Thursday, December 22, 2011

Jangan Permainkan Agamamu!



“Saya tidak tukar agama, bukan seperti apa yang dilaporkan. Saya lahir sebagai seorang muslim, kini masih seorang muslim dan akan mati sebagai seorang muslim. Tidak akan ada apa yang akan merubah kepercayaan saya” - Ariff Alfian Rosli

Saat membaca  pengakuan Ariff Alfia, emosi saya terasa berapi. Sanggupkah dia mengaku setia dengan Islam dalam masa yang sama mencemarkan agama suci ini dengan perbuatan yang dilaknati agama?

Tidak sedarkah dia orang-orang kafir bertepuk gembira kerana umat Islam sendiri sudah terjerumus dan lemas dalam seksualiti terbuka yang selama ini mereka agungkan. 

Tidak tahukah dia homoseksual mahupun lesbian telah disepakati ulama sebagai haram tanpa seorang pun ulama berselisih tentang keharamannya itu?

Tidak terasakah dia betapa luluh hati dan jiwa ibubapa yang melahir dan membesarkannya siang dan malam? Anak yang dianggap umpama sinar kehidupan yang akan pulang dengan kejayaan, menconteng arang ke muka mereka, malah mengguris hati seluruh umat Islam ~  iaitu melakukan perbuatan menjijikkan yang dilaknat Allah dan dibenci oleh Rasulullah SAW.


Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth” (riwayat Ibnu Majah). 

Daripada Ibn Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (beliau mengulanginya sebanyak tiga kali)”. (riwayat al-Nasa’i dalam al-Sunan al-Kubra IV/322 No. 7337)

Kisah Arif Alfian mungkin antara satu dari banyak lagi kesongsangan fitrah dalam masyarakat Islam kita. Sama-samalah kita mengingati dan mengambil iktibar kisah di saat Allah menterbalikkan bumi warga Sadum (negeri kaum Luth). Bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.

Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`. Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

2 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Semoga dia kembali kejalan yg benar.. semoga kita dilindungi dari segala kemungkaran..

Ummu Ammar said...

Zefa,
Betul tu. Moga Allah memberinya hidayah dan meloronginya ke jalan yang benar. Insya Allah...kita sama-sama doakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...