Tuesday, December 13, 2011

Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah


Video seumpama ini pernah kami tayangkan pada sambutan Maulidur Rasul yang lepas. Dengan suara lunak dan sayu yang dilantunkan seorang pelajar, seluruh dewan sekolah hening dan sunyi. Kelihatan beberapa orang guru menitiskan air mata. Sungguh, saya sendiri terpukau dengan situasi tersebut, lebih-lebih lagi kebiasaannya pelajar-pelajar tidak betah berlama-lamaan dalam program ceramah dan keagamaan seperti ini. Tapi kali ini, suasana cukup berbeza. 

 Saya kongsi sebahagian dari video tersebut (part2)

Video credit : zikrifuad

Sesungguhnya kami merinduimu ya Rasulullah..

8 cara untuk mencintai Nabi
(dipetik dari blog Ustaz Amin)

1. Mengenal Nabi
Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidupnya yang tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi

2. Berselawat ke atas Nabi
Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya
Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dala masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada Ummah sekeliannya

4. Membuat amalan disukai Nabi
Antara perkara yang Nabi suka ialah menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim, memberi makan orang yang susah, membantu orang kesempitan, menyampaikan hajat muslimin dan menasihati orang yang lupa

5. Menghindari perkara yang Nabi benci
Antara perkara yang Nabi benci ialah syirik, menentang sunnah baginda dan berbohong di atas namanya

6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain.
Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.

7. Mendampingi penggantinya
Iaitu mendampingi alim ulama dan mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa
Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzekikan mencintai Allah dan Rasulnya

Inilah lapan cara bagaimana ingin mencintai Nabi. Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda.

2 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Terima kasih UA utk perkongsian ini. Tp tak dpt buka video tu.. broadband dah sampai limit. Huhu..

Ummu Ammar said...

Zefa,
Sama-sama. Takpe. Lepas dah bayar nanti boleh tengok yer..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...