Pantai Mangkuk, Setiu, Trg. |
Cuaca agak baik hari ini. Matahari memancar terang. Saya dan keluarga mengambil peluang bersantai di Pantai Mangkuk. Berbanding pantai-pantai di sini, Pantai Mangkuk belum pernah kami jejaki biarpun sudah menghuni di sini hampir 4 tahun. Namanya memang unik. Saya tidak pasti pula apa kaitan "mangkuk" dengan asal-usul pantai ini. Mungkin bersempena nama Kg Mangkuk iaitu kampung di pinggir pantai ini.
Pantai Mangkuk terletak bersebelahan Pantai Penarik, Pantai Rhu Sepuloh, Pantai Bari dan Pantai Merang di daerah Setiu, Terengganu. Pantai-pantai ini masih cantik dan terpelihara dengan keindahan alam semulajadi. Kalau tak silap penggambaran filem (Bunohan) pun dibuat di salah satu pantai di sini.
Maaf, gambar kurang jelas, guna hp. |
Ada dua perkara yang menarik perhatian saya selain dari keindahan pantainya. Pertamanya, pokok rhu pantai yang tinggi berbaris, sungguh cantik mata memandang. Mengingatkan saya salah satu sudut di Al Muntazah Park, Iskandariah, Mesir.
Dibarisi pokok-pokok rhu pantai |
Kedua, Terrapuri Resort yang terletak tidak jauh dari pantai. Resort yang dilengkapi dengan chalet rumah-rumah tradisi/lama yang diambil dari serata Terengganu dan dinaiktaraf dengan sempurna. Tak percaya? Cuba klik sini. Kalau berminat untuk sebuah percutian yang sunyi dan jauh dari kesibukan kota, berkunjunglah ke sini.
Pic ~ google |
4 comments:
yelah Ummu Ammar.....cantik pokok rhu dia....cam tersusun jer!!!
Kak Ani,
Yang real lagi cantik..nak buat filem hindustan pun ok gak ni...berlari-larian di celah-celah pokok rhu..:D
Kami beberapa kali ke Rhu 10 walaupun agak jauh dr rumah mak (MIL) sbb tarikannya yg tersendiri.. tp ni baru dgr tentang pantai mangkuk.. ayah Yusuf tak pernah cerita pula.. tkasih UA utk info ini.. :D
Zefa,
Ye ke? Kalau begitu, nanti ajak ayah Yusuf ke Pantai Mangkuk. Tapi pantainya agak sunyi sikit sbb jarang orang ke sana. Pantai Rhu Sepuloh lokasinya strategik sebab tu ramai orang.
Post a Comment