammar said...

Nida..

Setuju sgt..tugas mengajar yg utama telah ditenggelami dgn berbagai2 tugas-tugas sampingan..guru hanyalah insan biasa, punya kelemahan dan kekangan tersendiri..best jd cikgu dulu2..takde terhimpit dgn mcm2 tugas mcm cikgu hr ni..

islami98..

Bg saya apa yg seksanya jd cikgu ialah..apabila hanya mampu mengajar tetapi tidak mampu mendidik dalam masa yg sama....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...