Friday, December 23, 2011

Kisah Sebiji Tembikai

 
Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.” 

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. - Sumber :Internet

Moral : Syukuri apa yang ada, jangan diungkit atau dicemuh apa yang tiada/kurang

5 comments:

Addien said...

perlu berhati-hati apabila mengambil sesuatu kisah, riwayat etc kerana perlu jelas sanadnya dari mana...
kisah sufi juga antara yang mahsyur dengan sanad yang tiada (cerita yang tidak tahu datangnya dari mana atau kitab mana)..wallahua'lam..

adapun apa yang baik boleh diambil terima sebagai pelajaran..

Ummu Ammar said...

Ad Dien,
Syukran jazilan atas ingatan anda.

Ibu Yusuf Maryam said...

Insaf.. kadang2 sy ni suka juga komplen sana, komplen sini. Mudah2han akan lebih berjaga dalam menuturkan kata2..

Addien said...

afwan..itu udah menjadi tanggungjawab seorang muslim untuk saling nasihat-menasihati.. :)

Ummu Ammar said...

Zefa,
Setuju. Sebagai manusia biasa, kita lebih banyak merungut dari belajar tentang kesabaran dan kesyukuran. Insya Allah, sama-sama berubah kearah menjadi insan yang lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...