Salam mesra pembuka bicara selepas lama tidak bersiaran kerana sibuk ”berkorban”..
Dua minggu sebelum cuti sekolah, bagi guru-guru yang memohon pertukaran akan menerima surat jawapannya. Sudahku duga permohonan saya untuk bertukar ke Kuala Terengganu tidak diluluskan kerana tiada kekosongan. Nampaknya suamiku terpaksa berulang alik dari rumah sewa kami di Setiu ke sekolahnya di Kuala Terengganu yang jaraknya 65km lebih setiap hari. Termasuk Ammar yang menjadi teman sekolah abinya. Pukul 6 pagi dah nak kena siap-siap untuk bertolak. Hidup ini memang memerlukan pengorbanan.
Bukan ku tak sudi mengajak suami bertukar ke sini. Kawan-kawan yang duk sini dah ramai yang memujuk. Ajak berjiranlah dan sebagainya. Saya pun sebenarnya suka dengan situasi kat Setiu ni..tenang dan panorama yang menghijau je, jalan pun takde jam, sunyi sangat sampai kadang-kadang saya tak tahu nak buat apa dan nak pergi mana kat Setiu ni..hihihi..jangan marah orang Setiu..
Alasan nak bertukar ..sebabnya ialah kami dua-dua asal dari Kuala Terengganu. Tambah lagi orang tua, adik-beradik, kerabat-kerabat majoriti tinggal di sana. Paling utama tanah untuk membina rumah kami nanti juga di Kuala Terengganu. Itulah sebabnya kami buat keputusan nak menetap di Kuala Terengganu..
Bercakap pasal pertukaran ni, saya menerima khabar seorang kawan saya yang mengajar di Johor Bharu sementara suaminya bekerja di Terengganu masih belum lulus utk bertukar. Sudah masuk 5 tahun rasanya mereka berjauhan. Saya turut merasa sedih dan amat memahami situasi yang amat memberi tekanan itu. Bak kata pepatah..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Pernahkah anda mengalami PJJ atau perhubungan jarak jauh? Omputeh cakap long distance relationship. Pada zaman canggih ni, PJJ adalah satu perkara biasa. Suami di utara isteri di selatan. Isteri di barat suami di timur. Ada pulak yang PJJ sampai luar negara disebabkan tuntutan belajar, mencari rezeki, urusan kerja dan sebagainya.
Saya pernah melalui perhubungan jarak jauh ini dengan suami saya selama 6 tahun (2002 -2007) sejak mula kami berkahwin sampai dikurniakan dua anak. Saya dipostingkan ke Segamat, Johor sementara suami saya di Terengganu. Saya memilih untuk membawa anak-anak bersama saya. Susah senang biarlah anak-anak bersamaku. Kami hanya berjumpa di hujung minggu setiap satu atau dua minggu sekali. Kadang-kadang kalau suami ada kerja atau kursus ke apa ke..pernah sampai sebulan setengah tak jumpa.
Biasanya suami saya lepas sekolah hari Khamis ( Jumaat dan Sabtu adalah hjg minggu di Trg) terus drive ke Segamat melalui perjalanan yang panjang 7-8 jam. Nanti petang Sabtu dia akan drive pulang semula ke K Terengganu. Memenatkan bukan?
Setiap petang Sabtu dahulu bagi saya adalah petang yang murung dan menyedihkan. Kerana ia melambangkan perpisahan sementara kami. Masa anak-anak saya di awal usia ia adalah situasi yang sangat memberi tekanan. Masa abinya nak bertolak pulang, Ammar ( dalam usia 2-3 tahun masa tu..) akan pegang kaki abinya tak nak lepas-lepas sambil menangis-nangis. Anak sekecil itu pun sudah perit untuk berpisah. Apalagi, ummi dia pun menangis sekali. . Suami saya pun berat hati sangat nak balik setiap Sabtu. Jadi untuk mengawal situasi itu, biasanya kami akan tidurkan Ammar supaya dia tidak meragam bila melihat abinya bertolak. Alhamdulillah, bila dia dah besar sedikit, dia mula memahami situasi tersebut dan mudah apabila dipujuk. Percaya atau tidak bila tiba petang Sabtu, saya masih merasa “trauma” itu sampai sekarang..tapi dah kurang la sikit..
Banyak sangat dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi dalam tempoh 6 tahun PJJ ini. Hanya yang pernah melalui akan tahu perit dan getirnya ujian yang memerlukan kesabaran dan ketabahan. Saban tahun bila pertukaran saya tidak diluluskan, pasti air mata saya berjujuran apatah lagi sahabat-sahabat yang seperjuangan semuanya satu persatu dapat pulang berkhidmat di negeri dan daerah masing-masing setiap tahun. Zalipah ke Tanjung Karang, Fara ke Muar, K Haslinah ke Kelantan, Lin ke Kulai, Ros ke JB, K Ina ke Melaka, begitu juga Hanim ke Melaka. Sape yang tak sedih..kan? Nasib baiklah rakan-rakan guru di SMKAS sangat memahami dan memberi semangat untuk terus bangkit terutamanya K Fiza, Huda, Zue, Zai, K Naz dan lain-lain...thanks for everythings!
Memanglah di zaman serba canggih ni, berjauhan bukanlah penghalang untuk berkomunikasi. Namun hanya suara yang menjadi penghubung tanpa jasad adalah sesuatu yang tidak normal terutama anak-anak saya yang sedang membesar ketika itu. Banyak sebenarnya yang nak diceritakan tapi cukuplah itu sebagai gambarannya. Alhamdulillah tanggal 28 Disember 2007 adalah titik pengakhiran segala kesukaran itu. Saya mendapat khabar gembira tentang kelulusan pertukaran saya. Walaupun masih di luar daerah Kuala Terengganu tapi kami mampu bersama setiap hari. Dan hari-hari kami lebih tenang dan ceria berbanding dahulu..Segamat tetap dalam kenangan!
Buat anda yang melalui fasa PJJ ini saya mendoakan ketabahan mengiringi setiap hari-hari yang dilalui. Sabar itu memang pahit tapi akan manis akhirnya. Beberapa tips mengutuhkan hubungan semasa PJJ yang boleh saya kongsi di sini untuk teman-teman :
- Bersikap jujur antara satu sama lain. Itulah kunci kesetiaan dan kebahagiaan.
- Sentiasa berdoa dan solat hajat memohon pertolongan agar dipermudahkan urusan.
- Saling memberi semangat dan motivasi antara satu sama lain
- Elakkan pergaduhan apabila bertemu.
- Fahami situasi bahawa si dia tidak akan selalu berada bersama anda apabila anda memerlukan seseorang untuk bersedih.
- Jangan mengalah kepada godaan yang semestinya banyak.
- Pastikan untuk berhubung antara satu sama lain sekerap yang mungkin.
- Apabila anda bersama, gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Hayati masa yang diluangkan bersama.
- Wujudkan saat istimewa yang menjadi kenangan indah apabila anda bersama seperti pergi bercuti dan meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak
- Lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan perasaan sunyi dan jangan sesekali melayan perasaan kerana ia akan menambahkan lagi tekanan.
6 comments:
Salam Ukhti Ummi....
Duduk berjauahn dgn suami dan pertukaran sekolah tak seperti yg kita harapkan mmg dah jd perkara biasa bagi kita golongan cikgu ni. Namun apakan daya,demi anak bangsa..ianya betul-betul menuntut pengorbanan. Semoga pengorbanan yg dilakukan akan dibalas dgn seribu kemanisan akhirnya..
Ayu sempat jugak alami pengalaman PJJ...Ayu di JB, suami di KB...tapi mujur tak lama dan alhamdulillah, dah rezeki agaknya dpt duduk dgn suami....
Salam Ayu..
Betul tu Ayu, sebagai guru kita kena redha dengan PJJ ni demi tanggungjwb anak bangsa yg perlu diutamakan.
Namun yang tak berapa sukanya bila ada org potong line dan dapat tukar dgn guna 'kabel'atau pengaruh tertentu..sedangkan org yg lama menunggu giliran terus-terusan dihimpit kesukaran PJJ ni..
Salam Pah,
masih belum dpt tukar ye? nak wat camna.kalau ada kebel cepat dpt kan.reda je la.. ada hikmah disebalik..harap2 saya dpt posting kat kt bila blk nanti.
Mizah..
Br 2 thn..pengetua payah sikit nk lepas kalau blum cukup 3 thn...tp semua tu bergantung atas kekosongan dan rezeki dr Allah..
Insya Allah mudah-mudahan kita bdua dpt transfer kt ktrg..
salam..
kekadang ada bestnya gak PJJ ni.. w/pun x best.
cuba lihat melalui pandangan yg lain.. terutama dlm membentuk sahsiah diri & meningkatkan daya tahan & semangat juang dlm diri dan bnyk lagi.. ini antara cara Allah mendidik & menguji kita semua. kepada yg selalu senang, ingatlah.. bukan semua yg x baik itu ujian dr Tuhan.. sabar & redha paling penting kan..
myself..
Saya setuju pendapat anda..banyak hikmah yg tersembunyi di sebalik apa yg terjadi. Ujian, cabaran dan pengalaman mematangkan diri dan membentuk daya juang yang tinggi..
Kdg2 kebahagian dan kekayaan pun ujian dr Allah juga..nak menilai sejauhmana kita bersyukur..
Post a Comment