Thursday, December 08, 2011

Kuasa Masakan


Memasak selalu dikaitkan dengan kasih sayang. Contohnya, seorang ibu akan memasak tanpa jemu untuk memastikan anak-anak tidak kelaparan dan akan mendapat khasiat dari masakannya. Seorang isteri selalunya menambat hati suami dengan masakannya. Sedar atau tidak, kuasa masakan adalah sungguh besar. Ia umpama penyatuan jiwa. Kata orang, memasaklah dari hati maka akan berbekas di hati insan yang merasa.


Memasak adalah hobi saya, biarpun tidak sepakar mana. Jadi, kehadiran program realiti Masterchef Malaysia memang kena dengan minat saya.  Berbanding Masterchef edisi negara luar, Masterchef Malaysia lebih dekat di hati dari aspek bahan-bahan yang digunakan terutamanya. Sekarang jika  ada kelapangan, pasti saya akan menonton. Suami dan anak-anak pun turut sama. Banyak yang saya belajar dari chef terkemuka mahupun dari kreativiti dan bakat peserta. Sedikit sebanyak ada juga yang dah diaplikasi di dapur sendiri. Jurinya, pastilah suami dan anak-anak.:)

2 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Assalamualaikum UA. Sy jarang tgk tv sbnrnya, tp baru2 ni gigih mengadap tv sbb nak tgk Master Chef buat kali pertama selepas terlepas beberapa episod, penangan rakan2 blogger yg selalu cerita tentang 'kebestsannya'.. hihi..

Ummu Ammar said...

Zefa,
Waalaikumussalam.

Situasi kita sama. UA kalau terlepas, qada' tengok kt youtube. Banyak perkongsian ilmu sebenarnya. Lebih-lebih lagi masak-memasak adalah rutin kita seorang ibu dan isteri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...