Wednesday, December 14, 2011

Telur Dadar Sosej

Salam mesra,

Sajian sampingan untuk hari ini ~ telur dadar sosej. Telur dadar adalah masakan ringkas  kegemaran semua. Ia cepat dan mudah disediakan. Ada banyak cara menjadikan telur dadar anda lebih meriah dan lazat. Antaranya ialah dengan menambah sosej dan sayur-sayuran di dalamnya. Sangat sedap sehinggakan anak-anak makan begitu sahaja tanpa nasi. 


Bahan-bahan :

4 biji telur
1 biji bawang Holand
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 batang sosej
Daun bawang
Daun sup
Sedikit lobak merah
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
  1. Pukul telur dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam
  2. Bawang dan tomato dipotong dadu kecil-kecil
  3. Hiris cili merah, daun bawang, daun sup dan lobak merah
  4. Hiris sosej nipis-nipis (agar mudah masak)
  5. Campurkan semua bahan dan kacau rata
  6. Goreng dalam kuali non stick dengan sedikit minyak atas api yang perlahan agar sosej masak secukupnya.
Selamat mencuba!

7 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Nampak sgt sedap.. sy suka telur dadar meriah mcm ni. Cover rasa telur sbb sy tak suka bau telur. Tp anak sy kalau order telur dadar mest sebut taknak bawang, tak nak sayur. Maka ibu Yusuf selalu buat telur dadar kosong aje.. :D

Nida said...

salam..

Semalam baca satu resipi dalam blog Zefa telur dadar mayonis, hari ni dalam blog UA telur dadar bersosej.. kena mencuba juga ni..:)

Ummu Ammar said...

Zefa,
Afiq pun tak suka makan sayur tapi bila telur dadar penuh sayur macam ni dia makan pulak.

Ummu Ammar said...

Nida,
Selamat mencuba. Lepas ni Nida kena reka resepi telur dadar NZ special pula..bleh la UA dan Zefa cuba yer :)

azlina 2 said...

sedap juga resipi ni nak cuba mesti anak2 suka..cuti2 ni dia org asyik menunggu je menu apa setiap hari..

Ummu Ammar said...

Kak Azlina,
Selamat mencuba. Akak buat pasti lagi sedap. Anak-anak mesti suka.

Teena Tna said...

Kak, sy baru jer try, senang n mudah n cepat, nmpk mcm sedap jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...