Wednesday, October 13, 2010

Rendang Daging


Salam buat semua..

Lama sudah tidak berkongsi resepi. Hhmmm..ni sebenarnya post yang tertangguh. Rendang daging ini sempena jamuan Raya bilik guru hari tu, namun lepas Raya baru  berjaya dipublishkan. Cerita pasal rendang ni, ada macam-macam jenis rendang dan pelbagai kaedah dan resepi memasaknya. Saya suka yang ini. Senang dan mudah. Terima kasih buat Chef Hanieliza.



Bahan-Bahan:

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik
1 s/besar gula merah
garam


Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin  sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

 Selamat Mencuba!

12 comments:

Nadiah Sidek said...

salam kak...akak sihat: lama dah nadiah tak ke sini..huhu..

nadiah kalau buat rendang, tak guna kerisik. style masing2, kan? nadiah lebih suka rendang ayam dpd daging. dagig jarang2 sgt la nadiah mkn sbb kurang minat. eh tapi sukaaaa sgt serunding daging sbb dagingnya hancur2. hee~

Nadiah Sidek said...

* typo la kak...septtnya lps ayat 'akak sihat' tu letak tanda soal..gi letak titik bertindih pulak :p

Cery said...

salam kenal...saya pun suke resipi haniliza..sume best2... salam kenal ye..jom ke blog saya..tukar2 followers dan blog list

Ummu Ammar said...

Nadiah > Akak sihat. Alhamdulillah semangat pun dah makin pulih. Lain org lain citarasa kan? Akak plak suka rendang daging berbanding ayam and akak suka ltk kerisik lbh untuk rendang...hihihi..tp akak pun suka serunding daging..mkn ngan nasi panas tak payah lauk lain pun takpe..

Ummu Ammar said...

Cery> Salam ukhuwwah. Betul tu..chef hanieliza mmg pakar masakan pilihan saya juga. Insya Allah, nanti saya singgah blog anda yer.

Bintun Sazali said...

Subhanallah!..sedapnye!!!..menyelerakan!..hehe..

syukran atas perkongsian ya ustzh!..:)

deena farhana said...

wah sedapnye..deena nak test la..hehe

haszuraidah ishak said...

terliurnyer tengok..dah lame tak makan!!

Ummu Ammar said...

Nadiah > Belum rasa macam mana tahu sedap? hehehehe..tp Johor punya rendang lain ramuannya kan?...

Ummu Ammar said...

deena > cubalah..simple jer..pasti lebih sedap bila deena yg masak...:D

has > Kalau teringin boleh cuba buat sendiri...cuba..jgn tak cuba..

Bintun Sazali said...

agAknya kot ustzh..hehe..sy belum pndai msk rendang2 ni...;p

insya allah,akan bljar!..:p

Ummu Ammar said...

NAdiah > Kena belajar masak tau..kurang keistimewaan seseorg perempuan itu jika dia x pandai msk..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...