Wednesday, May 04, 2011

Seorang Yang Bernama Osama Bin Laden

Salam mesra..

Pembunuhan Osama bin Laden (kalau benar seperti didakwa Amerika) telah disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat Amerika dan seluruh dunia kafir. Apa perasaan anda pula, selaku saudara seakidah dan seagama dengan Osama bin Laden?? Peliknya, ada juga yang melompat-lompat kegembiraan dan merasa lega kerana perginya seorang "pengganas" yang paling dikehendaki di abad ini. Beranggapan dengan terbunuhnya Osama, dunia lebih aman dan selamat. Tidakkah disedari bahawa pengganas sebenar masih "hidup" dan  masih  berkuasa merampas nyawa dan kehidupan saudara-saudara kita di Palestin..siapa lagi kalau bukan Israel, Amerika dan sekutu-sekutunya..!



Saya suka untuk berkongsi respon ulamak kita, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang saya baca di FB. Moga dapat manfaat bersama.

  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
        Sekian, wassalam.

       TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
       Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

6 comments:

Makbonda61 said...

Assalamualaikum.

Syahidnya Osama akan melahirkan seribu Osama lagi.
Maha besarnya Lidah Allah,satu persatu terserlah,siapa yang menyokong dan siapa yang menolak kebangkitan Islam.

Allahuakbar.

Alan Rizque said...

Mungkin juga watak Osama itu dicipta Amerika untuk memburukkan dunia Islam dan menghalalkan serangan ke atas Iraq dan Afghanistan.

Besarnya kuasa Allah,apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ramai masyarakat barat ingin mengetahui lebih mendalam tentang Islam dan ramai juga yang memeluk Islam.

Jika betul Osama wujud dan telah mati, semoaga rohnya dicucuri rahmat.

Fadzli Amir said...

Salam..baru kini terserlah siapa yg menjadi sahabat kepada yahudi...cakap banyak pun tak guna....sama je amerika dan org yg seronok atas kematian osama...

Ummu Ammar said...

Makbonda..

Waalaikumussalam..Allahu akbar!
Kafir laknatullah tak akan berhenti untuk menghapuskan Islam di muka bumi ini. Satu-persatu rancangan mereka lakukan, umat Islam yang rapuh iman begitu mudah terpedaya..sehingga mengutuk saudara seislam sendiri..

Ummu Ammar said...

Alan Rizque,

Setuju dengan anda. Osama bin Laden adalah mangsa talam dua muka - Amerika dan Yahudi - di mata dunia. Kononnya mereka raja keamanan!

Ummu Ammar said...

Fadzli Amir,

Betul tu. Mereka anggap kalau tak sokong Yahudi & Amerika, nanti susah..sedangkan kekuasaan dan janji Allah diragui dan dikesampingkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...