Salam mesra buat semua..
Kali ini saya ini berkisah tentang hero pertama saya, Ammar. Selain games dan bola sepak, perkara yang sinonim dengannya ialah makan. Memang dia aktif dan tidak duduk diam tapi dia aktif makan juga. Kadang-kadang selera makannya sangat merisaukan saya. Bayangkan umurnya baru 7 tahun tapi beratnya sudah mencecah 40kg.
Dek kerisauan tu la kadang-kadang ummi membataskan dia makan itu dan makan ini walaupun dia nak sangat. Bila keinginannya tidak dipenuhi, dia akan memberontak dan menangis. Betulkah tindakan saya ni...?
Jika anda ada tips berguna untuk saya, bolehlah berkongsi dengan saya untuk menangani situasi ini dengan baik tanpa melibatkan "tekanan" perasaan pada anak tersayang.
Saya ingin menampal artikel menarik tentang menangani kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan ( dah lupa link asalnya ). Mungkin ibu-ibu yang berhadapan situasi sama dengan saya, boleh mengambil tips yang berguna untuk si comel kesayangan anda .
Apakah cara untuk membantu anak yang berlebihan
berat badan?
- Pengambilan yang dihadkan
- Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.
- Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
- Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.
- Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.
- Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.
- Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.
Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda
kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk
keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.
- Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
- Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik.
- Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.
- Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.
- Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan
- Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.
- Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah
- Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.
- Galakkan anak anda makan secara perlahan
- Seorang kanak-kanak boleh merasa kenyang apabila makan secara perlahan.
- Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh
- Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.
- Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
- Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
- Rancang waktu snek
- Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.
- Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.
- Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
- Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.
- Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda
7 comments:
bapa sedara nadiah pun alami masalah yg sama dgn anak dia (sepupu nadiah la). makan memang tak berhenti2. risau kecik2 lagi obesiti. kdg2 bapa sedara nadiah terpaksa jadi 'kejam' la..hadkan jumlah makanan kat anak2 dia tapi payah juga la sbb time dia kerja, pengasuh layan je selera sepupu nadiah tu. sepupu nadiah tu kecik lagi...5 tahun kot umurnya
salam ...
Nida pula terbalik... anak2 semuanya jenis susah nak makan.... seronoknya andai sesekali mereka kuat makan:)
NAdiah > Memang sama. Kdg2 akak pun terpaksa bersikap kejam jugaii...hihihi.. Kat rumah mmg kurangkan snek sbb selagi ada dia akan habiskan...antara cara lain akak slow talk ngan dia..pujuk dia baik2..kdg2 berbekas gak tp kdg2 dia tak ikut pun..
Nida > Mesti risaukan kalau anak susah nak makan..tp kalau kuat makan pun risau juga..hehehe...moga2 anak kita membesar dgn sihat, cerdas dan cergas..itu sudah cukup nikmat..
Sebaiknya Ummuammar bawa ammar jumpa pakar pediatrik dan juga dietitian untuk cari penyelesaian yang terbaik utk ammar, mereka boleh bagi jalan untuk menu makanan yang terbaik untuk ammar. Saya rasa itu yang terbaik kerana kalau tanpa ilmu takut pendekatan kita tidak betul. Bukan apa masalah obesiti semasa kanak-kanak akan menyebabkan risiko masalah kesihatan di masa dewasa nanti sebagai contoh diabetes mellitus.
ibuaiman > Sangat menghargai catatan dr ibuaiman..betul, itulah sebaiknya. Insya Allah akan diusahakan..
assalamualaikum Ummu Ammar
anak2 ummu pula jenis susah nak makan,kena berikan spirulina pastiles, barulah mereka selera nak makan.
Post a Comment