Sunday, January 08, 2012

Dia Juga Ummu Ammar

2 comments
Dia juga Ummu Ammar. Cuma bezanya, beliau menulis di blog peninggalan arwah anaknya, Muhammad 'Ammar Zulkifli yang meninggal dalam satu kemalangan jalan raya ketika menuntut di Mesir pada tahun 2009. Baca catatan beliau di sini.

Menatap setiap lembaran Ummu Ammar di laman blognya, jiwa saya terusik pilu lebih-lebih lagi tentang kenangan beliau bersama arwah. Klik sini. Sungguh dia insan tabah. Bukan calang-calang peribadi yang mampu menanggung dugaan maha berat ini, lebih-lebih lagi anak harapannya bukan sahaja pintar, soleh, berbudi pekerti mulia malah disenangi ramai .  Namun, Allah lebih menyayangi Muhammad 'Ammar lebih dari insan-insan sekelilingnya.  

Ingin berkongsi rasa dengan rakan-rakan anaknya, dia menyambung perjuangan arwah anaknya mencatat ilmu, peringatan dan mutiara kata berguna di blog Dalam Jiwa Hamba.


Silalah ke blog beliau. Belajarlah sesuatu sepertimana saya.
~Al-Fatihah dan doa untuk Allahyarham Muhammad 'Ammar bin Zulkifli~

Saturday, January 07, 2012

Semurni Impian

6 comments

Kisah ini adalah perkongsian pengalaman Ustazah Norhafizah Musa, pensyarah UTM yang juga merupakan pendakwah bebas dan tetamu jemputan program Tanyalah Ustazah, TV9. Setelah membacanya di sini, saya berasa perlu untuk berkongsi dengan anda semua. Sungguh menyentuh rasa dan membangkitkan keinsafan. Kadang-kadang hidayah Allah itu datang walau hanya dari impian murni seorang anak...


Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.
“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”
“InsyaAllah, UPSR 5A.”

Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,
“Ustazah, ini serius tahu!”

Saya senyum sembil berkata;
“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”
“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”

Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”
“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”

Dia menyambung lagi,
“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”

Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”
“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”

Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,
“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.” ~ Ustazah Norhafizah Musa

Semoga kita dikurniakan anak-anak yang soleh/solehah, harta berharga di dunia mahupun akhirat. Insya Allah.

Wednesday, January 04, 2012

Hidup Perlu Diteruskan

2 comments

Setelah bercuti hampir sebulan lebih, tibalah masa untuk kembali ke sekolah. Suka atau tidak, hidup ini adalah perjuangan yang perlu diteruskan hingga ke akhirnya. Life goes on.. Mungkin sudah dimanjakan dengan rehat yang panjang tanpa memikirkan mengenai kerja sepenuhnya, sedikit kemalasan menduga semangat diri. Saya dan suami masih berbaki 20 tahun lebih untuk bergelar guru. Terlalu panjang tempoh masa itu untuk kami mengalah atau berputus asa sekarang. Muhasabah diri dan mengikhlaskan jiwa adalah sebaik-baik penawar. Syukur, hari pertama bertugas, segala perasaan negatif yang bersarang hilang satu persatu.

Anak-anak pula memasuki fasa yang baru dalam dunia pendidikan mereka. Ammar di Tahun 3 dan Afiq pula di Tahun 2. Penuh bersemangat dengan kelengkapan serba baru, lebih-lebih lagi Ammar, hari pertama mengenakan uniform pengawas sekolah yang bewarna pink.Tersengih-sengih menceriakan pagi yang mendung.

Seorang pekerja sedang membina jambatan di lereng gunung yang tinggi

Kalau kita merasakan payahnya kerja dan tanggungjawab yang perlu dilalui, ada insan yang  terpaksa menggadai nyawa demi mencari sesuap rezeki. 
Bersyukurlah wahai diri!

Selamat kembali menjalankan tugas buat semua insan yang bergelar guru. 
Selamat kembali ke dunia persekolahan buat semua anak-anak pelajar. 

Sunday, January 01, 2012

Catatan 1 Januari

2 comments

My dearest husband..
For all those times, I left it unsaid
Thank you..Thanks for being there for me
For showing me the way..
For being patient with me even when I made it difficult for you
For believing in me and encouraging me to dream
and being such an inspiring presence in my life
Happy Birthday..
Sanah helwah ya zauji..Kullu sanah waanta bikhair


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...