Darwisya Adriana Rozali, 3 tahun dan Darwish Adrian, 2 tahun
mungkin hanya kanak-kanak biasa seperti anak-anak kita ..
Mungkin ibubabapa mereka jua biasa-biasa macam kita juga..
Namun, di kala anak-anak galak menghafaz nursery rhymes,
mereka berdua 'bercinta' dengan kalamullah..
Di saat anak-anak kita menyanyi lagu-lagu popular,
mereka berdua bergelumang menghafaz ayat-ayat cinta Ilahi..
Itulah bezanya..
Sejuk mata melihat, sejuk hati memandang..
Mungkin tercetus keinginan mendidik anak-anak seperti mereka dididik..
Klik sini untuk baca pengalaman ibubapa mereka..
Selamat mencuba..masih belum terlambat..
Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. (HR ath-Thabrani).
9 comments:
yer.. selalu buka blog perjalanan si kecil ni... semuanyer perlu bermula dari ibubapa.. kan?
alhamdulillah..inilah yg kita mau..moga mereka menjadi permata agama di hari mendatang kelak..
sy agt tertarik dgn cite ni semalam...patut dijadikan contoh yg baik utk parent2 semua...
sejuk perutibu mengandung..
Alhamdulillah... semoga banyak lagi benih2 yang baik dan subur bercambah di muka bumi ini
Che Sue..
Tepat sekali.ibubapa yg soleh membentuk anak2 yg soleh/hah dan sebaliknya..
deena..
Moga lebih ramai lg generasi AL Quran dibentuk dan dilahirkan..Insya Allah..
Nadia..
BEtul tu..moga jadi tauladan buat semua ibubapa..yg terbaik untuk anak2 kita..Insya Allah!
Nida..
Insya Allah. Ia memerlukan pengorbanan yg bukan sedikit buat semua ibubapa terutama dunia masakini yg penuh ranjau..
anak2 yg comeyl luar dan dalam...insya Allah baby SN pun akan jd anak soleh utk mommy
Yatie.
Insya Allah.sama-sama lah kita berusaha ye dik..
Post a Comment