Salam ceria buat semua..
Facebook sudah menjadi fenomena dewasa ini. Rata-ratanya sudah mempunyai akaun FB sendiri. Manfaatnya digunakan bagi yang pandai mengaplikasikannya untuk menjalin ukhuwwah yang terputus, berdakwah dan lain-lain. Tidak kurang pula yang menyalahgunakannya sampai membawa kepada kelalaian, pergaduhan, curang mahupun perceraian. Klik sini untuk baca entry saya tentang Facebook sebelum ni..
Jangan tak tahu ada sesetengah FB addict ni hidup untuk FB jer..Kerja FB, Makan FB, Belajar FB, Tidur FB, semuanya FB lah! Perlu dingatkan jangan kerana FB ibadat kelalaian, kerja terbengkalai, rumahtangga terabai dan diri sendiri serabai, rugilah kita..Mana title mukmin dan muslim soleh dan solehah yang diidamkan selama ini, kalau hanya berpaksikan FB dalam setiap ruang hidup kita dan mengabaikan luang dan ruang untuk beramal kepadaNya..
Namun perlu juga direnungi bersama, bukan hanya FB yang perlu dihindari jika ia membawa kepada kelalaian dan menjauhkan kita dari mengingati Allah, malah medan lain yang sewaktu dengannya pun sama - blogs, twitter, friendster atau segala bagai lagi.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Telah
nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka,
khusyu’ mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang
melalaikan, mereka menghindarkannya” [al-Mu'minun 23: 1-3]







